Thursday, June 30, 2011

Kad kemajuan


Pelik ke???
Tapi betul kan?? Masa zaman kita sekolah-sekolah dulu. Kita akan panggil report card sebagai Kad Kemajuan kan??? Tapi bila guna perkataan tu sekarang rasa macam pelik pulak kan?? Dasar lupa daratan!!

Tapi semalam, kat sekolah anak sulung aku report card day lah. Mak bapak pi amik...tengok...diskas ngan cikgu pasal progress anak masing-masing sepanjang sepenggal derang kat sekolah. Almaklum la anak sulung kan?? Pastu sekolah pulak depan opis. Gagah la sepasang suami isteri menapak ke sekolah demi nak melihat kemajuan anak sulung mereka. Tapi takde la pulun pi awal2 pagi sebab demi mendengar kata dari ibu yg lebih berpengalaman bahawasanya jika pergi terlalu pagi, alamat kena menunggu dengan lamanya.


Jadi lebih kurang kul 10 tu, aku pegi la. Masuk je kelas Amirul, tengok pelajar dah tak ramai..tinggal dalam 6 orang je. Pastu tunggu jap dlm 5 minit, terus aku pulak amik tempat ngadap cikgu tu. Cikgu tu tunjuk buku rekod pastu suruh sain..eh...pelik pulak..sbb sebelum aku td, lama gak cikgu tu berbual ngan parent kawan amirul tu. Pastu aku tanya la, mcm mana Amirul kat sekolah?? Dia cakap, ok..tak banyak cakap..diammm je...tapi kalau tanya dia jawab. CUMAAAA...ada cuma tu...kata cikgu, Amirul kuat nangis, tak boleh kawan usik lebih..tiba nampak menitis je air mata....hahahaha...aku gelak je la. Memang dia mcm tu. Manja ngalahkan Aina.

Pasal pelajaran dia?? ok la..paling tinggi 99 paling rendah 82.Tak boleh la nak kata bangga sangat. Baru darjah 1 kan. Penggal pertama lak tu. Lain la SPM...tak gitu??? Macam aku bagitau dulu la, paling lemah subjek BM. Dah la guru kelas dia guru BM. Tengok la apa ulasan guru kelas.

nampak tu?? Cikgu suruh bagi lebih perhatian kat bahasa melayu. Mesti pelik cikgu tu, sebab bahasa arab dan bahasa inggeris boleh pulak dapat 90 lebih. Apa laaaa Amirul. Takpe2..pasni hari2 buat latihan bahasa melayu ok!!

Wednesday, June 29, 2011

Nasi Mandhi - Wadi Hadramawt

Opis aku ni. Kalau dalam 2 minggu tak buat makan-makan, mesti ada something wrong somewhere punya. Semalam ada lagi makan-makan. Ni semua sempena senior2 eksekutif dapat kenaikan gaji dan elaun bulanan...depa je la dapat...kami orang bawahan ni tak dapat pun...huhuhu... Tapi sebabkan nak berkat...rezeki yang ada, eloklah dikongsi bersama. Tak gitu?? Aku pun nak berkat gak..sebab tu aku nak kongsi ngan korang semua gak...tapi kongsi gambar je la yer. Kalo nak rasa..pi beli sendiri...ngeh ngeh ngeh...

Nasi Mandhi dari Wadi Hadramawt Ampang sana


ada ayam, daging lembu dan juga kambing lah


Ada roti Arab jugak lah


bersama dhal dan sayur2nya


Tak lupa manisan pencuci mulut. Btw, kek tu ada sorang opiser lelaki baru kat opis ni yang buat..terer2...bujang lak tu..sape nak..sila amik borang.


Dah2...moh makan semua...

Hadiah kemenangan mereka

Mereka yang menang..
Mama dia yg best lebih...
Bukan apa..di samping hadiah sampingan yang berguna untuk diorang. Ada juga terselit hadiah yang bisa menggumbirakan hati para ibu mereka. Bagus betul tadika anak2ku ni. Sepanjang derang kat sana..dah banyak mama derang dapat hadiah brand ni.

Nak tgk ke hadiah2 diorang???

Ni diaaaa...

Semua ni hadiah Aina je...hadiah Aliff dan Amirul, mama tak snap..
Apa kes ntah Aina buat muka camtu..tak paham


Isi dlm paper bag dikeluarkan..
Err...adakah itu ekspressi gembira dari Aina??


