Wednesday, November 9, 2011

Woohooo

Yupp!! Aku idup lagi...cuma mood aku nak berblog ni dah nak mati.. ntahla..malas betul nak tengok blog. Jangan kan nak tengok blog orang?? Blog sendiri pun aku tak lalu. Nak kata pembawakan... na mungkinnn... aku nak tggu anak dara aku 7 tahun dulu baru aku akan fikirkan kebarangkalian penambahan pewaris baru.

uishh..agak berzaman aku tak update yer. Sebenarnya banyak benda aku nak ceritakan kat sini. Tapi setelah ditimbang tara, Aku memilih cerita pasal anak sulung aku la. Biasa la, bila dah jadi mak2 ni..cerita pasal anak2 je la yang lebih. Cerita pasal aku?? tak de yang menarik pun. Aku kan manusia biasa yang agak luar biasa.

Malam ni pun ntah angin apa yang mai hembus kat telinga aku suh update ni. Tapi dalam masa yang sama masih terasa bersalah pada diri sendiri. Dari aku dok update blog ni, ada faedahnya aku pi lipat kain baju yang dah 2 hari tak menerima belaian tangan aku ni. Ok..kena update laju2..pastu pi lipat baju. *yer la sangat*

Cerita dia macam ni,
Kan ke budak2 dah abih peksa last 2 week ek?? ke last week yer?? dah ilang ingatan aku. Nampak sangat faktor usia sangat memainkan peranan kan?? So, tadi anak aku bawak balik la report kad. Ciss..apasal ujung tahun cikgu main pass je repot kad kat anak ek?? apsal tak panggil ibu bapa pi sekolah??? dah la berderet soklan aku dah sediakan nak tanya cikgu dia ni. Nampak gaya kena simpan la soklan tu tuk tahun depan.

Setelah seminggu periksa dijalankan, dan sebagai mak yang garang, aku dah melatih tubi anak aku buat soklan2 latihan yang pelbagai. Tak cukup ngan latihan kat buku je...aku tambah buat soklan aku sendiri. Kah kah kah...kejam kan?? geram kot..ajaq tak paham2.. soalan kat buku aku kirakan tak cukup mencabar, jadi aku kena buat soalan sendiri yang pada hemat aku mencabarlah sangat. Tapi tu cuma tuk subjek Matematik je la. Subjek lain aku tak reti la nak reka cipta soalan. Apsal aku sangat tekankan matematik arr?? Ntah la aku pun tak tau. Encik suami aku kata dia sangat gerun tengok aku ngajar matematik kat anak aku. hahaha..garang sangat ke??? len kali tolong rekodkan ek?? Pastu bagi aku tengok ok?? Ok, berbalik pada soalan kenapa aku sangat tekankan matematik?? hmm..aku rasa sebab aku sendiri dah tetapkan benchmark tu kot, aku nak anak2 aku kalau boleh sentiasa dapat A dalam matematik. Sebab, aku minat gilerr ngan subjek tu, Kalau dapat B aku mesti frust menonggeng2. Walaupun masa SPM aku Add math aku tak hebat pun. Tapi aku cover balik masa masuk "U", Every sem, math mesti dapat A, subjek lain, lantak... hahaha.. sungguh tak seimbang. Nampak?? gila kuasa kan aku ni? Sian anak aku, tapi so far aku rasa anak sulung aku ni memang minat gak ngan subjek tu, cuma aku tak nak dia kurang markah sebab lalai. Aku cakap kat dia, paling koman aku nak markah dia 96, salah 2 ja..tu pun sebab tak reti, bukan sebab cuai! boleh??? isk isk..tipu la..biol la kalau aku buat camtu..hehehe

BM..penggal pertama subjek yang lain semua 90 lebih..tapi dia buat onar kat BM, boleh dia dapat 80 lebih ja tuk penulisan dan pemahaman. Sudah nya dia dapat tempat ke 33/40. Gila pandai budak skrg, aku suspek kawan dia yang dapat no 1 mesti semua subjek dapat 100% kan?? Mau tak ketaq?? Uishh..sebab tu tuk penggal kedua aku suruh dia buat latihan BM betul2. Tapi biasa la, setiap kali nak buat latihan, mesti ada drama lebih. Time tu la, gatai tangan, time tu jugak la ngantuk..adoi la...paling tak tahan dia leh cakap "mama suh abg long buat latihan banyak2 ni, nanti bukan nak naik soalan macam ni pun". Ish..ikutkan aku, memang nak kena tangan dah budak bertuah ni, sebab tetiba aku teringatkan pepatah "sayangkan anak tangan2kan" eh?? tapi aku sabarrr je la. Kang terus jadi drama juraian air mata pulak..

