Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Ninja Turtles kembali

Lepas puas berskating dan menangis. Ktorg naik tingkat atas. Tup-tup nampak satu kaunter bertulis astro dan nickelodeon ni dok sibuk panggil budak-budak sambil diumpan hadiah kat derang. Jangan kata anak-anak, mak kepada anak-anak pun teruja tengok orang nak bagi hadiah free kan. Terus anak-anak saya ke kaunter tu. Rupa-rupanya, kalau nak hadiah tu, kena masuk ke sebelah dalam dan kena penuhkan stamp kat 5 kotak kosong yang disediakan. Takpe, bab-bab ni saya ok je.



Rupanya majlis tu diadakan sempena pelancaran tancangan Nina Turtles yang akan ke udara 16 november ni di saluran 612. "eh, dah macam promoter astro lak kan?"

Anak-anak dalam topeng Ninja turtles.

Haa..ni la kadnya.

Bukan senang nak penuhkan stamp kat 5-5 kotak tu. Kena main 5 jenis permainan. Nak main tu pun tak susah, cuma part nak berbaris tu yang hazabb sikit mak-bapak nak tanggung kan. Tapi, bukan selalu pun. Layankan saja lah.



1. Game pertama anak-anak saya main adalah "Ninja Star Toss" Senang kacang je Aliff cakap. Cuma kena baling benda yang berbentuk bintang masuk ke dalam salah satu lubang kat dinding tu.

2. Electro Shocker -  Kena lalukan sebatang besi ke atas besi-besi yang berliku. Awas, jangan tersentuh kedua-dua besi tu. Kalau tak nanti kena electric shock. Tapi nama pun untuk kanak-kanak kan. Kalau terkena pun derang chop kan juga. Just for fun kan.

3. Gear up Turtles - Ni pun senang. Derang selerakkan sticker-sticker sebesar pelapik pinggan kat lantai. Pastu anak-anak ni ditugaskan ambil dan lekatkan kembali ke tempat yang sepatutnya. Ikut nama watak masing-masing.



4. Smack - A- Shredder - haaa..yang ni agak mencabar sikit. Anak-anak dikehendaki memukul dadu besar yang digantung sehingga jatuh. Tapi!!! Mata derang kena tutup. Tak cukup dengan tu, derang dipusing-pusing dua kali pulak. Memang terhuyung hayang gak la. Tapi kelakar dan best. hehehe


5. last sekali derang main game tembak-tembak pakai senapang NERF. Game ni sesaja je kot dibuat oleh astro. Boleh je aim kat bulls eye. Tapi kalau tak kena pun dapat jugak chop terakhir tu.

Dah cukup semua. Keluar dan sila ke kaunter tadi semula untuk penebusan hadiah. 

Kena tulis nama dan email address dulu. Saja je saya suruh Angah tulis sendiri nama dia. Tahun depan kan dah nak masuk darjah satu dah. Jadi kena siap siaga dari sekarang.


Muka happy semua lepas dapat sorang sekotak pizza Ninja turtles.


Barang-barang kat dalam kotak tu ada la 4 keping topeng, Penanda buku, buku nota, pelapik gelas dan stiker yang lekat kat cermin kereta tu. Jadilah kan.


File, pensel warna dan puzzle ni pulak saya yang dapat sebab sementara nak tunggu anak-anak saya main game tu, saya diminta isi survey berkenaan astro fun. Tapi saya bagi kat Aina je. Apa kes saya nak pulak kan? buang tebiat punya mak. hehehe


Jadi, korang yang minat kat Leonardo, Raphael, Michelangelo dan Donatello, apa lagi?? Stay tune kat channel 612 pada 16 November ini jam 6.30 petang untuk sama-sama menyaksikan siri baru Teenage Mutant Ninja Turtles ini. See ya!!

Monday, November 5, 2012

Ber 'ice skating' katanya

Hari sabtu baru-baru ni, hujan dari pagi membawa ke petang sehingga ke malam. Plan asal nak pergi ke Sunway pyramid tuk cuba ice skating. Disebabkan sahabat yang nak ikut pun tak jadi nak ikut, sudahnya kami sekeluarga pun mcm kemalasan nak keluar dari rumah.