Inilah diaa...



Ada lagiii...yang tu untuk mama...

taraaa...

empat bijik..4 kaler...

Jenama ni..jimat duit mama..tak payah beli...hehehe

lagi lagi sukan

Kalo sabtu kat sekolah abg long. Hari ahad kami 5 beranak kena bangun awal pagi jugak. Kali ni nak pergi Dewan Badminton Jabatan Pengairan Ampang pulak sebab nak menghadirkan diri untuk sukan tadika dan taska sekolah Aliff dan Aina pulak. Kalau ikutkan hati memang malas sebenarnya. Tapi dek kerana angah tu mmg excited betul dok berlatih sukan..jadi mari kita turutkan kehendak mereka.

Perkara pertama pagi tu, jumpa cikgu Aliff pastu cikgu Aina, tengok report card dan progress derang kat sekolah. Dengar cikgu cakap...pastu cikgu dengar aku cakap. Aliff sengih je la...Aina pulak blurr je...hehehe




Pastu, breakfast kat situ. Konsepnya..kau amik...dan kau pergi cari tempat, kemudian kau  makan. Bila ramai-ramai dah sampai, baru acara sukan dimulakan. Mula2 sukan budak2 taska...comel2 je tengok..Aina masuk 3 acara..dan ketiga-tiga acara tu dia menang nombor 2 dan 3. Walau dalam keadaan blurr..tp dia masih boleh bersukan. Cuma setiap kali acara sukan tu melibatkan Aina, mama dia terpaksa sorokkan diri sebentar. Kalau dia nampak, kompom tak jadi sukan. Nak kepit mama je 24/7. Angah pulak masuk satu acara, dan dengan bangganya dia dapat tempat pertama. Suka betul tgk dia berlawan...sangat bersemangat.




Pastu ada jugak acara untuk bekas pelajar dan ibu bapa. Paling best acara anak make-up ibu atau bapa masing2. Tapi aku serahkan abah Aina untuk dimekapkan Aina. Dan Aina peserta paling muda tuk mekapkan org dewasa. Orang lain semua anak2 yang dah 5-6 tahun mekapkan. Nah..tengok hasilnya...cun tak wajah abah Aina??

bandingkan wajah abah yg dimekap..dan wajah mama yang kosong...


Pas selesai semua upacara penyampaian hadiah. Derang pasang lagu ayah dan ibu nyanyian Sudirman tu. Uishh rasa sayu sungguh...pastu anak2 kecik ni..datang la kat abah dan mama masing...bagi gula2 bentuk hati..pastu salam, cium dan peluk kita...syahduuu je rasa :) 



Overall...
best!! walau penat...sebab lama sangat...tapi tetap enjoy!!

Tuesday, June 28, 2011

Sukan Sekolah

Selesai sudah acara sukan sekolah anak sulung aku Sabtu lepas.
Oppss...jangan tanya aku rumah apa menang ek.
Sebabnya., aku tak pergi pun menghadiri upacara sukan tersebut. Maklumlah aku ni kan beranak 3..takkan la sanggup nak usung anak2 kecik aku kat tengah padang semata2 nak bagi sorakan membina untuk upacara sukan tu kan. Lagi pula, anak sulung aku Amirul, cuma masuk satu acara jer. Lebih afdhal kalo aku dok rumah sambil melipat kain baju ynag menggunung tingginya....hehehe

Jadi, awal2 pagi, anak aku dah bangun dan menyarungkan baju rumah MERAH. Awal2 pagi juga dia kuar pergi sekolah bertemankan abahnya...dengan berbekalkan biskut TIGER coklat (makanan rujinya) dan sekotak air coklat tak lupa juga setumbler air masak. Aku cuma sempat babai2 dia je..sambil memujuk anak dara aku tido balik sebab mama dia ngantuk sangat..almaklumlah melayan MAHARAJALAWAK final malam tadi *eh..bukan td cakap nak lipat kain ke??kantoi sudah*

Lebih kurang pukul 11 pagi. Anak sulung aku pun pulang sambil membawa pingat emas terkalung dilehernya. Wahhh!! suprise mama tau. Almaklumlah, mama dia ni kan kaki bangku. Mana reti sukan2 semua. Tapi nasib baik kekakibangkuan maknya ini tidak diwarisi beliau.Seingat aku..tak pernah la aku menggondol sebarang pingat hatta piala sekalipun untuk acara sukan masa disekolah. kah kah kah...sangat benci ngan sukan. Sukaneka pun tak penah menang. isk isk isk..teruk sungguh.

wajah bangga

eh..sedih ke?? hehehe

berkongsi kegembiraan bersama adik2 tersayang...



