Monday, November 5, 2012

Ber 'ice skating' katanya

Hari sabtu baru-baru ni, hujan dari pagi membawa ke petang sehingga ke malam. Plan asal nak pergi ke Sunway pyramid tuk cuba ice skating. Disebabkan sahabat yang nak ikut pun tak jadi nak ikut, sudahnya kami sekeluarga pun mcm kemalasan nak keluar dari rumah.

Tapi disebabkan kakak kat opis saya ada beli voucher ice skating dengan harga diskaun kat living social untuk anak daranya dan anak daranya pulak tak dapat nak pergi dek kebizian ulangkaji pelajaran tuk SPM, maka di letgo nya voucher tersebut secara percuma kepada saya. Tgk tarikh akhir voucher tu pun pada 9 November ni. Makanya, kena jugak gagahkan diri keluar pada hari Ahad lepas.

Lepas tebus 2 voucher untuk anak-anak teruna saya. Suami saya belikan satu tiket untuk dirinya. Al maklumlah, first time katakan, for sure anak-anak saya tak reti nak main benda alah ni. Kalau korang nak tau harga dan nak belajar cara ice skating ni, sila rujuk gambar kat bawah k.


Selesai hal tiket, terus masuk dalam untuk pakai kasut pulak. Disebabkan saya tak main, tapi nak masuk, tetap kena beli visitor tiket berharga RM2 sahaja. Sebelum tu, sila bawa stokin dan sarung tangan dari rumah ya. Kalau tak bawa, silalah laburkan wang anda disini. Sebab pemakaian kedua-dua benda tu adalah wajib.


Sejak dari rumah lagi, anak sulung saya memang sangat over excited nak try sukan ni. Tapi anak kedua saya yang macam takut2. Katanya dia takut tak boleh balancekan badan dia sebab dia demok. hahaha..tp saya cakap, boleh punya. Mula-mula mungkin la susah kot. Tapi lama-lama mesti boleh. Ecewah..mak punya bagi kata perangsang kan!!

Tapi rupanya memang betul. Abg long sebelum masuk gelanggang, memang tak ada masalah nak balancekan badan. Even dalam gelanggang pun dia still boleh balancekan. Cuma kena super slow la. Angah pulak, dah pakai kasut je, terus tak leh diri dah. Sudah!! Jadi suami saya la jadi tempat bergantung dia.

Ingat kan pastu tak ada masalah dah. Rupanya salah. Tak sampai 5 minit dalam tu. Angah dah nangis-nangis nak keluar. Rupanya memang dia tak boleh balance langsung, pastu jatuh pastu abg long dia langgar lagi. hehehe..terus keluar.

Jadi, kat dalam cuma ada abg long dengan abahnya sahaja. Sambil tu, tetiba ada satu band boys yang menggelarkan diri derang sebagai LONDON BOYS, buat persembahan kat stage kat situ. Saya tak kenal la group ni. Baru kot, pastu asyik nyanyi lagu orang lain je, lagu kumpulan boyzone la.. pastu lagu kumpulan one direction la. Mesti derang ni kumpulan yang tak de lagu sendiri kot. Tapi mai je Malaysia, mesti orang tengok jugak. Ntah apa-apa kan Malaysia ni..hmmmm. Sementara nak tunggu anak sulung saya dah abahnya kat dalam tu. Saya pun terpaksa layan je la group ni.

anak-anak saya pun layan sebab derang nyanyi lagu one direction "what makes you beautiful"


Rupanya tak lama mana jugak abang long kat dalam tu. Tup-tup, dengan seluar basah sampai kelutut, mata merah-merah, sambil nangis-nangis, keluar dari gelanggang tu sambil tunjuk jari kelingking dia yang membengkak. Rupanya dia jatuh, dan digilis abahnya kena kat jari. hehehe..adoila..macam-macam betul. Sudahnya saya tukarkan kasut derang dan terus ke tingkat atas.

Dari tingkat atas tu, ktorg just layan tengok encik suami saya feeling-feeling remaja bermain ice skating tu. Tak pe..biarlah dia sekali sekala kan...



Tu pun tak lama. Bosan kot main sorang-sorang. Ingat nak bergembira ngan anak-anak, rupanya hampa.hehehe. Nak harapkan saya?? lagi tak boleh harap. Suh main virtual game terer la.

Pas encik suami tukar kasut, terus kami pusing-pusing jap kat sunway pyramid sebelum balik rumah.

Nampak gayanya, kalau nak main lagi, kena tunggu anaka-anak besar sikit la dulu kot kan??

Btw, thanks Kak Aidah sebab bagi voucher ni. At least anak-anak saya dapat gak merasa walaupun main satttt sangattt..:)

4 comments:

Noor Laizan said...

Hehe.....kak izan pun ada kat sunway pyramid ahad tu....skali x jumpa daaaa....

Noor Laizan said...

Hehe.....kak izan pun ada kat sunway pyramid ahad tu....skali x jumpa daaaa....

Farihah said...

uishh ya ka???
kalau tau leh calling2 kan!!
budak2 ikut sekali??

Noor Laizan said...

Ahaaa.....bdk2 ada skaliii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...