Thursday, February 24, 2011

Tips

Hari ni, tetiba rasa mcm nak kongsi tips ngan korang mcm mana nak bagi Anak bercakap lancar. Tak tau la berkesan ke tak untuk korang, tapi Alhamdulillah, untuk anak2 aku sangat praktikal sekali.

Anak sulung aku, Alhamdulillah, mmg tak de masalah percakapan. Dia mmg sebelum usia cecah 2 tahun dah pandai cakap dan tak pelat langsung. Tapi tak semestinya bila anak sulung lancar, adik2nya pun turut lancar. Berbeza ngan abg long, Angah agak lambat sikit bercakap. Dan bila dia dah mula bercakap, satu lagi masalah yg agak teruk adalah dia pelat. Sangat2 pelat. Sampai aku tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Dan bila kita salah translate, dah tentu la dia frust dan nangis. Sian sangat kat angah masa tu. Tapi mujur, abg long dia faham ngan percakapan dia. Selalunya abg long la jd translator utk aku dan suami bila angah bercakap.

angah masa 4 tahun

Puas aku fikir kenapa dia pelat dan sampai bila dia akan pelat. Orang kata, makin besar akan hilang la pelatnya kan?? Tapi, bila angah dah masuk 4 tahun. Dia masih pelat. Aku masih susah nak paham apa dia cakap. Mungkinkah kesan tak buka / belah mulut masa dia baru lahir?? Abg long ngan Aina ktorg buat. Tapi tak tau kenapa ngan angah ktorg lupa nak buat.

Tapi, Doa ibu selalunya dimakbulkan. Ilham ni datang secara tiba2 bila aku teringat masa aku kecik2 dulu, Abah selalu ajar ktorg ngaji quran. Dan sebelum ngaji abah suh baca doa penerang hati
"rabbishrohli sodri,wayassirli amri,wahlulluqdatammilisani,yafqahu qauli" 
dan baca maksud dia juga yang lebih kurang mcm ni
"Ya Allah, Ya Tuhanku, Terangkanlah hatiku, Permudahkanlah pekerjaanku,Tajamkanlah pemikiranku, Fasihkanlah lidahku, Jadikanlah aku ya Allah org yang bijak"

Sebab doa tu ada sebut  "Fasihkan lidahku" jadi, setiap kali aku bancuh susu ke, buat air ke, masak memasak ke, basuh beras ke...mesti aku akan baca doa tu, dan niat utk angah dan anak2 yang lain.

Syukur Alhamdulillah, aku tak berapa igt sangat bila keberkesanan dia berlaku. Tapi mmg tak lama. Pelat Angah tiba2 hilang. Dan dia jadi sangat lancar bercakap, tak benti2 bercakap, otak pun pintar, bab2 hafal menghafal surah2 ni, mmg dia cepat. Tapi aku masih amalkan doa tu sampai sekarang. Bukan untuk angah saja, tapi untuk semua. Hasilnya juga, Aina yg tak sampai umur 2 tahun lagi, dah pandai cakap, sekarang baru 2 tahun 3 bulan...percakapan dia makin lancar..dan tak benti2 bercakap. Sampai aku pulak naik penat nak layan. hehehe...

Para ibu2 semua, cubalah amalkan. Insya Allah, dengan hati yang ikhlas, doa ibu dimakbulkan.


P/s: masih berdoa agar Amirul nak makan nasi...

Wednesday, February 23, 2011

Oreo

Korang penah makan oreo??
Aku tak baper nak suka..sbb rasanya bagi aku manisss sangat.

Tapi baru2 ni ada oreo baru. Oreo Ice cream. Sbb tgk iklan best. Pastu budak2 pompuan yg belakon iklan tu pun cun2 belaka. Aku pun cam terasa2 nak rasa plk. Pengaruh iklan betul aku. Tapi tak nak la beli dulu, sbb takut tak abih kan.



Tiba2 balik keja satu hari, angah cakap...
"Mama, angah nak oreo baru tu, yg sejuk2 tu" *sambil buat gaya mcm budak dlm iklan tu* hehehe
"Angah nak cicah ngan susu"
Huh!! bagus, ada alasan tuk aku beli :)

Aku pun beli la 2 paket. Sbb angah mmg suka makan oreo yg biasa tu. Sampai rmh terus buat susu tuk dia cicah. Pastu aku tanya dia sejuk tak angah?? Dia jawab "tak sejuk pun, pedas la mama" Aik..mcm mana leh pedas lak?? Pastu aku suh Aina rasa, Aina pun tak suka.