Tapi disebabkan kakak kat opis saya ada beli voucher ice skating dengan harga diskaun kat living social untuk anak daranya dan anak daranya pulak tak dapat nak pergi dek kebizian ulangkaji pelajaran tuk SPM, maka di letgo nya voucher tersebut secara percuma kepada saya. Tgk tarikh akhir voucher tu pun pada 9 November ni. Makanya, kena jugak gagahkan diri keluar pada hari Ahad lepas.

Lepas tebus 2 voucher untuk anak-anak teruna saya. Suami saya belikan satu tiket untuk dirinya. Al maklumlah, first time katakan, for sure anak-anak saya tak reti nak main benda alah ni. Kalau korang nak tau harga dan nak belajar cara ice skating ni, sila rujuk gambar kat bawah k.


Selesai hal tiket, terus masuk dalam untuk pakai kasut pulak. Disebabkan saya tak main, tapi nak masuk, tetap kena beli visitor tiket berharga RM2 sahaja. Sebelum tu, sila bawa stokin dan sarung tangan dari rumah ya. Kalau tak bawa, silalah laburkan wang anda disini. Sebab pemakaian kedua-dua benda tu adalah wajib.


Sejak dari rumah lagi, anak sulung saya memang sangat over excited nak try sukan ni. Tapi anak kedua saya yang macam takut2. Katanya dia takut tak boleh balancekan badan dia sebab dia demok. hahaha..tp saya cakap, boleh punya. Mula-mula mungkin la susah kot. Tapi lama-lama mesti boleh. Ecewah..mak punya bagi kata perangsang kan!!

Tapi rupanya memang betul. Abg long sebelum masuk gelanggang, memang tak ada masalah nak balancekan badan. Even dalam gelanggang pun dia still boleh balancekan. Cuma kena super slow la. Angah pulak, dah pakai kasut je, terus tak leh diri dah. Sudah!! Jadi suami saya la jadi tempat bergantung dia.

Ingat kan pastu tak ada masalah dah. Rupanya salah. Tak sampai 5 minit dalam tu. Angah dah nangis-nangis nak keluar. Rupanya memang dia tak boleh balance langsung, pastu jatuh pastu abg long dia langgar lagi. hehehe..terus keluar.

Jadi, kat dalam cuma ada abg long dengan abahnya sahaja. Sambil tu, tetiba ada satu band boys yang menggelarkan diri derang sebagai LONDON BOYS, buat persembahan kat stage kat situ. Saya tak kenal la group ni. Baru kot, pastu asyik nyanyi lagu orang lain je, lagu kumpulan boyzone la.. pastu lagu kumpulan one direction la. Mesti derang ni kumpulan yang tak de lagu sendiri kot. Tapi mai je Malaysia, mesti orang tengok jugak. Ntah apa-apa kan Malaysia ni..hmmmm. Sementara nak tunggu anak sulung saya dah abahnya kat dalam tu. Saya pun terpaksa layan je la group ni.

anak-anak saya pun layan sebab derang nyanyi lagu one direction "what makes you beautiful"


Rupanya tak lama mana jugak abang long kat dalam tu. Tup-tup, dengan seluar basah sampai kelutut, mata merah-merah, sambil nangis-nangis, keluar dari gelanggang tu sambil tunjuk jari kelingking dia yang membengkak. Rupanya dia jatuh, dan digilis abahnya kena kat jari. hehehe..adoila..macam-macam betul. Sudahnya saya tukarkan kasut derang dan terus ke tingkat atas.

Dari tingkat atas tu, ktorg just layan tengok encik suami saya feeling-feeling remaja bermain ice skating tu. Tak pe..biarlah dia sekali sekala kan...



Tu pun tak lama. Bosan kot main sorang-sorang. Ingat nak bergembira ngan anak-anak, rupanya hampa.hehehe. Nak harapkan saya?? lagi tak boleh harap. Suh main virtual game terer la.

Pas encik suami tukar kasut, terus kami pusing-pusing jap kat sunway pyramid sebelum balik rumah.

Nampak gayanya, kalau nak main lagi, kena tunggu anaka-anak besar sikit la dulu kot kan??

Btw, thanks Kak Aidah sebab bagi voucher ni. At least anak-anak saya dapat gak merasa walaupun main satttt sangattt..:)

Saturday, November 3, 2012

Mari Menggenggam bintang

Malam tadi lepas maghrib. Angah masuk bilik dengan sekeping kertas di tangan.
"ma, tolong buat bintang"

Korang tahu kan buat bintang ni???
Masa kecik2 dulu, siap beli kertas A4,
potong 1cm banyak-banyak.
Mula la melipat tuk buat bintang.
Isi dalam botol kan??

