Monday, August 15, 2011

Simply Siti tak haram

Dua minggu lepas, hari Jumaat 5 ogos. Sibuk orang forward email konon JAKIM sahkan salah satu produk SimplySiti (SS) tak halal sebab produk tu mengandungi bulu babi. Aku dapat tau pun lepas dah balik rumah, dan sorang member aku ni bagitau suh check email dia kata SS tak halal. Dia cakap "ko tweet la SITI tanya dia". Aku fikir...ermm..betul ke tak halal sebab setahu aku, aku penah baca yang siti bagitau produk dia mendapat pengesahan JAKIM. So, gigih aku on netbook dan baca email tu. Pastu dalam hati dah lega sebab dia kata "BERUS" pakai bulu babi tu. SO far, produk SS yang aku pakai semua tak de berus, aku syak tu mesti alat make up kan.

Aku tengok dah ramai pakat UP dlm blog memasing pasal status ni. Isk..tak baik tau. Aku tak sebarkan benda yang belum tahu kesahihan dia. Maka aku amik inisiatif dengan forward email tu dan minta penjelasan kat pihak SS sendiri. Disebabkan aku send email tu dah malam. Of coz pejabat pun tutup dah kan?? Pastu Sabtu dan Ahad pun cuti. Sape pulak nak reply email aku tu kan?? Tapi esoknya aku check twitter. Siti ada bgtau semua tu tak betul. Alhamdulillah dah ku agak. Giler la kalau haram....abih la duit aku beli produk tu pastu baru pakai berapa bulan dah kena buang. isk isk.


Pastu hari Isnin. aku dapat email dari pihak SS yang bagi maklumat lanjut pasal ni. Bagus derang, cepat jugak la derang bertindak. Aku tahu, bukan email aku sorang je yang derang reply, mesti beribu2 orang lagi tanya masalah ni. Tapi derang layan jugak satu persatu, bagus la at least derang buat keje dan takde biar email kita tak berjawab dan tak menganiaya pengguna produk ni kan??

Ni lampiran yang diberikan. Sila baca.



Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.  

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
  
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang  terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa  menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.


Sekian, terima kasih.


Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden

**********************************************
Aku ingat semua dah tahu pasal kes status haram palsu ni. Rupanya tak semua tahu. So, disebabkan kawan aku yang tanya kat aku sebab dia tahu aku pakai produk ni. Maka tak terlambat la kau cerita pasal ni kan??

By the way, kalau korang still musykil..sila klik website jakim ni.

6 comments:

Cikta said...

Leh teruskan niat nak try simplysiti la camni kan...

AdanyaKauUntukku said...

itulah
ari tu dok check Twit..
Siti dah kata mmg produk dia halal.....
minggu lepas kan dia twit
sian dia....

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

bab2 nak menjatuhkan ni mmg laju je org kan...
sib baik la dah dpt penjelasan dari pihak yg sepatutnya....

Farihah said...

Cikta,
Insya Allah boleh :)

Ila,
A'a..sian dia

Erin,
Itu la pasal. Adatla kalau melayu meniaga. kan??

Anonymous said...

Kat web jakim cuma keluar 4 produk je yg halal....macam mana tu...tak update ke

Farihah said...

aduhaiiii ci Anon, cuba klik kat link saya bagi tu...direct terus website Jakim..ada 4 je ke?? banyakkk tu..rasanya semua produk tu...cuba scroll sampai bawah..jangan cepat melatah k!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...