Tangan si tembam Aliff..tak nmpk lak oreonya


next model...Aina!!! Baru nmpk oreo :)


Sok pagi bawa lagi satu pack dtg opis. Sbb kawan sebelah aku suka makan oreo. Pastu eksaited suh dia rasa. Dia pun cakap tak sejuk. Bila aku rasa, hmm..mmg tak de la sejuk pun...hahaha..imaginasi je lebih.. Cuma dia rasa mcm gula2 berangin tu je..boleh la kalo nak try. Tapi, kat opis ni tak abih..kat rmh pun tak laku2... :)

Tuesday, February 22, 2011

Nasi Lemak Tanglin Original

Ingat lagi entry ni???

Kisah makan nasik lemak kat bangsar tu...haa...baru2 ni, sblm pergi Taman burung, ktorg isi perut dulu kat Nasi Lemak Tanglin. Tapi bukan kat Bangsar sana. Ni kat tempat asal lahirnya nasik lemak tersebut. Kat mana lagi..dah tentu la jalan tanglin. hehehe


Tempat dia, kalo korang nak tahu, betul2 kat depan Poliklinik KomunitiTanglin. Dan sejak dr hari tu baru aku tau yg nasik lemak tanglin ni berasal dari situ rupanya. Aku ingatkan nasi lemak ni kat area shoping complex Tang ling tu..hehehehe...padayapaa..



Dia macam food court je. Tapi aku makan kat area belakang kedai, sbb kat depan dah penuh. Kat situ glemer juga ikan bakarnya. Tapi aku belum penah rasa. Jadi tak tau la sedap ke tak yer. Len kali kalo aku try, aku buat review kat sini... Wah!! mcm pengacara jalan2 cari makan lak yer. Tapi aku tidak dibayar hatta satu sen pun semua adalah percuma...

bukan nak tunjuk gambar Aina yer..tp nak tunjuk area belakang kedai je..Aina cuma jadi model tak berbayar mama dia..

tengok..tengok...mat saleh belakang Aina tu pun makan nasik lemak tau!!! Kita lak sebok nak makan spegeti  bagai *ditujukan khas utk diri sendiri*


budak ensem ni, mmg nak sentiasa ensem je... tu monyok sbb makanan tak sampai lagi...
Perasan tak..kat belakang tu la operasi pembakaran ikan dilakukan... 


gambar budak tak makan nasik ni pun kena letak gak...nnt kecik ati dia...


Dan dah tentu, makanan kat sini adalah jauh lebih murah dari kat Bangsar sana. Tgk kedai pun dah tahu kan?? Tapi...lebih sedap kat sini. Sambal dia mmg terbaik la...walau aku tak minat sangat nasi lemak. Tapi aku masih boleh bezakan nasi lemak yg sedap dan tak sedap. So, leh la repeat lagi pas ni.

Nasi lemak ayam goreng. 

Nasi lemak sambal sotong

Kuala Lumpur Bird Park

Atau dalam bahasa melayunya, Taman Burung Kuala Lumpur.... :)

Dah lama la jugak aku pi. Dalam 2 minggu lepas. Ingatkan tak best., sebab selama ni aku bayangkan kat taman burung ni, semua burung2 adalah dalam sangkar macam kat Zoo tu. Rupanya salah!!! BEST betul pi sini. Tempat luas, Ktorg abiskan masa dlm tu saja dah 2 jam. BEST2...berbaloi2. Tiket bg pemilik my kad dewasa sorang RM 20, Kanak2 sorang RM10. Tapi besar Aina tu, free je.



Masuk2 je, kami disambut dengan burung ni!! bukan sekor dua...tp banyak!!!!! Bestnya bila kita boleh dok dekat2 ngan burung2. Burung2 ni plk bukan reti takut ngan org. Selamba dia je, nak terbang sebelah muka kita ke, nak melintas sebelah kita ke, nak berak atas pala kita ke...aku pulak yg naik takut sbb byk sangat burung2 besar kat situ. Merak paling banyak. Bersepah2 kat sana sini, sibuk nak show off. Tapi mmg best. Kalo korang pencinta haiwan, khusunya pencinta burung, silalah pergi ke sini, bawak anak2 paling bagus. Antara ramai2 anak2 aku *wahhh...macam ramai sangat* , Angah paling berani, dia mmg pencinta haiwan, serangga serta unggas rimba..hehehe
di sambut oleh si nuri :)




ada juga burung di sangkar

si nuri yg sangat bingitt!!