Aku tanya macam mana leh menang ni??? dia pun dengan super excitednya cerita segalanya kat aku. Kena layan yer tuan2 dan puan2..nanti kecik hati anak kita tu. Dan mak dia pun cakap syabashhh mere beta..sambil menampar bahu anaknya sebanyak 3 kali...diiringi dengan kata2 "mesti sebab biskut TIGER ni kan" hahaha

Dia masuk acara apa??
Korang tanya la dia sendiri. Tapi melibatkan kayu hoki dan juga bolanya.
Sekian terima kasih

Thursday, June 23, 2011

Nom nom nommm lagikkk...

Kesinambungan cerita port luck tadi...
meh tgk lagi apa lauk lain yg dibawa...


Best kan??
Macam makan masakan mak2 kita kat rumah.
Mau tak sedap..nak tengok tak sape yang masak kan semua ni??


Kak maznah. Expert dalam pelbagai jenis masakan. Dia la yang buat sambal ikan bilis tadi.



Ni pulak..kak ani juga paling pandai masak. Paling expert masak lemak la. So masak lemak ayam tadi tu dia la yg buat. Pekat dan melekat..lemak berkrim... Sesuai bagi sesape yang nak tambahkan lemak di badan macam aku la kan. hehehe...Mana satu kak ani?? Ala..yg tgh2 tu la..yg kiri kanan tu tukang makan je..termasuk la aku..hehehe

Alhamdulillah, kenyanggg :)

nom..nom...nomm


Nampak sedap???
mmg sedap pun....terbaikkkk!!!
Tak tau nama apa masakan ni
Rendang bilis kot...

Itu lah masalah kat opis aku ni..
kejap2 ada makan2
ari ni ada pot luck..tetiba je lak tu

Bagus la kakak2 kat dept aku ni...
derang tau je adik2 mcm aku ni tak sempat memasak *alasan*
Tetiba datang opis, pagi2 dah kena sound suh stanby perutttt je tuk lunch...
BEST kan???

Eh...bukan lauk tu je...mcm2 ada kat pantry tu...tengah menahan perut je ni...
LAPAQ...lapaq...lapaq...

Merah, kuning, biru dan hijau...

Tengah amik air kat pantry opis... dengar riuh rendah suara bebudak bersorak dengan muzik sekali..tinjau dari tingkap pantry...korang nampak tak apa yang aku nampak???


Ok...meh kita zooommm sikit....

tak jelas lagi ke???


Ok..ZZzzzooooommmmm lagi sikit.....dah nampak kan??

Bebudak sekolah tengah prektis acara sukan dan perbarisan sempena Sukan antara rumah Sabtu ni. Tu la sekolah yang anak aku belajar. Dekat je dengan opis. Senang kalo jadi apa2 leh terus lari2 anak pi kat dia. 

Tengok derang prektis, teringat zaman masa sekolah-sekolah dulu. Aku ni mmg tak minat langsung bab-bab sukan ni. Tambah-tambah outdoor..kalo indoor tu, minat la sikitttt. Tapi bila ada sukan, muka aku antara muka perbarisan. Yang tu mmg aku minatttt. Bab kawat2 ni suka la. Masa tu kulit itam pun tak de hal. Sat je..kang abih sukan bertukar la balik. hehehe

Ingat lagi, masa sekolah rendah aku rumah biru. Sekolah menengah aku rumah kuning. Teringin sangat nak jadi ahli rumah merah. Sebab rumah merah selalu menang kan??? mencik tau!!!! dan rumah biru selalu kalah!!! mencik...mencik...mencik!!!


Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa

Petang semalam, pukul 6.56 minit petang, bersamaan hari Ahad. Dapat mesej dari PM.


