Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Ninja Turtles kembali

Lepas puas berskating dan menangis. Ktorg naik tingkat atas. Tup-tup nampak satu kaunter bertulis astro dan nickelodeon ni dok sibuk panggil budak-budak sambil diumpan hadiah kat derang. Jangan kata anak-anak, mak kepada anak-anak pun teruja tengok orang nak bagi hadiah free kan. Terus anak-anak saya ke kaunter tu. Rupa-rupanya, kalau nak hadiah tu, kena masuk ke sebelah dalam dan kena penuhkan stamp kat 5 kotak kosong yang disediakan. Takpe, bab-bab ni saya ok je.



Rupanya majlis tu diadakan sempena pelancaran tancangan Nina Turtles yang akan ke udara 16 november ni di saluran 612. "eh, dah macam promoter astro lak kan?"

Anak-anak dalam topeng Ninja turtles.

Haa..ni la kadnya.

Bukan senang nak penuhkan stamp kat 5-5 kotak tu. Kena main 5 jenis permainan. Nak main tu pun tak susah, cuma part nak berbaris tu yang hazabb sikit mak-bapak nak tanggung kan. Tapi, bukan selalu pun. Layankan saja lah.



1. Game pertama anak-anak saya main adalah "Ninja Star Toss" Senang kacang je Aliff cakap. Cuma kena baling benda yang berbentuk bintang masuk ke dalam salah satu lubang kat dinding tu.

2. Electro Shocker -  Kena lalukan sebatang besi ke atas besi-besi yang berliku. Awas, jangan tersentuh kedua-dua besi tu. Kalau tak nanti kena electric shock. Tapi nama pun untuk kanak-kanak kan. Kalau terkena pun derang chop kan juga. Just for fun kan.

3. Gear up Turtles - Ni pun senang. Derang selerakkan sticker-sticker sebesar pelapik pinggan kat lantai. Pastu anak-anak ni ditugaskan ambil dan lekatkan kembali ke tempat yang sepatutnya. Ikut nama watak masing-masing.



4. Smack - A- Shredder - haaa..yang ni agak mencabar sikit. Anak-anak dikehendaki memukul dadu besar yang digantung sehingga jatuh. Tapi!!! Mata derang kena tutup. Tak cukup dengan tu, derang dipusing-pusing dua kali pulak. Memang terhuyung hayang gak la. Tapi kelakar dan best. hehehe


5. last sekali derang main game tembak-tembak pakai senapang NERF. Game ni sesaja je kot dibuat oleh astro. Boleh je aim kat bulls eye. Tapi kalau tak kena pun dapat jugak chop terakhir tu.

Dah cukup semua. Keluar dan sila ke kaunter tadi semula untuk penebusan hadiah. 

Kena tulis nama dan email address dulu. Saja je saya suruh Angah tulis sendiri nama dia. Tahun depan kan dah nak masuk darjah satu dah. Jadi kena siap siaga dari sekarang.


Muka happy semua lepas dapat sorang sekotak pizza Ninja turtles.


Barang-barang kat dalam kotak tu ada la 4 keping topeng, Penanda buku, buku nota, pelapik gelas dan stiker yang lekat kat cermin kereta tu. Jadilah kan.


File, pensel warna dan puzzle ni pulak saya yang dapat sebab sementara nak tunggu anak-anak saya main game tu, saya diminta isi survey berkenaan astro fun. Tapi saya bagi kat Aina je. Apa kes saya nak pulak kan? buang tebiat punya mak. hehehe


Jadi, korang yang minat kat Leonardo, Raphael, Michelangelo dan Donatello, apa lagi?? Stay tune kat channel 612 pada 16 November ini jam 6.30 petang untuk sama-sama menyaksikan siri baru Teenage Mutant Ninja Turtles ini. See ya!!

Monday, November 5, 2012

Ber 'ice skating' katanya

Hari sabtu baru-baru ni, hujan dari pagi membawa ke petang sehingga ke malam. Plan asal nak pergi ke Sunway pyramid tuk cuba ice skating. Disebabkan sahabat yang nak ikut pun tak jadi nak ikut, sudahnya kami sekeluarga pun mcm kemalasan nak keluar dari rumah.

