Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Nasik Daging ala mak aku tapi aku modified

Pernah dengar pasal nasik daging????

Ni rupa nasik daging yang aku masak

Ni antara bahan2 dia saja
nak tau lebih lanjut..sila baca



Bahan-bahannya:
  1. Beras basmathi panjang cap Jasmine - 4 pot
  2. Daging Australia (senang empuk) - satu paket kecik yang harga RM7++
  3. Daging lembu oblong RAMLY - 2 keping
  4. Minyak sapi - sikit je..agak2 la
  5. Sup bunjut - 1
  6. Rempah kurma - 1 sudu besar
  7. Kiub bunjut dan kiub lembu cap Knorr - serba sebijik
  8. Halia - 1 inci
  9. Kulit kayu manis - 1 batang
  10. Puah pelaga bukan buah keras - 2 biji
  11. Bunga lawang - 4 kuntum
  12. Tomato Soup bukan tomato puree cap Kimball kena beli setin tapi pakai - 1/2 cawan ja
  13. Susu cair pun kena beli setin tapi pakai - 1 cawan saja
  14. Sedikit garam



Cara-caranya:
  • Rebus daging australia tu dengan air la..dah nama pun rebus kan abih tu nak pakai apa lagi. Tapi dalam tu korang masukkan sup bunjut dan juga kiub2 tu sekali serta sedikit garam dan juga 1 sudu besar rempah kurma bukan buah kurma ok!!! Pastu biar la dia sejuk kejap.
  • Panaskan periuk nasik korang dan masukkan sedikit minya sapi dan tumis halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau.
  • Masukkan beras basmathi yang telah dibasuh kedalam periuk nasi dan gaul2kan dengan tumisan tadi sekejap
  • Masukkan air rebusan daging ikut sukatan beras, macam aku pakai 4 pot beras, jadi aku masukkan 4 pot air jugak.
  • Masuk sekali dengan daging yang direbus dan campur sekali daging oblong yang korang potong jangan kecik sangat.
  • Bila Beras dah kembang sikit, masukkan soup tomato dan susu cair.
  • biar masak sempurna.


Tips:
Cabaran masak nasik ni guna periuk nasik adalah, periuk tu terus bila dah panas sangat, automatik lampu dari cooking terus naik pergi ke lampu warm kan?? Tapi korang tgk nasik macam tak masak lagi, air pun tak berapa nak kering. Jangan panik!!! biar je lampu tu kat situ, korang jangan switch off pulak. nasik tu Insya Allah akan masak jugak, air pun akan kering. Kalau korang terus off, mmg nasik korang jadi mentah la jawabnya. Selamat mencuba!!!

Friday, June 3, 2011

Resepi Puding Roti

Okay kawan. Resepi masak2 kita hari ni adalah di datangkan khusus dari chef de Jawa kita. Uishh igt senang Chef tu mai nak buat kelas masakan kat rumah aku?? Walau pelajar tak ramai, tapi keadaan pelajar2 yang sedia ada pada hari itu cukup2 menghuru harakan. kalo nak tgk nama2 pelajar dan tugas2 rasmi mereka, sila klik di SINI

Sebelum memasak, kena ada apa kawan???
Ya betul...mesti la bahan masakan. Tepok..tepok..tepok..... Bahan2 dia tak susah, boleh didapati di kedai2 runcit berhampiran atau mungkin juga ada di almari dapur rumah korang.


 Bahan2nya ialah:
  • Air putih yang jernih dari pili sinki dapur korang
  • 1/2 cawan gula
  • 8 gram serbuk agar-agar (1 paket ada 10 gram, agak2 la korang ye)
  • 1 tin susu Ideal, bukan Aidil punya..beli sendiri ok!
  • 1/2 cawan susu pekat manis. Tak kisah cap apa, aku pakai F&N
  • 4 keping roti Gardinier...suka hati korang gak la
  • 2 biji telur ayam asli (AWAS telur tiruan!!)
  • 2 sudu Planta
  • 2 sudu serbuk koko
  • Sedikit esen Vanilla


Cara-caranya:
1. Masukkan 3 cawan air putih dalam periuk
2. Masukkan 1/2 cawan gula pasir dan 8gram serbuk agar-agar (awat tak sempat snap gambar agar2 ek?) kemudian panaskan mereka.
3.Masukkan setengah cawan air putih lagi ke dlm blender.
4. Pastu masukkan 1 tin susu cair ideal


5. Setengah cawan susu pekat manis (chef tu dah terer, dia main agak je)
6. selingan, chef dan Fahrin Ahmad menunjukkan simbol peace bersama2 empat keping roti gardinier.
7. Carik-carikkan roti tersebut ke dalam blender
8. Pecahkan 2 bijik telur


9. Blender sampai hancur
10. Masukkan dalam periuk yang korang masak agar2 tadi
11. Masukkan 2 sudu margerin/ planta
12. Kacau sampai mendidih


17. Masukkan sedikit esen vanilla


18. Ada gangguan, jadi..minta tolong Fahrin Ahmad kacau sampai mendidih


13. Sambil2 tu bancuh serbuk koko dulu ngan sedikit air.
14. Bila agar2 dah mendidih, angkat dan asingkan separuh dalam bekas lain
15. Masukkan bancuhan koko tadi
16. dan kacau sebati



19. Kemudian masukkan selang seli dalam pelengat / talam. Mula2 kuning, pastu coklat, pastu kuning bali, pastu coklat sampai la abih.