Kat situ bukan setakat burung je, ikan2 pun ada. Oh ya, korang boleh bagi burung dan ikan kat situ makan. Ada satu mesin yg jual makanan2 derang. Masuk syiling, pusing...kuarla satu kapsul yg dlm tu ada makanan derang. Bg yg berani je la. Aku bukan tak berani...cuma takut sikit..kang tembus lak tapak tangan aku kena patuk ngan burung. hehehe



Dah puas tgk burung dan ikan....jom masuk nursery plk.



Hahaha..ni bukan nursery tuk letak anak2 korang ye...tp ni nursery tuk anak2 ayam dan itik. Comei2 je...kat situ derang tunjuk jugak macam mana derang eramkan telur2 ayam dan itik dalam satu mesin sampai menetas. Anak2 mmg teruja tgk benda2 ni.

bukan anak je..bapak pun teruja gak..hehehe


Pendek kata, sape yg kurang eksesais *macam aku*, silalah manjakan diri anda dlm KL bird park ni. Dijamin, peluh menitik2 membakar lemak anda sebab keluasan kawasan taman burung tu. Mmg tak rasa mcm dah 2 jam korang kat dlm tu. Rasa cam sekejap je...sbb enjoy sangat. Nnt Aina besar sikit lagi, blh try bawak lagi...skrg ni dia cam takut sikit dengan keramahan burung2 kat situ :)

Monday, February 21, 2011

Adoiii!!!

Tarikh Keramat...
7 Feb 2011.

Aku dapat panggilan dari Sekolah Amirul. Cikgu dia call dgn nada agak cemas bgtau yang jari Amirul kena gunting. Reaksi aku??? hahaha..aku ni mmg ntah apa2..bila org cemas, aku akan jadi cool. Tp kalo org cool, aku lak cemas.

Aku leh tanya cikgu tu,
"teruk ke anak saya"
"teruk juga la puan, darah banyak..tp saya dah letakkan minyak gamat"
"hmm..dia nangis tak?"
"tadi dia nangis la puan"
"perlu ke saya pergi sekolah??" (apa punya soklan daa)
"Terpulang la kat puan, kalo puan nak dtg tgk dulu" (mesti cikgu tu dah malas layan aku)

Letak tipon , aku pk jap. Hmm..aku mmg tak penah bg anak2 aku pegang gunting. Ni mesti gunting kawan dia, sbb mmg aku selalu pastikan beg sekolah dia tak de alat2 tajam. So, aku pun pergi la ke kelas dia.

Dari luar, aku nmpk Amirul br pas nangis, terus aku masuk dan tgk jari dia...ishh..teruk la jugak. Cikgu dan kawan2 Amirul kat situ, dah usik2 budak yg tergunting tangan Amirul. Sian aku tgk budak tu. Terdiam je..best friend Amirul tu. Aku cakap kat budak tu, "takpe, makcik tak marah, Haikal bukan sengaja kan??" Budak tu angguk2.

teruk ke??

teruk tak???

Terus call encik asben, dan bincang2, better bawak g klinik la kan. Takut gak infection. Aku terpikir mcm kena jahit je. Tapi harap2 tak de la. Aku tanya Amirul ok ke kalo kena jahit?? dia angguk je, Mesti dia tak tau pun rasa jahit tu camne kan?? hehehe...ape ke hal, aku dulu penah kena jahit kat kelopak mata tau!! Relax je aku....hahaha..bila igt2 kisah aku dulu2...mmg ganas betul aku ni. Patutla Aina pun ganas!!

Kat klinik, doc cuma tampal dan bagi injection kancing gigi. Tapi balutan doc mcm tak kemas. Dah tu, suh jangan bg kena air. Selama seminggu, jumpa dia semula, baru leh buka..ishh..macam tak logik betul doctor tu. Aku balik je opis, terus buka dan letak minyak gamat. Puas hati aku. Mcm mana tak leh kena air?? Anak aku dah la kidal. Bih tu, nak basuh "uk uh" dia camne?? takkan nak suh aku pi sekolah lak?? Inisiatif sendiri, jangan ikut sgt cakap doctor2 ni kalo rasa tak logik.

