Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Trip to Sabah - Day 2

6 Sep 2013-Jumaat
Seawal pagi kami dah bangun. Tapi blur, tak tau nak pegi  mana sebenarnya. Plan kelam kelibut. Apa pun tak boleh. Tapi semua salah aku la. Patut booking karambunai dulu, bolehlah spend time berhabisan melepak kat pantai je. Tapi aku terbooked Hyatt dulu pulekkkk!! hancuss.

Pagi tu, aku dan suami breakfast kat hotel sementara anak-anak mandi kolam. Budak-budak ni kalau jumpa kolam bukan ingat nak makan.



Lepas derang dah puas berendam. Naik bilik dan siap-siapkan derang, bagi breakfast semua terus keluar. Tapi tak la awal sangat pun. Masa tu dah dekat pukul 11 macam tu. Task pertama nak kena pegi branch opis kat KK ni sebab nak kirimkan strawberry dari seorang sahabat kepada sahabat yang mengandung ni. Dah tunggu hari nak bersalin dah. Boleh pulak dia mengidam nak strawberry dari semenanjung. Strawberry Sabah tak sama rasa katanya.


Lepas jumpa dan sembang-sembang sekejap dengan dia terus kami shoot ke Jesselton Point. Tak jauh pun dari KK branch ni. Sekejapan jer dah sampai. Tak ada arah tujuan sebenarnya. Plan asal memang tak nak pi pulau pun. Tapi sebab bila sampai jeti sana, anak-anak dok la ajak naik bot. Tengok jam dah tengah hari, mau hitam terbakar anak-anak aku nanti. Pastu dah janji pulak ngan kawan sekolah aku tu nak jumpa dia lepas solat Jumaat. So ktorg tak jadi la pergi pulau hari tu. Just ambil gambar kat area tu dan survey-survey harga tiket.


Lepas survey harga tiket dari satu kaunter ke satu kaunter, dapat tiket yang agak berbaloi untuk kami 5 beranak ke pulau Manukan. Harga dewasa RM23 untuk satu pulau, kanak-kanak tak ingat la plk. Tapi yang bestnya, harga untuk aina dia cakap tak payah la. Free saja. Rezeki tu, walaupun kat kaunter lain tetap dikenakan bayaran untuk Aina. Total tiket kami anak beranak untuk satu pulau termasuk harga jeti la apa lagi ntah lebih kurang RM 90 sahaja. Kalau korang nak pergi, sila cari kaunter tiket SUNNY RAINBOW ok. So, beli siap-siap tiket, esok pagi kita ke pulau yer anak-anak.





Dari Jeti terus ke Tuaran. Kawan aku tinggal situ. Dia kasi alamat rumah, tapi gps tak jumpa la pulak. Sudahnya janji jer jumpa dia kat area pekan Tuaran. Sambil tunggu dia datang, encik suami syok dok belek-belek Map nak cari tempat best lagi katanya. Aku memang tak minat la tengok Map ni. Sebab tu aku tak suka Geografi kot :p


Tak berapa lama tunggu, datang la kawan aku ni bermotosikal. Dibawanya kami ke rumah dia sekejap pastu terus ke kedai makan area rumah dia jugak. Kat sini la aku jumpa teh 3 layer favourite aku ni. Kat sana nama dia lain lah, teh C spesel gitu. Tak tau la kenapa C...bukan A ke..B ke kan??  Kalau kat semenanjung ni rasa dia lain sikit la. Tapi kat sana lain banyak.hehehehe... Tapi tetap kuminum jua..


Dah kenyang makan nasi, dibawanya kami ke rumah terbalik. Tiket kena bayar. Kalau nak masuk ke halaman rumah je RM5 dewasa, kalau nak masuk dalam rumah kena RM10 dewasa, kanak-kanak RM5. Kami tak masuk pun dalam rumah, kat halaman sudah la yer anak-anak. Kalau nak tengok dalam rumah tungang terbalik, boleh jer tengok kat rumah kita. Tak kurang hebat gitew :p







Tengok la para bapak yang lebih upside down sebenarnya ...


Dari rumah terbalik ni, kawan aku ajak ke tanjung Aru pulak. Nak tengok sunset. tapi disebabkan hari Jumaat dan hujan pulak, maka, jammed tak hengat la nak sampai area tu. Sudahnya elok sampai je..matahari dah tenggelam pun. Takpe, esok kita datang lain, kata encik suami. Aku ni bukanlah peminat nak tengok matahari terbenam ni sebenarnya. Tapi kawan aku kata memang cantik betul kat situ. Takpe la, ada rezeki esok la datang lagi.