Kiranya semua subjek aku suh dia buat latihan, kecuali agama. Sebab bila aku buka buku teks agama dia, aku jadi blurr..nak baca apa ni?? semua ayat2 quran, ada la pasal adab dan akhlak sikit2. So, aku cover sikit2 la..buku latihan agama memang tak ada. isk... *tunduk*

perbezaan antara penggal pertama dan kedua
objek sengaja dikaburkan bagi mengelakkan unsur2 yang tidak diingini. :)

Sudahnya, penggal ni syukur... majoriti subjek meningkat, dengan matematik melebihi piawaian yang aku tetapkan dan BM, sangat memberangsangkan peningkatannya dari 80 lebih..terus ke 90 lebih. Tak sesia mama garang, ucap abah beliau sewaktu melihat report card anaknya. Tapi..tapi tapiiiii...subjek yang aku tak tekankan. Agama, jatuh beb..dari A last sem terus B. Aku pun tak tau la kenapa. Tengok soalan pun boleh tahan la susah kot. Nak kata dia tak reti Jawi, subjek Jawi boleh pulak dapat 100%. Tak tau la. Maka mula aku syak sesuatu. Sesuatu yang sama menimpa aku. Dari sekolah rendah sampai masuk U memang aku pun susah sungguh nak dapat A tuk agama. Masa sekolah rendah aku syak ustazah tu jeles ngan aku..hahaha..mati la kalau ustazah aku baca. Tapi sekolah menengah ustazah aku baik ja..takkan dalam diam dia pun buat konspirasi menjatuhkan aku. Tu tak pe lagi. Kat U pun asyikla dapat B. Aku dah mula syak ustaz aku kat U pun sama. ok2..pasal konspirasi tu aku main2 je weii..jangan pi report lak. Tapi tu la..aku ngan anak aku ni ada "kimia" disitu.

Dari segi kedudukan dalam darjah pun..ada peningkatan, dari kedudukan ke puluh2 telah melonjak ke belas2. Ok la kan. Sebab aku syak budak2 la ni pandai la, pastu aku penah sembang ngan sorang budak kelas anak aku tu. Dia kata sabtu ahad dia pi tusyen..weekdays tak leh tgk TV. Weekend pun tgk tv 2 jam ja.. Aku terkejut gak. Anak aku memang 100% beza, weekdays, sampai rmh buka tv, weekend lagi la... tengok TV sampai lebam dari bangun pagi sampai nak tidoq balik malam tu. So, dia cuma baca buku time nak peksa je la. Aku kagum ngan kawan dia, tapi dalam masa yang sama aku kesian jugak. Baru darjah 1 tu. Sungguh tabah la budak tu.

ulasan cikgu tuk penggal pertama dan kedua

Nampak?? apa cikgu tulis??? Aku baca repot tadi masa aku tgh jalan. Mata aku terus terfokus pada perkataan "peningkatan" tapi aku terbaca "pening katon" aku baca lagi sekali sambil dada berderau ni, "Anda pening katon". Apa jenis bahasa cikgu ni pakai..geram ni..geram..kot ya pun anak aku suka main2..awat kasaq sangat bahasa tu?? Aku pejam mata 5 saat...baca balik..oooo "ada peningkatan" rupanya.. hahaha..awatla cikgu jarakkan perkataan "pening" dan "katan" tu cikgu??? Terus gelak guling2 sorang2 dalam lif..asyik nak marah je kejenya ko ni kan..cuba istighfar sikit.

Oh..dah la..panjang bebenar dah aku update ni. Tapi mungkin 1 bulan dari sekarang baru aku update balik kot...bubbyeee...

Cuti sekolah ni, aku plan nak kena buat latih tubi agama la kat anak aku ni disamping memperkukuhkan lagi bacaan jawi dia.. Tapi semua tu aku buat sendiri la..nak hantaq p kelas ekslusif?? tak payah la kan sebab, aku sedar diri..aku ni bukanlah orang yang kaya dan berharta..lagipun, bukankah ibu bapa adalah guru yang terbaik untuk anak?? So, nak anak hebat..ibu bapa pun kena la korbankan masa jugak kan?? Insya Allah...boleh!!