Hari2 aku letak minyak gamat 2-3 kali sehari. Pastu, kalo nak pi sekolah, aku letak plaster plastik yg ada corak2 tu. Dahhh...adik2 dia sekali nak tampal plaster gak..hehehe layannn.

Sehati sejiwa



Hari ni, jari Amirul dah baik dah. Ok sangat2. Bagus betul minyak gamat.

Menang Kuiz Cintai Rasullullah..

Baru2 ni, kat opis aku ada satu pertandingan kuiz "Cintai Rasullullah S.A.W" sempena Maulidur rasul. Aku tgk soalan pun cuma 10 je. Pastu, ada yg aku mmg dah yakin jawapannya, almaklumla, sehari sebelum tu ada sambutan Maulidurrasul. So, TV dan Radio, byk sajikan cerita2 mengenai Rasullullah S.A.W. Tapi jawapan yg aku tak pasti, banyak aku google saja. Alhamdulillah, semua jawapan dah ada, cuma kena rajin baca sikit.

Masa hantar tu, aku mmg tak harap pun kemenangan. Sbb mmg saja suka2 hantar untuk meraikan je. Pastu mmg soalan no 10 agak mengelirukan. Samada, salah ejaan atau mmg tricky question. Agaknya ramai yg syak soalan no 10 tu keliru, dan ramai yg bertanya pada pihak penganjur. Dan pihak penganjur menjawab mmg tiada kesalahan ejaan. Pihak penganjur suh email lagi sekali jawapan yg dirasakan betul. Aku awal2 lagi dah tau mmg aku jawab salah soalan no 10 tu. Tapi nak email semula, mmg betul2 tak sempat. Aku bz sesangat2. Jadi mmg aku betul2 la tak harap nak dapat hadiah apa2 pun.


soalan no 10 : keliru tak?? tp utk org yg tak bp pandai cam aku...mmg agak mcm keliru la. hehehe

Esoknya, pagi2 sampai opis. Opis mate aku cakap tahniah kat aku sbb aku menang kuiz. Derang dah umumkan nama pemenang masa ceramah perdana kat surau petang semalamnya. hehehe..nmpk sangat aku tak pi ceramah tu kan?? ssh la, aku tak de maid la... sape nak jaga anak2 kan??? *alasan!!!* hehehe

Tp, aku cam kurang yakin gak. Aku rasa mmg opismate aku tu salah dgr nama pemenang kot. Masakan aku boleh menang kalo aku tau jawapan no 10 aku salah. Tup2 tak lama pastu derang emailkan nama pemenang, dan salah sorang penganjur hubungi aku suh amik hadiah. Terus aku tya, mcm mana aku leh menang?? padahal jawapan aku salah kan??? Dan dia jelaskan mmg salah. Tapi yg jawab betul 10/10 cuma 2 org je, so, aku dpt 9/10 dan antara yg terawal hantar penyertaan, makanya aku pun layak jadi pemenang bersama 9 org yg lain. Alhamdulillah syukur. Dapatla senaskah buku mengenai kisah Rasullullah. Mmg bagus buku ni. Agak terperinci diceritakan mengenai Rasullullah, sejak dari sebelum baginda dilahirkan.

besar betul paper bag ni :)

Hadiahnya


Teringat kisah Rasullullah yg sanggup menyuap makanan kepada seorg pengemis yg bukan Islam di satu sudut pasar. Setiap hari baginda melakukannya, walaupun setiap kali itu juga pengemis itu selalu menghina Rasullullah dgn kata2 keji dan nista. Pengemis tu tak tau yg menyuapnya adalah Rasullullah yg selalu dihinanya. Sehinggalah Rasullullah wafat, dan tugas itu diambil alih oleh salah seorg sahabat baginda. Pada masa tu baru pengemis tu tahu yg org yg selama ini dia hina adalah Rasullullah S.A.W. org yg paling mulia. Terus pengemis tersebut memeluk Islam.

