Thursday, September 12, 2013

Trip to Sabah - Day 2

6 Sep 2013-Jumaat
Seawal pagi kami dah bangun. Tapi blur, tak tau nak pegi  mana sebenarnya. Plan kelam kelibut. Apa pun tak boleh. Tapi semua salah aku la. Patut booking karambunai dulu, bolehlah spend time berhabisan melepak kat pantai je. Tapi aku terbooked Hyatt dulu pulekkkk!! hancuss.

Pagi tu, aku dan suami breakfast kat hotel sementara anak-anak mandi kolam. Budak-budak ni kalau jumpa kolam bukan ingat nak makan.



Lepas derang dah puas berendam. Naik bilik dan siap-siapkan derang, bagi breakfast semua terus keluar. Tapi tak la awal sangat pun. Masa tu dah dekat pukul 11 macam tu. Task pertama nak kena pegi branch opis kat KK ni sebab nak kirimkan strawberry dari seorang sahabat kepada sahabat yang mengandung ni. Dah tunggu hari nak bersalin dah. Boleh pulak dia mengidam nak strawberry dari semenanjung. Strawberry Sabah tak sama rasa katanya.


Lepas jumpa dan sembang-sembang sekejap dengan dia terus kami shoot ke Jesselton Point. Tak jauh pun dari KK branch ni. Sekejapan jer dah sampai. Tak ada arah tujuan sebenarnya. Plan asal memang tak nak pi pulau pun. Tapi sebab bila sampai jeti sana, anak-anak dok la ajak naik bot. Tengok jam dah tengah hari, mau hitam terbakar anak-anak aku nanti. Pastu dah janji pulak ngan kawan sekolah aku tu nak jumpa dia lepas solat Jumaat. So ktorg tak jadi la pergi pulau hari tu. Just ambil gambar kat area tu dan survey-survey harga tiket.


Lepas survey harga tiket dari satu kaunter ke satu kaunter, dapat tiket yang agak berbaloi untuk kami 5 beranak ke pulau Manukan. Harga dewasa RM23 untuk satu pulau, kanak-kanak tak ingat la plk. Tapi yang bestnya, harga untuk aina dia cakap tak payah la. Free saja. Rezeki tu, walaupun kat kaunter lain tetap dikenakan bayaran untuk Aina. Total tiket kami anak beranak untuk satu pulau termasuk harga jeti la apa lagi ntah lebih kurang RM 90 sahaja. Kalau korang nak pergi, sila cari kaunter tiket SUNNY RAINBOW ok. So, beli siap-siap tiket, esok pagi kita ke pulau yer anak-anak.





Dari Jeti terus ke Tuaran. Kawan aku tinggal situ. Dia kasi alamat rumah, tapi gps tak jumpa la pulak. Sudahnya janji jer jumpa dia kat area pekan Tuaran. Sambil tunggu dia datang, encik suami syok dok belek-belek Map nak cari tempat best lagi katanya. Aku memang tak minat la tengok Map ni. Sebab tu aku tak suka Geografi kot :p


Tak berapa lama tunggu, datang la kawan aku ni bermotosikal. Dibawanya kami ke rumah dia sekejap pastu terus ke kedai makan area rumah dia jugak. Kat sini la aku jumpa teh 3 layer favourite aku ni. Kat sana nama dia lain lah, teh C spesel gitu. Tak tau la kenapa C...bukan A ke..B ke kan??  Kalau kat semenanjung ni rasa dia lain sikit la. Tapi kat sana lain banyak.hehehehe... Tapi tetap kuminum jua..


Dah kenyang makan nasi, dibawanya kami ke rumah terbalik. Tiket kena bayar. Kalau nak masuk ke halaman rumah je RM5 dewasa, kalau nak masuk dalam rumah kena RM10 dewasa, kanak-kanak RM5. Kami tak masuk pun dalam rumah, kat halaman sudah la yer anak-anak. Kalau nak tengok dalam rumah tungang terbalik, boleh jer tengok kat rumah kita. Tak kurang hebat gitew :p







Tengok la para bapak yang lebih upside down sebenarnya ...


Dari rumah terbalik ni, kawan aku ajak ke tanjung Aru pulak. Nak tengok sunset. tapi disebabkan hari Jumaat dan hujan pulak, maka, jammed tak hengat la nak sampai area tu. Sudahnya elok sampai je..matahari dah tenggelam pun. Takpe, esok kita datang lain, kata encik suami. Aku ni bukanlah peminat nak tengok matahari terbenam ni sebenarnya. Tapi kawan aku kata memang cantik betul kat situ. Takpe la, ada rezeki esok la datang lagi.