Tapi disebabkan kakak kat opis saya ada beli voucher ice skating dengan harga diskaun kat living social untuk anak daranya dan anak daranya pulak tak dapat nak pergi dek kebizian ulangkaji pelajaran tuk SPM, maka di letgo nya voucher tersebut secara percuma kepada saya. Tgk tarikh akhir voucher tu pun pada 9 November ni. Makanya, kena jugak gagahkan diri keluar pada hari Ahad lepas.

Lepas tebus 2 voucher untuk anak-anak teruna saya. Suami saya belikan satu tiket untuk dirinya. Al maklumlah, first time katakan, for sure anak-anak saya tak reti nak main benda alah ni. Kalau korang nak tau harga dan nak belajar cara ice skating ni, sila rujuk gambar kat bawah k.


Selesai hal tiket, terus masuk dalam untuk pakai kasut pulak. Disebabkan saya tak main, tapi nak masuk, tetap kena beli visitor tiket berharga RM2 sahaja. Sebelum tu, sila bawa stokin dan sarung tangan dari rumah ya. Kalau tak bawa, silalah laburkan wang anda disini. Sebab pemakaian kedua-dua benda tu adalah wajib.


Sejak dari rumah lagi, anak sulung saya memang sangat over excited nak try sukan ni. Tapi anak kedua saya yang macam takut2. Katanya dia takut tak boleh balancekan badan dia sebab dia demok. hahaha..tp saya cakap, boleh punya. Mula-mula mungkin la susah kot. Tapi lama-lama mesti boleh. Ecewah..mak punya bagi kata perangsang kan!!

Tapi rupanya memang betul. Abg long sebelum masuk gelanggang, memang tak ada masalah nak balancekan badan. Even dalam gelanggang pun dia still boleh balancekan. Cuma kena super slow la. Angah pulak, dah pakai kasut je, terus tak leh diri dah. Sudah!! Jadi suami saya la jadi tempat bergantung dia.

Ingat kan pastu tak ada masalah dah. Rupanya salah. Tak sampai 5 minit dalam tu. Angah dah nangis-nangis nak keluar. Rupanya memang dia tak boleh balance langsung, pastu jatuh pastu abg long dia langgar lagi. hehehe..terus keluar.

Jadi, kat dalam cuma ada abg long dengan abahnya sahaja. Sambil tu, tetiba ada satu band boys yang menggelarkan diri derang sebagai LONDON BOYS, buat persembahan kat stage kat situ. Saya tak kenal la group ni. Baru kot, pastu asyik nyanyi lagu orang lain je, lagu kumpulan boyzone la.. pastu lagu kumpulan one direction la. Mesti derang ni kumpulan yang tak de lagu sendiri kot. Tapi mai je Malaysia, mesti orang tengok jugak. Ntah apa-apa kan Malaysia ni..hmmmm. Sementara nak tunggu anak sulung saya dah abahnya kat dalam tu. Saya pun terpaksa layan je la group ni.

anak-anak saya pun layan sebab derang nyanyi lagu one direction "what makes you beautiful"


Rupanya tak lama mana jugak abang long kat dalam tu. Tup-tup, dengan seluar basah sampai kelutut, mata merah-merah, sambil nangis-nangis, keluar dari gelanggang tu sambil tunjuk jari kelingking dia yang membengkak. Rupanya dia jatuh, dan digilis abahnya kena kat jari. hehehe..adoila..macam-macam betul. Sudahnya saya tukarkan kasut derang dan terus ke tingkat atas.

Dari tingkat atas tu, ktorg just layan tengok encik suami saya feeling-feeling remaja bermain ice skating tu. Tak pe..biarlah dia sekali sekala kan...



Tu pun tak lama. Bosan kot main sorang-sorang. Ingat nak bergembira ngan anak-anak, rupanya hampa.hehehe. Nak harapkan saya?? lagi tak boleh harap. Suh main virtual game terer la.

Pas encik suami tukar kasut, terus kami pusing-pusing jap kat sunway pyramid sebelum balik rumah.

Nampak gayanya, kalau nak main lagi, kena tunggu anaka-anak besar sikit la dulu kot kan??

Btw, thanks Kak Aidah sebab bagi voucher ni. At least anak-anak saya dapat gak merasa walaupun main satttt sangattt..:)

Tuesday, April 5, 2011

Jalan- jalan, main-main, pusing-pusing

Aktiviti hari Ahad.

