Tuesday, March 16, 2010

MARI JAUHI ZINA

Entry kali ini..bukan aku yang tulis sendiri..tapi hasil penulisan adik aku..ya lah..aku mana mampu nak tulis penulisan2 yang hebat mcm ni..Ilmu agama aku belum cukup banyak utk aku suarakan..aku bukanlah alim ulama..tp aku cuba utk menyampaikan yang terbaik...sharing is caring kan??

Beza umur aku dgn adik aku..9 tahun..tapi Alhamdulillah..selama dia tinggal dgn aku..byk yang aku pelajari.. byk kemusykilan, aku terus tya pada dia..byk kesalahan aku selama ini cuba diperbetulkannya.. walau dia muda dari aku..tp ilmunya adalah lebih tinggi dari kakak dia ni..buat apa nak malu bertanya pada yang muda?? tak salah kan?? malu bertanya sesatlah jalan..
ok meh baca hasil penulisan dia :)


Assalamualaikum


Sebagai manusia, aku mengakui betapa aku bukanlah seorang yang sempurna, seringkali terdedah kepada kemaksiatan dan kadangkala terpengaruh dengan suasana. Namun, kebenaran tetap perlu disampaikan; biarpun yang mengucapkan kebenaran ini belum pasti kejujurannya.


Maka, aku mengambil keputusan untuk bercakap sekadar apa yang aku tahu dan perbuatan-perbuatan maksiat yang tidak aku buat, ataupun yang mungkin pernah aku buat, tapi aku telah bertaubat daripada perbuatan dosa tersebut.Mudah-mudahan kalian juga akan tergerak hati untuk bertaubat dan semoga taubat kita semua diterima oleh Allah ta'ala.


Ya ikhwani filLah..


Jika dirujuk kepada al-Quran, aku pasti yang kita tentunya pernah mendengar seribu satu macam ayat-ayat suci Al-Quran yang melarang perbuatan zina seperti firman Allah ta'ala,


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk (Al Isra' [17]: 32)

Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin apabila ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau,
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda:

"Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

Ya ikhwani filLah...

Aku ini seorang yang tersangatlah jahil. Maka, aku hanya mampu menyatakan apa yang aku tahu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui betapa pilunya hati ini ketika menatap gambar-gambar kalian berpelukan dan bermesra-mesraan bersama pasangan masing-masing.

Allah menjadi saksi betapa tiba-tiba kelopak mata ini berlinangan air mata di saat memandang gambar-gambar kalian yang tidak mencerminkan akhlaq kita sebagai kaum muslimin.

Ya ikhwani filLah...


Sebgai penutup, ingat lah sabda RasululLah s.a.w yang bermaksud,
"Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya."  (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Aku berlindung dengan Allah daripada mengatakan sesuatu yang tidak aku perbuat. Seandainya aku pula yang terhanyut selepas ini, ingatkanlah aku kembali kerana aku juga manusia, bukannya malaikat.

Maafkan aku andai ada yang berkecil hati dengan tulisan ku ini, tapi niatku ikhlas, mahu kita sama-sama terarah ke jalan yang Dia redhai, insya Allah

WalLahu a'lam...

Kredit utk beliau

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...