Disebabkan matahari dah tenggelam. Kawan aku ni bawak pulak kami sekeluarga ke Perdana Park, nak tengok musical fountain kat situ. Tak jauh pun, sebelah tanjung Aru Beach tu je. Lama jugak lepak situ. Kebetulan ada playground jugak. So anak-anak seronok kemain la bermain. Kami mak bapak ni dok la bersembang puas-puas. Imbas sikit-sikit zaman persekolahan dulu. Waktu zaman belasan tahun. Sekarang ni dah 3 series dah khennn..imbas la sangat!!




Seronok melepak. Perut berkeroncong. Kawan aku ajak nak makan seafood. Tapi tiba-tiba hujan lebat selebat-lebatnya datang menimpa. Sudahnya, aku cakap elok la kita beransur pulang. Sian wife kawan aku, esok pagi-pagi nak kena pi sekolah lagi. Kami pun nak ke pulau kan. Jadi masing-masing berpecah ikut haluan memasing. Balik bilik makan megi pun sedapppp..nyum..nyummm

Esok lepas wife kawan aku habis sekolah, kami janji nak jumpa lagi. Dia nak bawa ke kedai tuk beli souvenier murah. Oraito!!

*sambung lagiiii

Tuesday, July 5, 2011

Barefoot bukan Bigfoot

Hari tu kan...
Ala...hari tu la...masa jalan2 kat sana tu...tetiba tertarik ngan satu jenis kasut ni. Sebijik macam kaki tau bentuknya...Cer tengok...

betul kan?? tapi aku rasa aku tak sanggup la kot nak pakai kasut camtu nak jalan-jalan. Kot orang ingat tak waras pulak..jalan berkaki ayam.....errrr..apsal kaki ayam lak ek?? sebenarnya berkaki org la...ntah apa2 perumpamaan ni kan?? macam la ayam sorang je tak pakai kasut..binatang lain pun mana ada pakai kasut. Tapi tak pasal2 ayam lak disalahkan?? Sian ayam...yang buruk2 semua bagi kat dia..satu lagi..telur sebijik riuh sekampung..pun ayam gak disalahkan..tsk tsk tsk...tak patut la manusia ni kan??

Ok2..berbalik pada cerita asal...
Nampak je kasut tu cam buruk benor rupanya. Tapi aku try test gak..uiiii..sedap...dan harga pun mahal lorr..dari beli kasut bentuk kaki tu...baik tak payah pakai kasut langsung. kan kan kan????

baca..untuk lebih pemahaman



Err..kak...ada berkenankah??? 
pilih2...banyak design tu..

Friday, June 17, 2011

Makanan dan minuman tersedap di sana

Sepanjang kat sana, sempat la merasa makanan2 yang aku rasakan sedap di tekak aku ni. Aku ni bukan la penggemar nasi beriani, tapi ada satu kedai mamak kat Geylang ni.Nama kedai dia restoren Imam. Nasi beriani dia..perghhh mmg sedap dan banyak.
menarik tak??

Siap serve atas dulang tu...

Makan sorang memang tak abih la, so...better makan berdua..wang jimat...nasi tak terbazir. Satu dulang tu harga dia 4.80 SGD. Ok la kan...lebih kurang harga macam nasi beriani insaf gak kot. Tapi kesedapan dia berganda dari beriani Insaf.


Makanan kedua yang buat aku teringat2 adalah popcorn yang kak Aidah beli di USS. Salah satu makanan yg aku tak suka di sini. Org cakap sedap kan makan popcorn sambil tgk wayang. Tapi aku mmg la tak minat popcorn. Agaknya sebab masa kecik2 dulu abah aku selalu sangat belikan popcorn kat pasar malam, dan aku paling tak suka bila tergigit benda2 keras dlm popcorn tu

Tapi yg beli kat USS ni berbeza. Rasanya enak,lemak berkrim....paling penting ada almond tu. Sebabkan karamel dia banyak, maka dia melekat2 dlm saiz yg besar-besar..mmg puas la makan. Tapi harga pun mahal gedabak la ko. Satu pack  popcorn yang macam model kat bawah tu pegang berharga 15SGD....gurlpp...mahal kan??



Tapi....benda yang paling aku teringat-ingat dan idam2kan sangat adalah Iced Latte Espresso dari Mc Cafe. Perghhh...sedap amat bagi penggemar kopi macam aku ni. Uishh...awat la kat malaysia ni tak de Mc Cafe ek? 

Sedapnya...tolongggg sesapa dari sana...pos mai sini barang se jug dua...



Sedapppp....


Universal Studio Singapore

Last week seperti yg digembar gemburkan oleh aku...konon nak gi...U...S...??? tu kan.. sebenarnya bukan la gi United State sana...Tapi pegi USS je pun. Ni semua pun unplaned. Dah alang2 pergi sana sbb ada urusan, maka..kita drag the time for more excitement and fun event. Kalau nak ikutkan kawan2 aku tak nak pegi USS tu. Tapi sejak dari mesia lagi aku dah pujuk ajak pegi jugak. Yer la kan, sbb belum tentu pasni boleh pegi lagi. Maka tiket masuk USS pun ktorg beli dari sini. Sebelum pergi tu, puas la aku pujuk encik suami ikut sekali..tp dia mati2 tak nak pergi..apa anti sangat dia ngan negara tu pun aku tak tau la. Pastu pujuk2 dia gak, nak bawak abg long atau angah...Aina tak nak bawak tu..kecik lagi.. tapi dia kata tak adil. Hmm..last2. Aku pergi membujangkan diri. Opismate aku, kak Aidah, bawak 2 org anak dia..best dan jeles aku tgk.