Phew... famili saya time tak de aktiviti...memerap je dlm rumah. Tp kalo ada xtvt, mmg tak cukup la sabtu dan ahad. So, hari ahad, by request from Mr. Putra Aliff. Kali ni pagi2 pegi lake garden lagi..katanya dia nmpak taman castle petang semalam... So, moh la kita ke Istana yer...maklumla, golongan putra dan putri..mama dia je rakyat biasa merangkap dayang cuma..hehehe

nmpk tak istana kat depan tu??

main puas2


Penat..stop minum air..
dah main..pandai2 cuci tangan yer!!


Korang tahu?? 
Saya tak tahu...ni baru tahu...kat situ ada Tram rupanya..bawak pusing2 keliling Lake Garden..besar rupanya kawasan ni yer. Murah je tiketnya...kami 5 beranak, cuma dikenakan bayaran RM1.40...pelik tak??? Puas saya suami isteri dok pikir..berapa RM harga satu kepala?? Rupanya, dewasa 50 sen, kanak2 sorang 20 sen kot...Putri Aina, free..


menikmati permandangan alam

Dah puas pusing....balik la ke rumah..seperti biasa..mama kena sambung home work plk...
Adios...Amigos!!


Monday, April 4, 2011

Lake garden

Tak sangka, encik asben aku balik awal. Takde la lewat petang atau malam seperti di war2kan sebelum ni. Dan sebagai menebus kekesalan...hahaha...kesal la sgt..dia nak bwk anak2 pegi main2 kat taman petang tu. Tapi, perbalahan kecik berlaku antara beliau dan anak2, dimana, anak2 nak main kat taman bawah rmh je...tp dia dok pujuk nak bawak g main kat taman yg jauh...mama cuma jadi pemerhati, sambil melipat kain yang tak tahu sampai bila akan berkesudahan...huhuhu

Dan keputusannya...abah la menang. Dia pemegang kuasa Veto kan. Maka, kami pun menurut sahaja ke lake garden untuk pertama kalinya buat angah dan aina. Abg long penah la dedoluuu..ms dia br blh nak jalan..kah kah kah...nama je dok KL kan??




penat main..rehat..minum air

Dan sebelum balik, tetiba gadget man a.k.a junior Farihah a.k.a Mr. Amirul, bagi idea nak amik gambar satu keluarga. Dia yg set up kan position camera dan dia bagi arahan suh buat gaya apa...cool bang long. hehehe

memula gambar skema..

ok..ppuan buat gaya Gwen, laki2 buat gaya Ben 10..haha
Aina betul kot..mama hentammm!!!

Next..Ultaman...tp..erkk..betul ke gaya mama tu???

Sebab kenapa...

Giler lama aku nak sambung cerita aku sabtu lepas. Tu la aku...bila aku on pc kat rmh..mmg leh jadi lamaaa..kadang2 kerja rmh sampai terbengkalai...tak bagus..tak bagus. Tp, bila aku dah start buat keje rmh, jangan harap la aku nak on balik PC aku tu...lantak ler...aku dah tak hirau. Nikmat buat keje rumah lebih terasa..cey..cey..yo yo or je kan?? ye la nikmat...kalo aku tak buat sape nak buat??

Hari Sabtu tu, dek kerana encik somi saya kena g opis. Makanya, saya amik kesempatan bawak turun anak2 saya ke swimming pool kat rmh. Sbb dah bajet, abah derang mesti balik lambat. Tak sempat nak bawak derang pi beriadah kat mana. Saya ni pulak, kalau tak bg xtvt beriadah kat anak2..rasa cam tak adil di situ. Apa kes nak kurung2 derang dalam rumah yg sekangkang kera sambil menonton tv cuma?? not gud ok!!

