Sunday, February 5, 2012

Rumahtangga tergugat penangan orang ketiga????

Wahh tajuk... Kemain kan?? Padahal baru pagi tadi post kat FB yg hari ni genap 9 tahun usia pernikahan dalam bulan islam. Tup..tup mai malam menjelang tiba tukar jadi tergugat pulak kan??? Apa kess???

Relax..relax... Jangan gossip terlebih dulu. Tajuk ni adalah GENERAL dalam erti kata lain adalah bersifat UMUM. Aku tak kata entry ni mengenai rumahtangga aku kan?? Tapi aku ni kira mewakili segelintir wanita yang merasakan rumahtangga mereka goyah dek orang ketiga.

Tapi.... Tahukah korang, orang ketiga tu adalah TAK SEMESTINYA, merupakan seorang yang berlainan jantina dengan pasangan korang, Tapi boleh jadi orang ketiga ini merupakan teman sejenis pasangan korang. Chop..chop... Bukan aku nak tuduh pasangan korang tu mengamalkan gaya hidup SONGSANG. Nauzubillah. Tapi orang ketiga disini aku nak tegaskan adalah kawan dia. BFF la kononnya. Bahaya tau kalau pasangan korang melebih-lebihkan kawan dari pasangan sendiri ni. Boleh bawa cerai berai tau. Contoh dah ada kot, si jimmy shanley ngan ex wife dia tu. tak bahaya ke???

Dan antara lelaki dan perempuan ni beza sikit yer. Kalau perempuan ni mmg la ada BFF jugak. Tapi tak serapat lelaki dengan BFF derang. Maklumla perempuan ni kalau kawan, setakat kat luar je la. Balik rumah otomatik lupa pasal kawan tu sebab ada tanggungjawab besar lagi kat rumah kan. Yer la, nak layan anak-anak, buat keja rumah lagi, tengok keja sekolah anak lagi, so mana ada masa nak pikir masalah kawan dia kan? Masalah sendiri pun tak tertanggung kot.

Tapi laki ni mudah. Sebab MUNGKIN la, bagi derang, disebabkan masalah kat rumahtangga dah si isteri tolong pikirkan. So otak dah clear. Jadi bolehla tolong kawan-kawan pikir masalah derang pulak. Tak pun kalau si kawan dia tu tak de masalah lagi bagus. Kawan call, "hello bro, jom kuar lepak minum". Otomatik je YES jawapan yang diberi. Pastu paham-paham la kalau keluar tu kul baper nak balik kan?? Rasanya selagi malam belum cecah angka 3 selagi tu kot derang rasa malam masih muda, jadi...."kita enjoyyy dulu!!!" tu kalau keluar malam lah. Kalau keluar siang hari pulak, selagi matahari tak tenggelam, selagi tu la tak nampak rumah. Haiii... Indahnya jadi lelaki kan?? Dan kalau setakat, sekali sebulan, mungkin la si isteri boleh faham KOT??? Tapi kalau seminggu sampai 2-3 kali??? Hmmm...pikir la
Sendiri.

Tak kesian ke kat isteri korang di rumah aduhai suami?? Masa korang dok lepak2, gelak2, tepuk tampar kat luar tu.. Korang dapat bayangkan sikit tak keadaan isteri korang kat rumah macam mana?? Kot anak-anak dah besar, Alhamdulillah, anak-anak tu mungkin boleh tolong isteri korang kat rumah. Tak boleh tolong buat keje, tolong jadi peneman borak pun dah besar rahmat dah bagi si isteri. Tapi bayangkan la, dah la anak ramai, berderetttt, kecik-kecik lagi pulak tu. aduhaiiii... Siannya si isteri. Bayang kan yer, sedang si isteri tengah ajar sorang anak buat keje sekolah, banyak pulak tu, anak lagi sorang jerit nak MAKANNN!!!, yang lagi sorang lak jerit nak SUSUUUU!!! Tengah2 tu pulak, ada lagi yang jerit... Nak BERAK!!!! Ya Allah, kelam kabutnya suasana rumah masa tu dengan teriakan anak-anak, lain pulak dengan si suami kat luar tu. riuh rendah jugak la. Tapi dengan gelak tawa yang kuat je la.. SEDIHH!!!

