Thursday, November 22, 2012

Hari Orientasi Angah

2 tahun lepas, Situasi ini dah berlaku untuk anak sulung saya. Sabtu 10 November baru-baru ni, situasi sama berlaku lagi. Tapi kali ini untuk anak kedua saya pulak. Pantasnya masa berlalu, rasa macam baru je semalam daftar anak sulung masuk darjah 1. Tup-tup hari ni daftar adiknya pulak masuk sekolah yang sama. Dan 2 tahun lagi daftar pulak anak ketiga kat sini. Insya Allah.

Tapi macam biasa la, untuk anak pertama segala benda serba excited. Sebab tak berpengalaman kan!!. Tapi untuk angah ni, ktorg more relax. Bangun pun kul 6.30. Solat pastu kejutkan anak-anak dan mandikan derang. Angah memang super excited sebulan sebelum kejadian lagi. Tapi saya ni pulak beberapa hari lagi nak mendaftar baru sibuk cari baju dan kasut sekolah. Beli sepasang dulu khusus untuk hari pendaftaran ni. Esok-esok beli lagi kan.

Majlis sepatutnya bermula pukul 8.30. Ktorg pukul 8.15 baru sampai kat pagar sekolah. Plan asal memang nak sarapan kat kantin sekolah, tapi sebab dah lambat, menonong je la ke dewan cari tempat duduk untuk dengar taklimat.


angah dengan memek mukanya 


Aina muka ngantuk lagi



Berbeza dengan abang long dulu, time-time macam ni memang dia masih tak reti nak membaca sangat. Tapi Alhamdulillah, angah dah pandai baca. Terima kasih kat teacher2 dia kat sekolah sekarang. So, masa dia bosan dengar taklimat tu, dia sibuk membaca setiap perkataan yang dilekatkan kat dinding-dinding dewan. Tak cukup dengan tu, dia sibuk pulak baca satu buku aturcara majlis hari tu.

Saya pulak, kali ni kosentret terlebih dengar taklimat semua cikgu-cikgu kat depan tu. Memang nak tau apa perancangan derang sebenar. Sebab sejak KSSR ni dilaksanakan, saya memang tak berapa faham sangat. Yang saya nampak cuma, pelajaran derang makin susah dan takde UPSR.

dengan senior sekolah :p



Dah abih satu buku dibaca, dia cakap sakit perut. Terus saya minta abang long dia as a senior kat sekolah tu, bawakan adiknya ke toilet. Saya masih kosentret dengar taklimat nieh. Dah perut kosong, dia lapar pulak, terus abahnya bawa dia dan adik-adik pergi kantin dan makan dulu. Macam biasa, angah memang tak memilih makanan dan makan dengan seleranya. hehehe


Dah abih makan dia datang balik kat saya. Sambil main game sambil dikelilingi kawan-kawan. Masa tu takde taklimat apa sangat dah. Cuma taklimat dari BSN dan maskotnya kat atas stage tengah entertaint budak-budak. Baru saya tau rupanya BSN ada maskot eh? 

Aliff dan Alieyah

Dah abih taklimat, cikgu panggil nama murid-murid ikut kelas yang derang dah tentukan secara rawak. Nanti dah masuk sekolah, baru derang ni akan pindah kelas lain ikut prestasi masing-masing. Mujur Aliff sekelas dengan kawan setadika dia. Alieyah anak Ila ni. At least ada jugak kawan yang dia kenal satu kelas ngan dia kan.

Dah beratur, cikgu pun bawa la derang round-round satu sekolah untuk tunjukkan tempat-tempat seperti kantin, surau, padang, toilet, pusat sumber dan lain-lain lagi kepada murid-murid baru ni. Ibu bapa pulak masa tu terus ke kelas anak masing-masing untuk urusan pembayaran yuran dan mengisi pelbagai jenis borang. Banyak pulak tu. Takpe la. 2 tahun sekali. Layankan aje. Oh ya, total yuran yang saya kena bayar hari tu RM26. Kat sekolah anak korang berapa pula? Sama kot eh?


Dah selesai segala urusan. Moh la kita beransur.

3 comments:

AdanyaKauUntukku said...

ila berdebor......maklumlah first time...

sib baik ada Aliff..hopefully dia tak lah rasa terasing sangat kat kelas nanti..

sangat riso neiH..
Alieyah ni jenis memilih
kang toilet tak bersih..mmg tak delah dia nak terkencing..terb****...adoi
dah satu hal ibu kena bawak pegi opis......

tu satu hal...lom campor panas..habuk..huwaaaaaaaaa..susahnya lah anak sorang nieH

cheqna said...

wah..besh kan pengalaman cam gini
teringat kisah cheqna dulu2 =)

Farihah said...

Ila,
Adatla tu...farihah masa anak sulung pun rasa camtu gak..hehehe

cheqna,
tu la..tp masa akak dulu, takdenya mak abah hantar satu famili tuk hr pertama.hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...