Amboi PM...jangan risau la..walaupun hari bapa disambut tak semeriah hari ibu....
eh..lagu2 hari bapa kat radio pun tak de ek?? tsk tsk tsk..nasib la sapa jadi bapak kan??
Tapi, dato' Sri jangan bimbang...kami tetap menyambut secara kecil-kecilan bersama bapa masing2

Ini buktinya...
sehari awal tuuuuu..
ni pun harapkan ihsan bapa la yang bawa...kalo tak..dok rumah jugak...



Tapi kan...mesej ni kaum hawa je dapat kot...kaum adam tak dapat kan??? errr...tapi kan..tapiiii...awat masa hari ibu bulan lepas, kak mah tak mesej peringatan macam ni kat kaum bapa pun??? why?? why???


Apa-apa pun...
Selamat Hari Bapa semua...
Jadilah bapa yang bertanggungjawab dan menjadi contoh teladan yang baik untuk anak-anak.

hnsffff..snufff...phewww..

Setiap minggu bizi..
letih pun tak ilang...
Ingat minggu ni leh lepak2 kat rumah sambil hirup kopi secawan dua...

Rupanya mak, abah dan anak2 sibuk sabtu ngan ahad  ni..
Sabtu- 25/6/2011 :- Sukan Sekolah Amirul
Ahad- 26/6/2011 :- Sukaneka sekolah Aliff dan Aina

Amacam??? ada berani nak cabar gua????


Friday, June 17, 2011

Makanan dan minuman tersedap di sana

Sepanjang kat sana, sempat la merasa makanan2 yang aku rasakan sedap di tekak aku ni. Aku ni bukan la penggemar nasi beriani, tapi ada satu kedai mamak kat Geylang ni.Nama kedai dia restoren Imam. Nasi beriani dia..perghhh mmg sedap dan banyak.
menarik tak??

Siap serve atas dulang tu...

Makan sorang memang tak abih la, so...better makan berdua..wang jimat...nasi tak terbazir. Satu dulang tu harga dia 4.80 SGD. Ok la kan...lebih kurang harga macam nasi beriani insaf gak kot. Tapi kesedapan dia berganda dari beriani Insaf.


Makanan kedua yang buat aku teringat2 adalah popcorn yang kak Aidah beli di USS. Salah satu makanan yg aku tak suka di sini. Org cakap sedap kan makan popcorn sambil tgk wayang. Tapi aku mmg la tak minat popcorn. Agaknya sebab masa kecik2 dulu abah aku selalu sangat belikan popcorn kat pasar malam, dan aku paling tak suka bila tergigit benda2 keras dlm popcorn tu

Tapi yg beli kat USS ni berbeza. Rasanya enak,lemak berkrim....paling penting ada almond tu. Sebabkan karamel dia banyak, maka dia melekat2 dlm saiz yg besar-besar..mmg puas la makan. Tapi harga pun mahal gedabak la ko. Satu pack  popcorn yang macam model kat bawah tu pegang berharga 15SGD....gurlpp...mahal kan??



Tapi....benda yang paling aku teringat-ingat dan idam2kan sangat adalah Iced Latte Espresso dari Mc Cafe. Perghhh...sedap amat bagi penggemar kopi macam aku ni. Uishh...awat la kat malaysia ni tak de Mc Cafe ek? 

Sedapnya...tolongggg sesapa dari sana...pos mai sini barang se jug dua...



Sedapppp....


Universal Studio Singapore

Last week seperti yg digembar gemburkan oleh aku...konon nak gi...U...S...??? tu kan.. sebenarnya bukan la gi United State sana...Tapi pegi USS je pun. Ni semua pun unplaned. Dah alang2 pergi sana sbb ada urusan, maka..kita drag the time for more excitement and fun event. Kalau nak ikutkan kawan2 aku tak nak pegi USS tu. Tapi sejak dari mesia lagi aku dah pujuk ajak pegi jugak. Yer la kan, sbb belum tentu pasni boleh pegi lagi. Maka tiket masuk USS pun ktorg beli dari sini. Sebelum pergi tu, puas la aku pujuk encik suami ikut sekali..tp dia mati2 tak nak pergi..apa anti sangat dia ngan negara tu pun aku tak tau la. Pastu pujuk2 dia gak, nak bawak abg long atau angah...Aina tak nak bawak tu..kecik lagi.. tapi dia kata tak adil. Hmm..last2. Aku pergi membujangkan diri. Opismate aku, kak Aidah, bawak 2 org anak dia..best dan jeles aku tgk.