20. Biar sejuk dulu, pastu masukkan dlm peti sejuk


21. Dah sejuk, boleh potong dan makan bersama2.



Senang kan??
Tapi sebab kat rumah aku malam tadi mcm2 dugaan mendatang. Rasa mencabar sungguh nak buat puding ni. tapi berkat kerjasama ramai, ibu dan adik beradik..terhasil gak. hehehe

Chik, kawan aku kata ok ja..sedap..tak keras la. Saja la si Fahrin Ahmad tu...tak gheti rasa sungguh..dia tak dak gigi kot. hehehe.


Sebab puding ni, aku tak focus sangat tgk Nora Elena...huhuhu



Nota tambahan:
Susunan nombor gambar tak betul...malas nak edit...tp susunan cara nak buat tu betul...jgn bimbang. Insya Allah menjadik. Selamat mencuba!!!

Friday, October 22, 2010

Ayam goreng berempah

Kalau sebelum ni asyik citer Maher zain, lirik2 lagu..kali ni kita cerita lagi pasal resepi dan masakan...Harap korang tak jemu la yer :)

Resepi kali ni, very simple dan senang gilerrr..."Ayam goreng berempah" mak saya punya...hehehe. Ni mmg saya tgk mak saya buat...dan senang serta lazat.

Cara dia:
Bersihkan ayam.
Perap dgn garam,serbuk kunyit sikittt dan rempah kari.
Kalo ada daun kari lebih2 buat kari, perap je sekali..
Semalam pun ok, 15 min pun ok.

Pastu goreng, tapi makesure api jangan garang yer...nnt ayam tu terkejut..so masak kat luar je..dlm tak  masak lagi. Oleh itu, gunakan api yg lemah lembut yer...baru rangup di luar tp lembuttt di dalam..hehehe

Siap untuk dimakan :)

Kari oh Kari

Kelakar pun ada ok..tapi demi memenuhi kehendak kawan saya. Saya tulis la sikit2 resepi cara2 nak buat kari... Sebenarnya dia minta resepi kari ayam, tp sbb malam tadi saya cuma masak kari telur..so, saya tunjuk cara2 kari telur je la yer...lebih kurang je caranya :)

Bahan2nya:


* 2-3 ulas bawang putih dan bawang merah dimayang nipis
* sedikit daun kari ( tak de pun tak pe)
* sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,jintan manis (beli yg dalam peket derang dah campur semua) -sikit je yer...bukan letak semua mcm dlm gambar tu :)
* Rempah kari (so far, paling best baba's la)
* Santan
* Air
* Kerisik
* Garam secukup rasa
* minyak...

Cara2nya:
1) Tumis bawang2, daun kari dan bahan penumis dalam minyak masak. Agak2 dah naik bau, dan bawang pun dah kekuningan, masukkan rempah kari. Kalo nak bancuh dulu pun tak pe. Tapi saya terus buka peket, tuang serbuk kari dan terus masuk air sikit dan santan sikit..agak2 la..jgn banyak sangat..mcm kat gambar bawah ni.


2) Perlahankan api. Tunggu sampai pecah minyak yer..sbb kalo tak, nnt rempah tu rasa tak masak. (masa tgh tggu ni, kupas la kulit telur tu dulu yer :) )

3) dah nampak pecah minyak, apa lagi, masukkan santan dan air lagi...kuatkan api sikit..tp jgn kuat sangat yer.

4) Masukkan sedikit kerisik. Saya letak 1/2 sudu je..sbb tak berapa suka sgt kalo letak byk2...

5) Masukkan telur rebus yang telah dikupas kulitnya.

6) Masukkan garam.

7) tggu mendidih...
8) siap tuk dihidangkan :)

Mas, kalo kari ayam, masukkan sekali ayam dan kentang masa lepas no 1 tu. Sbb ayam lambat nak masak, dan kentang lambat empuk...:)

Selamat menjamu selera !!

Monday, October 18, 2010

Mari menjala

Weekend selalunya, saya breakfast kul 11 pagi dan makan tengah hari kul 2 lebih. hehehe..kadang2 tak breakfast, terus lunch je. Tak patut kan???

Tgh hari semalam saya masak kari ayam as requested by encik suami :). Masa tgh masak tu, menggigil2 kelaparan sebenarnya. So, saya cuma buat kari ayam dan goreng ayam berempah. Jadi la kan. Tak de sayur2.

Petang smlm pulak, terlintas di fikiran nak buat roti jala. Makanan kegemaran anak kedua saya ,Aliff. Masa tu, abah derang bawa derang sumer mandi kolam. So, aman sikit nak memasak kan?? maka, start la kerja saya sebagai penjala roti :)

Bahan2 nak buat ni senang je. Kalo korang nak try boleh la. Bahan2 nya

1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit pewarna kuning. (Kalo nak letak kaler apa pun suka hati korang la)
Secubit garam
sedikit air

Korang blender je semua bahan2 tu. Kepekatan tu, agak2 la yer.
so dia akan jd mcm gambar kat bawah ni.



Kemudian sapukan sedikit minyak kat atas kuali yg rata. Maklumlah, kuali saya kuali biasa2 saja, bukan jenama tefal, so kalo tak sapu minyak, alamat melekatlah jawabnya:)


Pastu apa lagi...startlah menjala...la..la...la...



dah agak2 cam ok..korang angkat je..tak payah kalih2 or terbalikkan :) 


Kemudian..gulunglah ikut kreativiti korang

inilah hasilnya....

Cukup la untuk makan malam td, sbb nasi pun ada lagi..ermm nampak gayanya kena menjala lagi petang ni, sbb smlm Aliff masih mintak mama dia buat lagi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...