Thursday, August 23, 2007

Maut digilis komuter selepas keluar pejabat

KUALA LUMPUR: Kematian seorang pegawai Suruhanjaya Sekuriti menimbulkan tanda tanya apabila dia yang keluar meninggalkan pejabat ditemui mati digilis komuter sejurus selepas itu di Segambut, semalam.Dalam kejadian jam 11.54 pagi itu, mangsa digilis dan diseret hampir 100 meter dan parah di kepala, tangan serta kaki dan bahagian badan.Dia yang juga anak seorang Datuk mati di tempat kejadian selepas digilis komuter yang ketika itu dalam perjalanan dari Seremban menuju Rawang. Difahamkan, mangsa, Adelina Zainuddin, 30, sebelum itu dilihat berada di pejabat dan berkelakuan seperti biasa, namun tidak lama kemudian secara tergesa-gesa meninggalkan pejabat dan menghilangkan diri dengan meninggalkan barang peribadinya. Mangsa kemudian dikatakan memandu keretanya sebelum meletakkannya di Pangsapuri Sri Putramas, Segambut, berhampiran tempat kejadian sebelum ditemui mati dalam keadaan ngeri akibat digilis komuter. Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali, anaknya baru menamatkan pengajian di sebuah universiti di United Kingdom (UK) dalam bidang pengajian antarabangsa. “Dia anak keempat daripada lima beradik dan tidak pernah mempunyai dendam atau masalah dengan sesiapa.“Setahu saya arwah tidak mempunyai kenalan di tempat dia meninggalkan keretanya di Pangsapuri Sri Putramas,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam. Menurutnya, Adelina baru pulang daripada mengerjakan umrah bersamanya kira-kira sebulan lalu.“Pagi tadi (semalam), arwah keluar rumah seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang sikap ganjil.“Arwah seorang yang cerdik dan cantik. Dia baru saja menamatkan pengajiannya dengan mengambil sarjana di UK,” katanya.Difahamkan, mangsa baru memulakan kerjaya kira-kira sebulan lalu sebagai Eksekutif Kanan Jabatan Korporat dan Perhubungan Antarabangsa (CIAD) di Suruhanjaya Sekuriti.Sementara itu, bapa mangsa yang juga tidak mahu dikenali ketika ditemui di HKL enggan mengulas lanjut berhubung kejadian yang menimpa anaknya itu. Mayat mangsa dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat dan pengecaman dilakukan jam 6.35 petang.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.“Hasil siasatan awal, ada saksi yang nampak kejadian terbabit memberitahu mangsa melintas landasan walaupun komuter sudah membunyikan hon,” katanya.“Namun kita akan menjalankan siasatan lebih lanjut bagi menentukan punca kejadian,” katanya.

*****************************************************************************************************************************************

Aku dpt berita ni mlm td dr kawan aku...terkejut sungguh rasanya..sukar nak percaya yg arwah dah tiada..tp ms tu aku still tak tahu penyebab kematian arwah..aku dan suami tertanya2 sesama sendiri...betul ke sms ni?? Akhirnya kesahihan berita tu dpt aku pastikan apabila menonton buletin utama...Nauzubillah..dia meninggal kena gilis...Dan pagi ni bila sampai opis..terus kucari newspaper..mcm2 dakwaan berhubung kematian arwah..tapi bg aku yg amat mengenali arwah..sukar mempercayai 100% tulisan2 tabloid tersebut...mungkin ada sesuatu berlaku...Hanya Allah maha mengetahui..aku sebagai salah seorang kenalan arwah amat berharap hentikan segala mcm tohmahan ke atas arwah..kerana sesungguhnya arwah teramatlah baik budi pekertinya..sama2lah kita mendoakan kesejahteraan arwah..moga Arwah ditempatkan di kalangan org2 mukmin. Alfatihah untuk arwah kenalanku..Adelina Zainuddin. Aminn...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...