USS ni terletak kat Pulau Sentosa...nak pergi ke sana ada 3 cara, samada naik cable car, naik kereta atau jalan kaki atau naik MRT ala2 monorel kat sini. Kitorang pergi melalui cara ke tiga. Naik MRT tu, turun depan USS. Sonang!!


sampai2 je..dah nampak globe tu...harus la amik gambar kan?? hehehe


Masa tgh tggu gate buka, encik Po ni dah sibuk2 melambai dari dalam..comeyy nya diaa..


Elok masuk dalam je, jumpa plk encik woody woodpecker ni. Amik lagi gambar kan??

Sape pak cik ni??
Kawan aku tanya aku..aku jawab...ntah la.. Lantak la..amik je la gambar. hehehe...


Hantu Frankenstein..


Cheeky Charlie Chaplin

Betty


Ngan Shrek dan Princess Fiona tak dapat nak bergambar sama la. tsk tsk..sbb masa ni tgh sibuk Que nak naik apa ntah. Tapi Fiona tu cantikkkkk sangat.. :)

Itulah castle derang, di Far Far Away Kingdom

Masuk Madagascar plk.

Waterworld ni, action la. Aku tak penah igt pun mcm mana filem dia. Kalo korang minat action movie...pegi la masuk. Aku yang minat citer2 katun ni..rasa bosan giler masa derang buat show tu. Best tu mmg best la..tp lama sangat kot...rasa tidooo je lagi bagus...hehehe

Pastu gi Egypt lak. First roller coaster yg aku naik. Dark ride tu...eiii jahat kawan2 aku ni..derang kenakan aku. Katanya yg ni best...slow je..tak takut. Bila masuk dan Que tu baru aku terbaca rupanya, the fastest roller coaster kat situ...rasa mcm nak tarik diri dah... tapi aku kuatkan jugak semangat..try la...rupanya besttt wooo... best sbb gelap..so tak nmpk laluan dia..then dia naik laju2...pastu teiba STOP!!! kemudian, tetiba secara laju dia mengundur ke belakang...kecut hati aku woooo...pastu dia naik balik dan pusing2, naik dan turun dan sampai...Phewwww!!!! agak gugur jantung. Kawan aku repeat lagi sekali. AKU??? hahaha kem salam la nak naik lagi...

Ni roller coaster paling tinggi dan ada 2 jenis ride dia, samada Human, jenis duduk yg ada lantai tu atau  Cyclone, duduk tapi kaki tergantung. Tak dapat la nak suh aku naik. Tapi geng2 aku ni berani je naik dua-dua sekali....hahaha...bukan jiwa aku beb.

Perjalanan diteruskan sehinggahlah ke NEW YORK. hehehe...tak caya?? cuba perhati kat tong sampah tu.. betul apa??



Sebelum balik, terjumpa encik Po ni..so meh amik gambar beramai2

Till we meet again next time :)




Best ke USS tu??
Bagi aku ni, best tu mmg best la. Tapi kalo diberi keberanian utk naik semua permainan  roller coaster kat situ, mungkin lebih best kot. Tapi, aku ni..muka ja legend...tp hati kiut ala2 jambu gak...mana berani nak naik2 roller coaster yg bisa menggugurkan jantung dan memporak perandakan serebelum, serebrum dan medula oblongata aku ni...sedar diri ok...awak tu mak orang.

So, naik ride2 yg sesuai dah la..pastu tujuan utama nak amik gambar ngan semua karakter yang ada...hahaha..nak lunaskan impian zaman kanak2 la ni. Tapi, banyak gak yang tak sempat sbb masa adalah terhad. Nak meneman kawan soping kat Orchard lak. 

Malam tadi tunjuk2 gambar kat anak2, semua cakap nak ikut...kebetulan abah dia masuk bilik time tu...kuat la suara mama dia cakap..ok...nnt kita pergi sana k..semuaaaa sekali...ala..kita pergi Singapore masuk USS dah la. Tido JB cukup. Tp abah tak de respon pun. Harap2 dia paham la kata2 mama budak2 tu...hahahaha. Bukannya apa, rasanya tempat tu ngan jiwa kanak2 lebih sesuai la. Kalo kali ni dia tak nak ikut gak...ai tak kira...ai bawak gak anak2 ai..u dok rumah ...heheehe...sanggup???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...