Ya betul..aku ngaku aku mmg tak glemer dan tidaklah gila glemer...buat apa nak glemer2 segala ni??? Boleh bawa ke akhiratkah?? Kalo glemer sbb benda yang baik ok lah..dapat pahala..tp kalo glemer sebab kontroversi..sebab maksiat..sebab benda2 yang buruk..buat apa?? Buat banyakkan dosa je..cukup2 la.. Aku rasa selama hayat aku yang hampir 29 tahun ni pun..byk masa yang aku lalai..leka..lupa..aku rasa byk dosa berbanding pahala..tp aku selalu berdoa dan cuba mengubah diri aku utk jadi yg terbaik..aku cuba utk mengubah hari esok supaya menjadi lebih baik dr semalam dan hari2 yang sebelumnya.. memohon ampun dari yang maha Esa..atas semua dosa2 aku yg pernah aku buat..aku manusia..tidak maksum..
Ya..aku mmg pemilih..aku cuba memilih kawan..aku berkawan bukan sbb ko popular..bukan sebab ko kaya..bukan sebab ko cantik..nope!! semua itu tak perlu bg aku..yang aku pentingkan hati budi.. kejujuran..keikhlasan dlm berkawan..kawan yang boleh membimbing aku ke arah kebaikan..bukan keburukan..kawan yang boleh menegur dan membetulkan aku jika aku salah..bukan kawan yang hanya tahu memuji..memuja..dan hanya berkata yang indah2 belaka..walaupun ketika itu aku sedang melakukan sesuatu yang salah..adakah org begini korang klasifikasikan sebagai kawan?? Nauzubillah...
Mmg indah jika kita dipuji dan dipuja..tp utk apa?? Dunia semata?? Akhirat nnt mcm mana?? Bukankah akhirat yang patut kita dahulukan?? Kerana hidup kita adalah kekal disana. "Oh muda hanya sekali ya?? berseronoklah puas2 ketika muda" mcm tu?? insaflah kalo itu anggapan korang. Mcm mana kalo kita tak sempat tua?? mcm mana kalo kita mati diusia yg masih muda..andaikata kita mati di usia seperti Nabi S.A.W pun....cukupkah amal kita selama hidup di dunia ini untuk bekalan kita di akhirat kelak?? Renung2 kanlah!!
Mungkin entry aku kali ni agak serius dari biasa..bukan apa..aku kecewa..kecewa dgn beberapa perkara. Dan entry ini..bukan utk dilampiaskan pada sesiapa..ini juga sekadar buat peringatan buat diriku yang kadang kala..masih terpesong.. Ya Allah..kau kuatkanlah imanku..hindarilah aku dari segala kemungkaran..kerana sesungguhnya aku adalah insan yang lemah...bimbinglah aku ya Allah..
No comments:
Post a Comment