Wednesday, May 19, 2010

Home Deco Talk with Eric Leong



Jumaat lepas, aku dan geng tak keluar cuci2 mata seperti biasa time lunch hour. Semua ni gara2 Eric Leong. Siapa Eric Leong?? Takkan korang tak kenal kan. Dia kan salah seorang pendekorasi yang terkenal kat Malaysia ni. Dan buat pertama kalinya dia dengan berbesar hati sudi datang ke opis aku untuk talk show ini secara PERCUMA..diulangi PERCUMA..wah..sungguh baik hati la itu encik Eric Leong.

Masa 2 jam yang diberikan utk dia bercakap, mmg la sangattt tak terasa, Semua orang yang datang dengar tu, masing2 macam mengeluh bila tengak jam dah kul 2.30pm. Tanda lunch time dah abih, dan masing2 kena balik buat keja. Aku dan kawan2 mmg tak sia2 pergi dan duduk kat barisan palingggg depan..giler tul kitorang. Tak penah2 dalam apa2 talk muka kitorang kat depan. Kiranya tercatat dalam sejarah la.

Eric ni..sangatlah peramah plus very hyper active. Tak dok diam sungguh bila dia cakap tu. Ada je nak gerak ke sana ke mari. Nak amik gambar pun susah. Gegarrr je. Dan paling aku suka..very kelakar. Sebab tu tak bosan dan masa 2 jam tu mcm 20 min je.

Ok2..Panjang lak celoteh pengenalan aku. Sebenarnya aku tak berapa rajin nak tulis details tentang apa yang dicakapkan oleh Eric ni. Tapi paling Basic, sebelum korang nak renovate rumah korang. Korang mesti ikut 8 step yang ditunjukkan Eric dlm slide show dia ni.


-Interior design
-Colour Scheme
-Feature Wall
-Furniture


-Lighting
-Soft Furnishing
-Decor Accessory
-Candle and Flower


Kata Eric, dlm rancangan deco bersama eric tu, RM50k telah dibelanjakan untuk setiap pemenang, dan dia apply kesemua 8 konsep ni dan memakan masa selama 8 jam utk setiap dekorasinya. Hebatkan. Bila la agak2 aku leh menang peraduan ni. Lepas abih dia ajar, dia tunjukkan pulak kami dengan hasil2 rumah yang telah dia decorate. Dan kebanyakkan darinya..eh aku rasa kesemuanya kot, aku dah tgk dlm Rancangan Deko bersama Eric. Maklumla, aku ni suka betul hasil kerja tangan dia, teringin gak nak buat tuk rumah aku, tapi aku sedar diri..aku belum mampu..doakan moga impian aku bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.  



 Last sekali sebelum balik, Eric dapat cenderahati dari pihak kami sebagai penghargaan.



Thank you Eric. Harap dia datang lagi dan berikan lebih banyak tips kat kami. Eh, untuk korang, kalo nak tahu detail pasal tips Eric ni apa kata baca kat blog kawan aku ni. Dia ni rajin betul menulis. Boleh dikatakan 80% apa yang eric sampaikan hari tu dia dah blogkan. TQ ret :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...