Sekarang mudah.
Kertas2 tu dah siap dijual dah.
Korang kena lipat jer.


Berwarna warni dan berkilat lagi kertas tu.
Macam biasa, simpul dulu kat hujung.
Jadikan 5 segi.
Pastu lipat je ikut bentuk tu sampai abih kertas.
Yang last, selit masuk.


Dah jadi segi 5 lengkap.
Picit je hujung, sampai jadi bintang.
Pastu korang genggam la. hehehe
Nak genggam bintang betul sampai ke sudah la tak dapat kan.


ni bintang encik suami buat.
Lambang proton kot.
hehehe


Friday, October 28, 2011

Aktiviti mereka lagi

Ini ada lah sambungan dari entry INI. Bapak lama nak sambung...errr..apsal "BAPAK" ek?? nape bukan MAK ke....atuk ke?? nenek ke??
Ok..out of topic. Biasa la aku..time ada mood baru nak update. Tu yang amik masa zaman berzaman tu.

Lepas buat aktiviti lekat2 kat cermin tu. Ktorang semua keluar rumah, pi cari salon sbb anak dara aku nak potong rambut. Ala..rambut depan je pun. Dulu-dulu dia nak mama dia potongkan. Tapi sejak dah terrr...bawak pi potong kat kedai..hasil kerja tangan mak dia tak laku lagi... =_=

Aktiviti petang tu ada lah sand art. Benda ni pun dah lama aku beli. Tapi biasa la. Aku kena sembunyikan dulu. Time yang sesuai baru boleh keluarkan. Dan kebetulan Aliff bawa balik sand art besar punya sebab kawan dia celebrate birthday kat sekolah. Dan dia bagi pulak satu je..anak aku ada 3..tak gaduh dibuatnya?? Nasib baik mama derang awal2 dah reserved kan Sand art ni kat rumah. Dan petang itu adalah masa yg paling sesuai.

Maka sekali lagi aktiviti santai mereka bermula.....

Glow in the dark punya



Dah siap!!! Asal nama perempuan..mesti ada kaler fink2 kan!!!

Angah pun dah siap..

Macam biasa, orang terakhir siap adalah bang long...hehehe

Masa tu Angah tengah buat sand art kedua, yang dapat masa besday kawan dia..tekun ni...


Paling best..sebab..tanpa disuruh. Selesai je dia siapkan aktiviti dia. Terus dia ke dapur dan amik penyapu kecik ni...Owh...tersentuh lagi hati mak nak!! sob sob...


Err..ada sape2 nak booking jadi menantu ke?? Aliff memang rajin. Kalau tengok aku buat keja..ringan tulang je dia tanya..Mama nak Angah tolong apa?? Kalau aku cakap. Tak payah tolong apa-apa..mesti dia merajuk dan tarik muka. So, aku terpaksa suruh dia lap meja la..susun kerusi ke..susun buku-buku ke..atau lap habuk..hahaha...macam2 pe'el.

Wednesday, October 19, 2011

Aktiviti me"release" tensi

Korang rasa aku mak yang kejam ke paksa anak darjah satu buat latihan tak benti2??

Iskk..sila hapuskan segala prasangka tu dari kotak fikiran korang. Aku tak macam tu la..aku faham, baru darjah satu kan. Apa barang nak paksa keras-keras sangat.

Maka, hari Ahad baru2 ni, aku sediakan 2 aktiviti untuk adik beradik ni buat kat rumah. Ni aktiviti pertama, diantara waktu antara pagi dan tengah hari. korang pikir la sendiri waktu apa yer.


bukan kaler biasa tau..dia macam sticky colourful. Ala..gam yang ada kaler2 la.

step by step to follow

salah satu bentuk yg dah disediakan

Ni la kaler-kalernya

Taraaa... Aina dah siap

Aliff pun dah siap

Abang long last siap.

Pastu tunggu beberapa jam. Biar dia kering dalam suhu bilik. Bila dah kering, boleh peel off dan lekatkan kat cermin. Macam budak2 ni buat.


Uishh..abih kotoq cermin ni sebab baper kali derang lekat dan buka. *chey chey..alasan*


Macam ni la hasilnya.

Best tau buat aktiviti ni. Nanti aku nak beli lagi la. Budak2 ni pun dah request suruh mama belikan lagi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...