Disebabkan matahari dah tenggelam. Kawan aku ni bawak pulak kami sekeluarga ke Perdana Park, nak tengok musical fountain kat situ. Tak jauh pun, sebelah tanjung Aru Beach tu je. Lama jugak lepak situ. Kebetulan ada playground jugak. So anak-anak seronok kemain la bermain. Kami mak bapak ni dok la bersembang puas-puas. Imbas sikit-sikit zaman persekolahan dulu. Waktu zaman belasan tahun. Sekarang ni dah 3 series dah khennn..imbas la sangat!!




Seronok melepak. Perut berkeroncong. Kawan aku ajak nak makan seafood. Tapi tiba-tiba hujan lebat selebat-lebatnya datang menimpa. Sudahnya, aku cakap elok la kita beransur pulang. Sian wife kawan aku, esok pagi-pagi nak kena pi sekolah lagi. Kami pun nak ke pulau kan. Jadi masing-masing berpecah ikut haluan memasing. Balik bilik makan megi pun sedapppp..nyum..nyummm

Esok lepas wife kawan aku habis sekolah, kami janji nak jumpa lagi. Dia nak bawa ke kedai tuk beli souvenier murah. Oraito!!

*sambung lagiiii

Wednesday, September 11, 2013

Trip to Sabah- Day 1

Hola!!!
Sorry morry lama tak update blog yang tak femes ni. Tapi hari ni aku cuba update sebab nak mengabadikan kenangan sepanjang percutian keluarga dia Sabah yang memang BEST bah!

Sebenarnya bulan Januari lagi aku dah beli tiket air asia ke Sabah ni. Aku dapat murah, 5 beranak, 5 hari 4 malam, pergi dan balik cuma RM550.  eh banyak pulak angka 5 kan?? tapi biasala la air asia ni. Lepas tambah luggage, tambah insurance dan makan semua, dekat RM800 jugak la khennnn!!!

Seawal 7 pagi 5 Sep 2013 kami sekeluarga dah keluar rumah. Breakfast dulu kat mamak area rumah, pastu naik teksi menuju ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Dari situ beli tiket ERL+tiket bas untuk ke LCCT. ERL ni sampai salak tinggi jer, pastu turun je cepat-cepat naik bas untuk ke LCCT. Mudah dan jimat. Tambang bas dan ERL satu hala untuk kami 5 beranak RM41.10 kalau tak salah. Flight pukul 11.05 ikut waktu asal. Dan tepat jam 9.15pagi kami dah terpacak kat lcct. check in luggage dulu, pastu terus masuk gate.

Dalam ERL

Dalam Bas

Dalam flight (-_-)


Gembira bila dengar pengumuman flight sampai tepat masa. Eh, 15 minit sebelum penerbangan masa tu. Kami naik ke atas flight dan tunggu punya tunggu punya tunggu...tak gerak2 fllight ni. Dah lebih 20 min menunggu, Kapten buat pengumuman, yang depa nak isi minyak dulu, dan minyak baru sampai, estimated time utk refueling pulak amik masa 20 min. Ini sudah mendatangkan marah beb. Terus baca syarat claim insurance. Stated kat situ kalau delay at least 2 jam, depa akan bayar RM200 kepada pemegang polisi. Tapi aku budget tak sampai la kot. Terus sms budak keta sewa kat sabah bgtau yang flight lambat sejam.

Rupanya salah!!! Abih isi minyak yang makan masa lebih 20 min. Kapten announced sekali lagi...flight tunggu turn nak terbang pulak dahhh...dan ikut pengiraan, flight yg aku naik tu, turn ke 15. Sabar...sabar...sambil urut dada sendiri. Last-last terbang jugak, pada pukul 1.15 petang. Ntah la blh claim insurance atau tak. Malas nak fikir dah.

Sampai Terminal 2 Airport KK jam dah pukul 4.45 petang, settle ambil beg pukul 5. Terus cari budak kereta sewa. Sian adik tu tunggu lama. Terus shoot ke Hyatt. Nasib baik dekat jer dari airport. Urusan check in kat hotel pun senang. Alhamdulillah. Naik bilik rehat-rehat dan bersihkan diri dulu. Lepas maghrib keluar nak isi perut yang kelaparan



Malam tu kami dinner burger king berdekatan area hotel. Tu pun lepas tapau makanan wajib amirul. Hujan lebat malam tu, tak boleh nak bergerak ke mana sangat. Lagipun kat sabah kan gelap cepat. Pukul 6.30 dah macam 9 malam rasanya.

*ok sambung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...