Pengajaran kepada kita. Jika Rasul yg mulia dan tinggi darjatnya dihina dgn teruk. Tapi tak pernah dibalasnya kembali dgn hinaan, malahan diberikan layanan yg lebih baik. Siapakah pula kita yg baru sesekali atau mungkin juga selalu....difitnah dan dikutuk, samada di alam nyata atau di dunia blogger ni untuk membalas kembali dgn hinaan dan kutukan kepada pihak lawan?? Takkah nmpk kita dan pihak lawan tu sama je sifatnya?? Kalo kita tak mampu nak jadi seperti Rasul yg membalas kembali dgn budi baik. Cukuplah sekadar kita mendiamkan diri saja. Tak payah la nak masuk lg blog pihak lawan tu. Dan kawan2 yg baca blog tersebut, tak payah la nak jd tukang adu domba..dok diam2 sudah. Berkat hidup...pahala pun dapat. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kebenaran di pihak siapa. Wallahualam.


P/S: pesanan utk diri sendiri juga..

Saturday, February 19, 2011

Saya Putri Aina Farhana

Hai semua!!! Nama saya Putri Aina Farhana. Tengah hari tadi saya ikut mama dan abah saya pegi settlekan bil Maxis derang. Sian mama saya. Tak patut maxis buat camtu...derang tu asyik buat salah je..tapi mama saya ni setia sangat ngan maxis...kalo saya jadi dia..dah lama saya tukar celcom ke...digi ke...hmm...takpe la.

Hari ni, saya nak ikut mama pakai tudung. Nasib baik mama ada anak tudung yg muat ngan saya. Tapiiii...saya tak de baju lengan panjang, masa saya tanya abah saya, cantik tak saya pakai tudung?? Abah saya jawab cantik!!! tapi suh pakai inner...ishh apa la abah ni..saya mana ada inner. Tak pe la, saya kecik lagi. Pastu mama saya pun pesan suh saya jaga peribadi kalo pakai tudung ni. Saya angguk je, sebenarnya saya tak paham pun, peribadi tu ape?? Kalo mandi saya tau la...ni peribadi...ngaku je la kan...asalkan mama saya luluskan saya pakai tudung. hehehe


Abah dan abang long saya tak abih2 puji saya cantik pakai tudung. Tapi angah tak cakap camtu pun. Mesti angah marah saya sebab saya suka cari pasal ngan angah. Sorry Angah!!!  Pastu abah saya nak amik gambar ngan saya...ishh malu la saya. Sebab tu saya tak pandang camera. Sorry abah!!!

Saya tengok angah panjat besi tu macam best...saya pun nak ikut la. Tapi...saya dengar mama saya panggil
"Ainaaaaa...."
aperr?? saya tanya sbb saya rasa suara mama mcm marah. Tapi saya tak buat salah apa pun.
"mama pesan ape tadi kalo nak pakai tudung??"
Errr..kalo tak salah saya mama pesan suh jaga peribadi, jaga peribadi ni maksudnya tak boleh panjat2 ke?? ooooo baru saya tau..tapi mana boleh, saya mmg suka panjat2, abang2 saya yang ajar saya. Tapi tak pe la...sbb takut mama marah. Saya pun pegi kat dia.

Sambil buat2 muka comel ala2 actress korea saya pun sebut perkataan peberet saya
"sory mama"

Mama saya angguk dan senyum. hehehe..seb baik saya pandai buat muka comeyy..mama saya dah cair la tu...hihihi

Friday, February 18, 2011

Putu Piring punya pasal!!!

Selain tepung bungkuih...satu lagi kuih peberet aku adalah putu piring. Korang tau ke camne rupa dia?? Tapi kesedapan putu piring ni bergantung gak pada pembuatnya. Kat area berdekatan rumah mertua aku, ada sepasang suami isteri yg jual putu piring ni. Dan tak dinafikan kesedapannya hingga menjilat jari la.

Sebabkan smlm tiba2 teringin, gigihla suami aku bawa aku dan anak2 terus g tempat tu, semata2 nak beli putu piring. Tapi...hampanya hati..bila tgk semalam, pakcik ngan makcik tu tak niaga plk. Tapi ada alternatif lain, smlm ada pasar malam, aku pun suh suami aku dropkan aku kat situ, mana tau ada putu piring sedap gak kat situ kan.