Pastu balik rumah, expect nak isteri layan dia macam raja. Padahal si isteri ni dah bengang tahap gaban dah. Nak merempan, satgi kata tak cium bau sorgaaaa pulak. Sudahnya DIAMMMM je la si isteri dari pagi membawa kepetang dan membawa ke berhari- hari lamanya. Tapi ada si suami nak kisah??? Hmmm... Kesian!!! Jadi wahai suami, kalau isteri korang dah DIAM, tu... Paham-paham lah yer!!!

Dan buat si BFF sang suami tu pun, agak-agak la, takkan la kawan hang tu sorang tu je kot?? Kot minggu ni hang call suami si A ajak lepak, minggu depan hang ajak la suami si B pulak pastu si C, D dan berikutnya. Kot ya pun wife hang sangat memahami, tak payah la hang nak tolong ajaq wife kawan hang pulak paham macam wife hang paham. Tapi betul ke wife hang paham?? Baik check tengok.. Manusia ni lain-lain kot. Sendiri mau ingat la bro.

Dan satu lagi pesanan terakhir aku kat entry ni khusus untuk sang suami merangkap bapa, kalau korang dah janji dengan anak-anak, tolonglah tepati, tak payah la nak twist. Contohnya, kalau dah janji nak bawa anak main layang-layang, tiba2 tgh hari tu dpt mesej dari BFF ajak lepak, terus bawa anak2 pi main kat taman dekat2 kawasan rumah je. Pastu bagi alasan nak hujan. Padahal alasan sebenar sbb takut tak sempat keluar ngan BFF tu. ingat, mungkin anak2 tak paham. Tapi kena ingat yang isteri korang tu dah lebih dari paham kot. Cuma dia malas nak hingaq lebih. Teringat sorang member kata "friend, last with "end" maksudnya kawan tu semestinya akan ada pengakhiran. Tapi "family... 3 perkataan terkhirnya adalah "ILY" dalam erti kata lain I Love You. Kalau yer pun ada pengakhiran, tapi talian darah tetap ada, tak mungkin terputus.

Sebelum terlambat, eloklah tersedar. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Ingat, wanita kini bisa berdiri sendiri tanpa lelaki, tapi lelaki takkan bisa tegak berdiri tanpa seorang wanita disisi.

ADIOS... Renung-renungkanlah.

Sekian.

5 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Mujur la encik suamiku jenis homely type / family man... Biar la dia di rumah dok membebel kt kita if ada tugasan kita yg dia x puas hati dari dia dok lepak dgn bff sampai balik tgh mlm lupa anak isteri...tu lagi makan dalam woooo... Yelah org tgh syok berhuha huha ni mana fikir family pun time tu kan...tp hasben jenis gini mmg xleh didiamkan..sesekali kena bukak mulut dan luahkan biar dia paham perasaan isteri dia tu... Kalau tak...kita jgk yg menjeruk rasa... Org lelaki ni mcm2 peel!

Farihah said...

Hehehe... Benarr... Tp ada juga kalangan kaum wanita yg mcm tu. cuma x seramai lelaki la kot

Amy Hilmirda Daud said...

cuba si isteri tiba2 copy perangai dia, rasa2nye melenting tak si suami tu ?

BFF si suami tu pulak, fikirlah sikit. kalau isterinya tak perdulikan dia lagi, jgn lah fikir yg isteri kawannye itu pun tak kisah mcm isterinya jugak.

Unknown said...

penah terdengar satu hadis tpi tak sure dr mana sebut, 'dlm satu eprkahwinan apsti akan tergugat dgn isu org ke-3 tak kira pihak suami atau isteri'

huhu, takut kan

Farihah said...

Hilmirda:
mmg ada sesetengah perempuan perangai mcm tu jugak, tp jarang-jarang..hehe

mamaNoriz:
oh ya ka?? memang ngeri...huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...