Habih amik ubat dah kul 6.30..katanya sempat ni balik cari kedai kat area rumah saja. Tapi singgah masjid nak solat asar jap. Dah penat berpikir mana nak berbuka, last-last pi kedai mamak kat area rumah saja. Tu pun sebab mengenangkan anak sulong aku makan roti canai ja kan??? SO, kul 7 dah siap order.
Order simple. Roti canai 2 bijik. Megi goreng, Nasi goreng pattaya dan nasi goreng kampung. Air kopi o ais satu teh ais satu dan air suam 3. Aku bajet...kalau tak sempat pun..ada air suam kan..leh je hirup air tu dulu.
Pastu...datang sepasang pasangan duduk kat belakang aku. Yang lelaki India, yang pompuan macam melayu...tapi tak tau la...duduk dan order...pastu datang lagi 2 mamat india duduk kat meja sebelah. Tak sampai 10 minit..air yang depa baru pesan, sampai...air grand2 juga la bagi aku. Air tembikai dan air teh. Tembikai tu payah jugak la nak buat kan kalau nak compare teh ais tu. Sebab teh tu depa dah buat banyak, so depa cuma letak ais ketul dalam gelas dan terus tuang teh tu. Siap!!!! berbanding air tembikai nak kena kupas, potong dan blender pastu letak air gula dan letak ais ketul kan...kan???? Apa yang aku nak tekankan di sini. Awat air depa yang payah tu sampai dulu??? Mana air suam yang aku mintak tadi?? Aku tengok jam. 7.15, so berprasangka baik. Maybe depa bagi kat orang tak posa dulu, sebab takut kalau bagi awai2 sangat kat orang berposa ni..kot terbatal lak posa sebab terliuq tengok air suam depan mata kan???
Tunggu punya tunggu...punya tunggu...azan pun berkumandang di udara tanda masuklah watu berbuka..waktu tu, barulah depa terhegeh-hegeh hantaq air suam. Tu pun setelah mendapat renungan tajam dari aku. Seb baik pada waktu yang sama, tokei dia bagi kurma 4 biji. So, berbuka la yang tu dulu. Kemudian dari jauh aku nampak makanan yang aku order iaitu nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung dan roti canai dibawa. Dalam hati dah suka ni. Tiba-tiba..dia pi hantaq kat meja belakang....dan meja tu pulak..adalah 2 meja berasingan..dengan erti kata lain..antara 2 meja tu datang pada waktu yang berlainan dan saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain dan paling PENTING. Depa tu lambat dari aku.
Amirul dah la posa..dia dok tanya..awat lambat sangat ni. Logik la..Order kul 7..kul 7.35 tak sampai lagi..lama sungguh aih tebaq roti canai. Dalam hati ni...dah membara..tunggu orang tiup atau simbah minyak ja kompom berapi ni. Aku tunggu sat...sat...tak sampai2...aku dah geram. Aku tengok incik suami...dia pun tengah kemam mulut tahan geram...arghhh aku bangun..masuk dalam kedai. Oh, lupa nak cakap, masa tu kami dok kat bahagian luar. Terus tokei dia mai jumpa aku. Aku pun.......
"apa ni......orr....."
"sorry..sorry....salah hantar..mari duduk dalam " tengok..aku belum abih cakap..dia potong ..nampak sangat dia sedar kesalahan dari pihak dia. Tapi apa kes ajak aku dok dalam lak...tak munasabah.
"arghh..sudahla..." terus keluar sambil diekori tokei tu (dah macam citer hindustan lak..hero nak pujuk heroin) <lol>
Aku dah bajet nak letak 2 hinggit tuk air suam tu dan terus blah.
Tapi tokey tu dok maaff..maafff..sian lak aku tengok..tapi aku cakap.. "at least...bagi la kat anak i dulu..dia puasa, ni dok pegi antar kat orang tak puasa kenapa??" dia pun maaf maaf tak abih.
Pastu datang la order-order aku. Masa tu, incik suami sound pulak orang yang antar order tu. Tapi aku kurang jelas percakapan derang sebab telinga aku ni masih panas!!! Makan pun tak tenang dah..geram punya pasai kan..seb baik la aku posa..kalau tak memang tak tau la apa nak jadi kat kedai tu. *cheyyy...cakap bajet DIVA.*
gambar hiasan semata-mata..tiada kena mengena dengan kejadian semalam
sumber :gugel
Pas makan, terus aku bawa anak-anak aku pi 7 Eleven kat situ. Biar incik suami menguruskan hal2 bil. Aku dah tak sanggup tengok muka tokey tu.
Masa dalam keta, incik suami cakap, tokey tu tak abih2 mintak maaf, dia kata "saya sudah rasa tak seronok la, saya minta maaf incik..memang salah orang yang hantar order tu". Hehehe..aku gelak je la..tau pun dia takut kehilangan regular customer ni, dan aku pun tak sangka aku akan berkelakuan camtu. Selalunya incik suami je akan buat camtu..hahaha. Pastu incik suami aku cakap..sebab aku marah tadi..abih semua group lelaki kat depan meja aku yang tengah bising masa tu jadi terdiam. Terkejut kot tengok muka macam ayu..tapi mengamuk..kecuttt..hahaha...mengong.
2 comments:
ouhh kalu cheqna pun akan hangen..mongoks..
kan??? memang saja nak kena tu
Post a Comment