Kemain suka la tiga sekawan beradik ni kalo dah mama derang ajak g swimming pool. Keje rumah tak pe, lama mana sgt la pun nak bg derang berendam kat kolam tu. Puas derang main, saya leh jer sambung buat keje rmh kan?? Work life balance omputeh kata. *eh.. applicable ke dlm kes ni??*


memula 3 bradik ni je la...

tp sebab lama sgt..bebudak lain pun dah join


Saya kata tak lama..rupanya..lebih sejam gak la bebudak tu berendam. Saya yg dok menunggu di tepian kolam tu, sampai kena ubah 3 kali tempat duduk kerana tak tertahan dek pancaran mentari pagi. Puas pujuk naik...tak jugak mau naik2...last2 saya biar je sampai derang ajak saya naik.... puas hati!!

abg long dah besar..dah berani masuk kolam besar

Shower time... 
korang perhatikan budak baju merah kat belakang tu

Budak tu kan.....dia asyik la usha anak2 saya. Saya tak heran pun, sbb saya tau budak tu kenal anak2 saya. Masa anak2 saya tengah shower tu. Saya cam terdengar dia panggil "abg long". Tapi bila saya toleh, dia cam sembunyi2. So, saya biarkan. Pastu dia panggil lg. Angah dan abg long pun pegi kat dia. Tapi cakap cam sembunyi2 lak. Selesai berbicara, saya tanya abg long

Sape budak tu??
Nama dia Iman...
Dia nak apa panggil bang long??
Dia tanya, abg long nak gula2 ke tak, abg long cakap la tak nak
Angah nyampuk, tapi angah cakap nak, tapiii...Iman tak bg pun gula2 kat angah.
Hahahaha...lawak...lawak

Dlm hati aku, bebudak sekarang, kecik2 dah berani nak ngorat anak teruna org ek!! Sian angah...hehehe  

Monday, March 28, 2011

Mines Water Splash

Korang tahu tak yg kat The Mines sekarang ada tempat mandi tuk bebudak??? Free ok...Free!!! Level 5. Atas bumbung, atas sekali la tu. Aku pun baru tau. Tu pun sebab asben aku bgtau. Dia pun kawan dia bgtau... *erk..perlu ke aku bgtau semua ni kat korang??* abaikan.



So, gigihla kami membawa anak2 kami barang bertiga itu bermandi manda kat sana. Masa tgh2 derang syok mandi. Aku ckp kat asben aku
"selalunya, org2 yg bawa anak2 derang mandi kat sini, sbb kat rmh derang takde swimming pool...yg kita ni apa kes?? swimming pool kat rmh ada..tp turunnya adala setahun sekali"
Suami aku reply pendek "ntah"
Takpe abaikan lagi.




Budak2 syok mandi...mak bapak budak2 wat pe??



Sandar kan pada kenangan kat dinding je...

Wednesday, March 2, 2011

Taman Pudu Ulu

Port baru ktorg sefamili sekarang, Taman Pudu Ulu. Kalo dulu2...agak rajin jugak bawak anak2 riadah kat taman Tasik permaisuri. Agak je la ye...agak di sini maksudnya...setahun 2 kali...kerap kan?? Tu pun sebab dekat ngan rumah. Cuma yang tak bestnya, tempat tu sll ramai org dan kadang2 ada nyamuk. So, try next port. Takde la jauh sangat dr rmh, tp jauh sikit. Best betul relax2 kat taman Pudu Ulu. Anak2 pun suka. Yang best sbb kita leh monitor anak kita dr jarak dekat. Kalo kat permaisuri, byk sgt gelongsornya, so...penat nak ikut anak2 pindah randah main slide. Kalo kat sini. Kita dok setempat je...hehehe...best kan?? Sesuai utk mama yg malas nak gerak macam aku :)


seiras tak mereka??

weee...swing..swing..swing




Dah 2 minggu beturut2. Ktorg gi riadah kat sini...minggu ni tak tau nak pi mana lak. Kena pikir dulu. Heran ek ngan aku?? Every week mesti nak kena kuar at least satu hari. Tak kisah hari Sabtu atau Ahad. Tapi kalo kuar dua2 hari, laaaagiiiii best!!! hehehe. Tapi yg tu kena ikut mood BOSS!!

Bukan apa. Sian ngan anak2 la. Takkan nak terperap je dlm rumah. Sian ooo derang...dah la 5 hari dok ulang alik dlm keta je. Kuar pagi2, sebelum matahari terbit. Balik lak, sampai rmh je...matahari nak terbenam dah. Asyik main2 dlm rmh je. So, apa salah weekend tu bawa derang kuar main2. Derang best. Mak derang lagiiii best!!!. kan kan kan???

Aina jeles..Angah peluk mama

balas dendam la tu..nak bg mama jeles





P/S: Boss....jom main layang2 lak minggu ni nak??? hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...