Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Keringkah hati mereka??

Dah jadi tugas rasmi balik sekarang ni. Everyday, lunch hour..aku kena menapak ke sekolah abg long. Rasanya mmg wajib pegi dah kot. Kesian tgk dia makan sorang2. Dah la lunch time tu lama. Kul 2.30 baru kelas KAFA start. Sebelum ni mmg dia tak penah ngadu pun yg dia selalu makan dan tukar pakaian sorang2. Tapi bila aku saja2 pi hari tu baru tau. Dan baru la dia cerita. Dia tak dak kawan. Ishh..mak mana yg tak sedih kan?? Semua ni jadi sejak kawan2 dia ejek dia gemuk. Cuma ada sorang je kawan baik dia sekarang, Haikal. Tp kalo haikal MC, mmg dia kesorangan la.

Nak jadi cerita, tgh hari semalam pi la teman dia makan kat kantin. Anak aku ni bukan la reti makan nasik pun. Makanan tgh hari dia cuma biskut dan susu coklat. Tu pun bekalan dari rumah. Tiba2 datang sorang kawan dia duduk makan sebelah dia. Sebelum ni, bapak kawan dia tu mmg akan dtg tgh hari. Tp semalam takde pulak. Aku tgk dia makan nasik kosong...tak de kuah...cuma ada sayur, tu pun bahagian batang saja dan tak sampai 5 batang. Maka bermulalah conversation antara mak cik ni ngan dia.

Ayah dah tak dtg irfan??
tak dah..dah lama dah tak dtg mak cik.
oooo, nasi ni beli kat mana?? (aku tya sbb nasi tu dlm polisterin)
kat situ... (sambil tunjuk kat kaunter kantin)
Oooo..satu hari ayah bg bp ringgit??
3 ringgit, singgit pagi...singgit petang. (lagi singgit tak tau la..tak tya la plk aku)
huh!!! masa ni aku dah rasa something!! 
Abih...nasi ni bp ringgit???
singgit.
Apsal makan nasi tak amik lauk??
Tadi saya dah letak ayam, tp duit tak cukup, kalo nasi ngan ayam 3 ringgit

Panggg!! satu tamparan aku rasa kat situ...kejam gila...nasi sejemput...ayam seketul kecik..nmpak besar sebab salut tepung ja...jual 3 ringgit kat budak sekolah??? Nampak??? maksudnya, mak cik tu suh letak balik ayam. Sebab duit budak tu tak cukup. Nasib baik semalam aku bawa duit, sbb selama ni mmg tak bawak since anak aku cuma makan bekalan dari rumah ja. Aku bg kat budak tu suh dia beli ayam.

Berselera tgk dia makan 

Sedihnya aku rasa. Apa sangat la tokei kantin tu nak kejar untung berlebihan kat budak2 sekolah ni?? Bukan semua yg belajar kat sini mak pak depa senang. Kalo senang, tak der nya nak bg anak2 sekolah sini. Baik sekolah kat private school sana. 

Ada kawan suggest, dan agak bernas. Kalo tokei kantin tu ada perikemanusiaan. Apa salahnya, dia pecahkan telur, letak la garam sikit, pukul sampai kembang..goreng buat telur dadar..dan hiris la nipis2..sebab nak kaya cepat kan?? Kalo budak tu nak beli ayam tp cuma ada singgit. Bagi la nasi buh kuah sikit,kalo rasa kuah pun mahal...boh kicap.... pastu letak la telur tu sehiris. Takkan yg tu dah lebih singgit kos dia??

Dan mak ayah, tolong la...
tolong la kesian la kat anak2 yg belajar dan tgh nak besar tu. Aku rasa, better kita ikat perut dari biarkan anak2 kita kelaparan dan makan makanan tak berzat. Kalo rasa tak mampu nak bg duit kat anak. Apa salah, mak tu...tolong rajin sikit. Malam2 goreng la nasi, sok pagi2 panaskan, bg anak bawak bekal. Tak pun, bagi la roti letak kaya ke apa, buat bekal anak. At least, time rehat anak boleh makan bekal. Time lunch nnt, baru dia pakai duit belanja. Tolonglah yer. Hargai anak2 yg nak makan semua. Sok, kalo dapat anak macam anak aku yg cuma makan roti canai dan biskut jer ni...baru la hangpa tau betapa susahnya hati hangpa.