4 comments:

sindiketsulit said...

akak pun baru ingat nak buat entry pasal pening katon si aliff dalam peperiksaan akhir tahun beliau.

akak sangat bangga.
dan apabila bangga akak pasti memeluk beliau sehingga biru.

*sakit sepan di dada bila tengok result dia tahun ni...

Farihah said...

uishh bahaya2...sampai biru jadinya?? dari pening katon terus jadi pening lalat tu..

Apa2 pun tahniah kak :)

mizztraveller said...

Diamond sharpener atau pengasah Diamond merupakan pengasah yang berkesan untuk mengasah dan menajam pisau , gunting, kapak , cangkul , dan sebagainya .

Lapisan Permukaan yang diperbuat daripada serbuk belian @ Diamond . Seperti yang kita tahu belian atau diamond merupakan bahan yang paling keras di dunia . Oleh itu ia dapat memakan besi atau benda yang tidak keras daripadanya . Oleh kerana pisau , gunting dan tools sebagainya diperbuat daripada steel dan besi . Oleh itu ia dapat memakan atau menajamkan pisau dan gunting dengan lebih cepat dan berkesan .

Ramai suri rumah , pekebun , penoreh getah dan pekerja restaurant mengalami masalah pisau cepat tumpul atau pisau masih tidak tajam . walaupun anda mengasah selama berjam-jam . Mungkin anda salahkan skill anda . Tetai ini bukan masahlah skill . Ini adalah masalah pengasah batu pasir anda yang tidak berfungsi . Untuk pengetahuan anda batu pengasah pasir hanyalah untuk mengasah pisau besi dan bukan pisau steel . Pada masa kini . pisau kita semakin hari semakin keras . tetapi kita masih lagi menggunakan batu pengasah zaman dahulu . Macam mana nak tajam????

Kalau nak pisau , parang , kapak , gunting dan sebagainya tajam , anda perlu tukar batu pengasah anda dengan Diamond Sharpener @ Pengasah Diamond .

Tak perlu beli pisau yang mahal atau gunting yang mahal. Anda hanya memerlukan batu pengasah yan bagus untuk mengasah pisau , gunting dan sebagainya.

Diamond sharpener telah diiktirafkan oleh MPOB kerana keberkesanannya menajamkan cantas iaitu pengait kelapa sawit . Cantas merupakan pengait kelapa sawit yang mahal. Walaupun mahal tetapi ia akan tumpul suatu hari nanti . Selepas tumpul keberkesanan tidak dapat dirasai . Cantas memerlukan mata tajam untuk beroperasi. Oleh itu , Diamond sharpener amat diperlukan untuk menajam mata cantas. Untuk pengetahuan anda estate seperti IOI plantation di sandakan , sabah merupakan pengguna terbesar dan output mereka semakin bertambah .Kerana tidak perlu membuang masa mengasah dan mata pengait kelapa sawit mereka tidak lagi tumpul seeprti dahulu . Parang , pengait kelapa sawit yang diasah boleh tahan selama 3-4 hari .

Sabit,pengait kelapa sawit atau pisau yang berkarat akan menjadi tajam seperti baru selepas guna diamond sharpener .

Selain ber fungsi sebagai pengasah , ia juga berfungsi sebagai sand papers ,untuk polish kaca, metal dan kayu . meghalus permukaan tajam .Jangka hayat pengasah Diamond ini adalah 10 tahun untuk kegunaan rumah dan 5- 6 tahun untuk kegunaan estate . Tapi hasilnya amat menakjubkan.

Harga Diamond sharpener di pasaran adalah Rm230 tetapi sekarang harga promosi Rm 180 . setiap pembelian 10 keatas free satu sharpener berharga rm180 dan Rm190 termasuk pos

Pastikan anda membeli batu diamond pengasah yang original .kalau anda ingin pastikan batu pengasah itu original atau tidak sila gores di permukaan batu pengasah tersebut dengan menggunakan paku . sekiranya tiada goresan atau garisan . maka i a adalah original . sekiranya i a calar dan habuk bertaburan , maka ia bukan pengasah diamond .

Untuk order atau pertanyaan sila emel kepada saya
winter_asia88@hotmail.com

mizztraveller said...

Diamond sharpener juga mampu mengasah pisau seramik , steel , besi , tungsten dan sebagainya . Hal ini kerana Diamond merupakan material yang keras . dan dapat makan material yang lebih lembut daripadanya .

dengan adanya diamond sharpener anda tak perlu pisau mahal . hanya perlu asah semula pisau , gunting , dan peralatan yang anda ingin tajamkan .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...