Pagi tadi dengar KLFM. Hari ni ustaz Fauzi Mustapha membicarakan tentang malu seorang wanita. Senenarnya sejak dilahirkan wanita dikurniakan 9 malu. Dan semakin meningkat dewasa, sedikit demi sedikit hilang rasa dan bilangan malu tersebut.
Hilang pertama kali ketika seorang wanita itu didatangi haid. Kerana, dia sudah tidak segan untuk membicarakan sesama kawan2nya dan ibunya mengenai perkara tersebut. Mungkin untuk mendapatkan lebih maklumat.
Malu keduanya hilang ketika dia selamat diijabkabulkan. Iaitu ketika suaminya telah secara halal dapat menciumnya.
Malu ketiganya pula hilang ketika dia telah melakukan jimak bersama suaminya yang sah. Kerana pada ketika itu, bahagian yg dia selama ini tutup dari pandangan bukan muhrim, telah dapat dilihat oleh suaminya.
Malu yang keempat hilang ketiga dia melahirkan zuriatnya. Kerana pada ketika itu, doktor muslimah telah melihat bahagian sulitnya.
Maka yang tinggal hanyalah 5 bahagian malu sahaja.
Menurut kata ustaz, wanita muslimah sejati adalah wanita yang dapat melindungi dan memelihara 5 malu ini sehingga akhir hayatnya. Manakala, bagi wanita yang suka menunjuk-nunjuk bahagian yg sepatutnya mereka malu, sudah hilanglah rasa malu tersebut dari mereka.
Dan menurutnya lagi. Apabila wanita telah hilang rasa malu ini, maka itulah tanda-tanda kiamat. Bukan kiamat yang besar, tapi tanda-tanda hampirnya kita kepada kiamat. Wallahualam.
Kawan-kawan, moga kita bukan antara penyumbang wanita yang hilang malunya itu.
2 comments:
sokong!!!
mohon share bleh?
:) silakan...
Post a Comment