Aku cuma turun ngan Aliff...yg lelain, tggu dlm keta je. Bila tgk je keadaan pasar malam tu...fullamak!!! umpama baru pertama kali aku pi pasar malam lagaknya. Eh...tp mmg pertama kali pun tuk tahun ni..hehehe. Aku dah jadi rambang mata. Hajat asal nak beli putu piring, dah tersasar jauh...dasar perempuan!!!

Dan hasilnya!!! taraaa.....

dlm bungkusan

setelah dihidangkan
Nmpk putu piring?? yg kaler putih dlm piring tu la...ciputt je aku beli..hehehe


Takdela banyak mana pun kan...jangan ikut nafsu...tak baik membazir...hehehe

Korang tahu kuih apa ni??


Kalo kat sini, org panggil kuih telinga keling ek?? awat ek?? tak baik betul org sini tau!!! Ktorg kat kedah panggil cucoq peneram. Puas aku paksa angah suh rasa. Akhirnya berjaya jugak dia rasa, dan sedappp katanya. Aina pun suke kemain..tp bila aina tya kuih apa ni?? Aku jawab "donut cokelat" hehehe..kang dia tak mau makan lak bila dgr coq peneram...Aina pun suka sangat. Sepanjang perjalanan nak blk rmh dr Pasar Malam tu, dah byk dia abihkan.

Aku citer kat angah yg masa aku kecik2, aku penah buat kuih ni ngan mak aku, a.k.a tok dia. Angah punya la terkejut!! ngan mata2 bulatnya dia leh cakap "pandainya mama!!!!" hahaha..lawak la angah. Bab politik mmg leh serah kat dia.

Hasilnya...kekenyangan teramat!!!

Cuti2 2011 - Part 6

Phew...sampai part 6 rupanya. Kalo blajar kat UiTM, part 6 ni kira last sem of last year tuk diploma kan?? Kalo tak abih2 gak...sila la jadi super sayya kat situ...hehehe. Citer aku ni pun, kebetulan lak, episod terakhir aku tuk cuti2 2011 ni.

Lepas check out dari Euro rich tu, ktorg teruskan perjalanan berikutnya, tp sempat singgah Kluang lagi sekali tuk breakfast kat Kluang Rail Coffee. Tapi malangnya, kopitiam tu ditutup sbb cuti CNY. Terpaksa la ktorg pegi kat cawangan dia yg dah dimodenkan. Harga kat situ lebih mahal dr kedai kat stesen ketapi tu. Dan org pun punya la ramaiiii..semua ni gegara kedai utama dia ditutup. Sampaikan, ktorg nak tapau roti bakar pun tak leh. Sbb derang tak sempat nak buat...tsk tsk...sian kawan2 aku yg dah ngidam nak makan tu. Sabar yer Lan dan Ain!!! hehehe

Selesai makan, perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir. Genting Highland. Ktorg stay kat Awana Resort. Kat situ, kompeni tempat aku keja ni, beli la beberapa unit tuk staf dia stay dgn harga murah. Dan rezeki aku jugak, selepas lebih 8 tahun keje sini. Inilah pertama kali dapat stay kat resort tu. Mmg murah sungguh!!! tak tipu tau...murah sungguh2...korang percaya tak kalo aku cakap, aku cuma perlu bayar bawah RM20 untuk semalaman??? hehehe









Sampai2 je, anak2 aku dah eksaited ajak terjun swimming pool. Mmg tak reti sejuk sungguh depa ni. Teman la derang jap...tp aku berselimut kat atas sambil tgk derang ngan abah derang mandi manda. Rupanya airnya suam..patutla best je derang sampai tak nak naik.



Malamnya, ktorg naik keta kabel tuk ke atas. Org agak ramai..tp tak de la ramai sgt, sempat la aku bagi anak2 aku main 2-3 game...pas sudah main..moh turun balik..mata dah ngantuk dah.



anak2 tido...bapak2..posing2 lak :)


Sok pagi2 lak, selesai packing semua barang, sekali lagi ktorg naik atas. Tapi kali ni naik keta. Saja pusing2 nak amik gambar je. Pastu turun terus dan balik ke KL.



Penat.....tapi PUAS!!!...best jalan2 ngan org2 yg satu kepala..mmg happening!!! tapi tak pening...hehehe


-TAMAT-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...