USS ni terletak kat Pulau Sentosa...nak pergi ke sana ada 3 cara, samada naik cable car, naik kereta atau jalan kaki atau naik MRT ala2 monorel kat sini. Kitorang pergi melalui cara ke tiga. Naik MRT tu, turun depan USS. Sonang!!


sampai2 je..dah nampak globe tu...harus la amik gambar kan?? hehehe


Masa tgh tggu gate buka, encik Po ni dah sibuk2 melambai dari dalam..comeyy nya diaa..


Elok masuk dalam je, jumpa plk encik woody woodpecker ni. Amik lagi gambar kan??

Sape pak cik ni??
Kawan aku tanya aku..aku jawab...ntah la.. Lantak la..amik je la gambar. hehehe...


Hantu Frankenstein..


Cheeky Charlie Chaplin

Betty


Ngan Shrek dan Princess Fiona tak dapat nak bergambar sama la. tsk tsk..sbb masa ni tgh sibuk Que nak naik apa ntah. Tapi Fiona tu cantikkkkk sangat.. :)

Itulah castle derang, di Far Far Away Kingdom

Masuk Madagascar plk.

Waterworld ni, action la. Aku tak penah igt pun mcm mana filem dia. Kalo korang minat action movie...pegi la masuk. Aku yang minat citer2 katun ni..rasa bosan giler masa derang buat show tu. Best tu mmg best la..tp lama sangat kot...rasa tidooo je lagi bagus...hehehe

Pastu gi Egypt lak. First roller coaster yg aku naik. Dark ride tu...eiii jahat kawan2 aku ni..derang kenakan aku. Katanya yg ni best...slow je..tak takut. Bila masuk dan Que tu baru aku terbaca rupanya, the fastest roller coaster kat situ...rasa mcm nak tarik diri dah... tapi aku kuatkan jugak semangat..try la...rupanya besttt wooo... best sbb gelap..so tak nmpk laluan dia..then dia naik laju2...pastu teiba STOP!!! kemudian, tetiba secara laju dia mengundur ke belakang...kecut hati aku woooo...pastu dia naik balik dan pusing2, naik dan turun dan sampai...Phewwww!!!! agak gugur jantung. Kawan aku repeat lagi sekali. AKU??? hahaha kem salam la nak naik lagi...

Ni roller coaster paling tinggi dan ada 2 jenis ride dia, samada Human, jenis duduk yg ada lantai tu atau  Cyclone, duduk tapi kaki tergantung. Tak dapat la nak suh aku naik. Tapi geng2 aku ni berani je naik dua-dua sekali....hahaha...bukan jiwa aku beb.

Perjalanan diteruskan sehinggahlah ke NEW YORK. hehehe...tak caya?? cuba perhati kat tong sampah tu.. betul apa??



Sebelum balik, terjumpa encik Po ni..so meh amik gambar beramai2

Till we meet again next time :)




Best ke USS tu??
Bagi aku ni, best tu mmg best la. Tapi kalo diberi keberanian utk naik semua permainan  roller coaster kat situ, mungkin lebih best kot. Tapi, aku ni..muka ja legend...tp hati kiut ala2 jambu gak...mana berani nak naik2 roller coaster yg bisa menggugurkan jantung dan memporak perandakan serebelum, serebrum dan medula oblongata aku ni...sedar diri ok...awak tu mak orang.

So, naik ride2 yg sesuai dah la..pastu tujuan utama nak amik gambar ngan semua karakter yang ada...hahaha..nak lunaskan impian zaman kanak2 la ni. Tapi, banyak gak yang tak sempat sbb masa adalah terhad. Nak meneman kawan soping kat Orchard lak. 

Malam tadi tunjuk2 gambar kat anak2, semua cakap nak ikut...kebetulan abah dia masuk bilik time tu...kuat la suara mama dia cakap..ok...nnt kita pergi sana k..semuaaaa sekali...ala..kita pergi Singapore masuk USS dah la. Tido JB cukup. Tp abah tak de respon pun. Harap2 dia paham la kata2 mama budak2 tu...hahahaha. Bukannya apa, rasanya tempat tu ngan jiwa kanak2 lebih sesuai la. Kalo kali ni dia tak nak ikut gak...ai tak kira...ai bawak gak anak2 ai..u dok rumah ...heheehe...sanggup???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...