Renung2kan.

Thursday, March 31, 2011

Seiras tak mereka?

seiras tak mereka??

Mereka adalah 2 individu berbeza. Tapi kedua2 mereka mendapat tempat dalam hati saya. Sorang abah saya satu2nya. Seorang lagi adalah bapa Malaysia pada hemat saya. Satu2nya yg layak dipanggil bapa malaysia. Dia Idola saya. Dari kecil saya menanam cita2 saya untuk berjumpa dgn dia. Tp sampai saat ini. Disaat usia saya hampir mencecah 30 tahun. Saya masih belum berkesempatan berjumpa dia.

Dari kecik, mmg saya dah nampak wajah abah saya seiras wajah dia...Tak tahu apa pandangan org lain. Tapi di mata saya. Mmg mereka sama. Mungkin sifat berbeza. 

Betapa gembira saya satu masa dulu, bila ibu saya memberitahu saya yg sblm Tun Mahathir menjadi PM Malaysia, semasa beliau masih bertugas sebagai Doktor di Alor Setar. Beliau merupakan kenalan wan saya. Oh, di kedah Wan adalah Atuk. Kata ibu saya, Tun pernah beberapa kali bertandang kerumah Wan saya. Itu adalah perkara pertama yg amat membanggakan saya semasa saya suarakan keinginan saya kepada ibu untuk bertemu beliau. Hehehe

Tapi semua tu cuma kenangan. Rasanya, sampai bila2 pun keinginan saya tak akan tercapai. Siapalah saya dimatanya...hehehe

Tapi apa2 pun, saya berbangga sbb abah saya seiras beliau...tak dapat jumpa beliau..jumpa abah saya pun dah cukup kan??? hehehehe


Love this picture so much. Do he look so cool and cute???
Love u Tun :)

Friday, March 25, 2011

Maaf ku tak berterus terang

Maaf ku tak pernah berterus terang
Bukan ku tak mempercayaimu
Namun sebelum ku berganti rupa
Ingin Aku menemuimu

Ku kan bermandi cahaya bulan
Yang cemerlang di malam yg cerah
Memang telah lama kurasakan
Ingin membantu yang lemah

Tiba-tiba keajaiban terjadi
Kekuatan muncul didiri

Untuk melawan semua kejahatan
kekuatanku harus digunakan
menegakkan segala kebenaran
Ini keajaiban alam
Aku mempercayainya
Ini keajaiban alam!!!

Hahaha...korang penah dengar lagu tu??? Tu antara lagu siulan masa zaman aku kecik2 dulu. Choppp!!! takde la kecik. Masa tu aku form 1 ngan form 2 dah. Korang tau tak lagu apa tu?? Tu lagu kartun favourite aku..apa lagi kalo bukan "Sailor moon" dengan kuasa bulan....akan menghukummu....!!!! *sila tukar suara seperti kartun alih bahasa*



Ishh...apa kes ntah aku boleh minat sungguh2 ngan citer ni. Masa zaman form 1 form 2 dulu, Aku kan sekolah kat utara. Dan seperti biasa, kat sana, Ahad sekolah kan?? Citer ni plk hari ahad la nak tayang pun... Seb baik aku sekolah petang. Dan menjadi rutin aku, kalo hari sekolah, kena tolong mak sapu sampah kat dalam dan luar rmh sblm pi sekolah. Makanya hari Ahad je, aku akan gigih bangun awal semata2 nak siapkan keje cepat2 dan blh ngadap tivi tanpa gangguan. 

Selain sailor moon a.k.a Usagi yg sangat suka ngan momoru (karektor katun laki ni pun aku minat..sampai bercita2 nak cari sorang BF cam ni..hahaha), ada lagi ahli yg lain mcm Jupiter, Mars, Mercury dan Venus. Tapi aku paling suka mercury sbb dia paling cantik dan tak gelabah mcm sailor moon a.k.a Usagi tu...

