Wednesday, November 30, 2011

Happy Birthday Aina

Niat di hati memang nak up kan entry ni pada 28.11.2011 yang lalu sempena genapnya usia Aina yang ke 3. Tapi biasalah, hidup ni tak seperti yang dirancang..ecewahhh...

Ok, Selamat Hari Lahir anak mama, Moga anak mama menjadi seorang anak yang baik, solehah, farihah dan comel. :)

Hari tu, pagi2 dia bangun, aku dah wish kat dia "happy besday Aina". Tapi dia reply, "Aina nak susu la" lorr..

Ok..bangun...call mamak suh antar sarapan. Kemas rumah sikit2. Pas makan anak beranak, cakap kat Aina, "pi cakap kat abah, Aina nak kek" boleh pulak dia jawab "Aina malu la..jom la teman". Adoila anak dara aku ni. Baru 3 tahun kot..dah pandai ngengada malu. Sudahnya tepaksa aku teman dia pegi cakap kat abah dia.

Lepas zohor keluar pi Jusco. Hahaha..mcm hebat kan?? padahal jusco je...kena sedar tahap kewangan sendiri ye..beli barang dapur sikit pastu beli kek comel dan sedap sebijik kecik dan terus menuju ke pizza hut. Tetiba budak pizza tu cakap "maaf kak, ktorg tutup jap sbb ada masalah kat dapur" ok..tukar arah nak makan ayam kenny rogers lak..pun sama "maaf puan, ayam habis..kena tunggu setengah jam kalau nak" Apa kes ni?? di hari jadi anak aku korang buat camni. emosi..emosi..

Sudahnya, keluar dari jusco menuju ke pizza connought. Seperti biasa, servis kat situ memanglah selow tahap siput yang kompius samada dia siput kah..atau dot dot kah?? ok..bahasa inggeris lebih sopan..slow seperti snail.

tomey tak kek saya??


Pas order, aku pi cari pinggan sendiri..sebab kalau nak tgu budak tu antar..mmg lambat la...pastu nyayi2 sikit kat bday gurl..tiup lilin, potong kek dan baca doa makan dan suap2...best bila tengok anak2 gembira.




Dan kami semua makan pizza saja..tapi lebih sedih bila pandang anak sulung aku cuma makan mamee..abang long..tolonglah berubah demi mama.




Angah cakap : AAK??? sambil TDDMKA hahahaa


Last. Happy birthday Aina.

9 comments:

AdanyaKauUntukku said...

sangat tomei kek itu
aina dah 3 tahun ye
happy birthday aina

si fahim tu..
sebaya aina kan Farihah
tapiii
tak secerdik si Aina

si Fahim cerdik perbuatan je
sob sob...

Happy Birthday Aina..

Farihah said...

TQ ila,
Takpe..setiap anak lain-lain perangai dia..mungkin skrg tak bp pandai cakap..sok kalau fahim dah pandai cakap, kang jenuh ibu dia nak melayan :)

Ardini Humaira said...

comeynye kek dia! :D

Mya said...

happy birthday aina! ;-)

Laizan said...

hepy bufday aina ~~~~ stay cute....hehehehe

Farihah said...

Dni,
Tu la..comey kan..hehehe

Mya,
TQ aunty mya

Kak Izan,
TQ mak ngah :)

Puan nOLie said...

hepi beday aina...oo beday aina selang sehari jer besday abang umar...27.11.2004...

Farihah said...

TQ Aunty nOlie...happy birthday kat Aunty jugak :)

Farihah said...

eh..dan happy belated bday tuk abg umar :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...