Mars, Venus, Moon, Jupiter, Mercury


Usagi dan Momoru



Tapi hari ahad mmg citer katun best2 la masa tu. Pas satu...satu dia tunjuk. Thunder bird la, dragon ball la...semua aku layan. Dan mangsa yang aku heret sekali dlm kes ni adalah adik bongsu aku. Dia pun bersungguh2 layan citer2 ni ngan aku.

Tapi katun paling lama aku layan dah tentu dragon ball. Sampai dah masuk Uitm pun, sanggup bangun pagi2 hari ahad sebab nak tgk citer tu....kah kah kah...semuanya semata2 nak tunggu dia dapat 7 bijik bola naga tu....ntah hape2...tapi enjoyyy!!!



P/S: Katun bebudak skrg dah mcm kurang best ek??? hehehe

Thursday, March 10, 2011

Sebelum dan selepas

Rentetan dari peristiwa ini
Gigih la pagi2 tu...aku breakfast berat semata2 tak nak masa timbang nnt, tetiba berat badan aku berkurangan lak kan. Tak penah2 aku buat. Pagi tu aku makan roti canai banjirrr punya. Bukan satu tau...tapi 2 keping!!! sila percaya dan tepuk kuat2.



Tapi lepas darah diambil, aku cam pening2 gak...dan perut aku sungguh kuat berkeriutan. Dari lepas derma sampai ke petang hari. On the way nak balik rmh petang tu, aku dah rasa cam longlai sangat dah. Lapar tahap gigillll betul. So aku men"suggest'"kan kat suami aku agar terus cari kedai makan. Yang penting aku nak makan NASI...dah tak tahan tahap kelaparan ni.

Sampai kat kedai, nafsu serakah aku makin membuak2. Dari niat asal nak order nasik je kononnya. Aku top up ngan bihun sup....sedapnyaaa...ni kedai org kg aku ni...so kena la bg support kan *alasan*





Tengokk...makan tak pandang kiri kanan dah... Fokus ni...fokusss!!!



Ehh..korang jangan salah sangka. Aku tak tamak tau...aku makan bukan tuk sorang, suap Aliff sama tau... tapiii errr...apsal muka aku macam belakon je??? Padahal ni mmg betul2 suap ni. *sila salahkan jurukamera*


Selesai makan...baru la rasa perut kedap. Penuh ngan makanan. Baru boleh senyum :)


P/S: kalo hari2 makan camni, sure aku leh gemuk kan???

Wednesday, March 9, 2011

Mari menderma

Marilah mariiiii...pergi mendermaa....
Wahhh!!! eksaited betul aku bila dapat tau pasal kempen derma darah. Mau tak eksaited, dah lama aku bercita2 nak menderma darah aku tau..tp asyik tak lepas je sbb berat tak cukup. Tp baru2 ni, berat aku dah 45.5kg, dah lepas la kan??? 

So semalam, awal2 pagi sebaik kaunter dibuka aku dah pi serang, eksaited punya pasal kan???


mula2 isi borang dulu...

Kat sini la tempat mendermanya...kat bilik studio di gymnasium opis aku.

Ingatkan tak ramai...rupanya...ramai gilerrrrr..kena la Q panjang

Tup2...bila timbang.


Whattt??? 

43kg???? arghhhh!!!! tidak!!!! zolimm!!!! penipuuuu!!!
terus terkeluar dr mulut aku. "apa ni??? tipu la penimbang ni" aku cakap slow je tau. Tp tak sangka pembantu klinik kat sebelah tu dengar dan dia jawab "tak tipu la..betul la tu". Aku balasssss....mestiii...kebenaran harus ditegakkan. Takkan aku nak diam seribu bahasa dan terus melangkah terpaksa lak kan?? Rugi la usaha aku selama ni. Aku jawab "ye la tipu...berat saya dah 45 kg la" dan aku terus keluar cari penimbang kat gym pulak. Betul!!! kat gym tu berat aku 46.1kg dah. Yess!!! terus aku  masuk dan bgtau pembantu klinik td.


Dek kerana kedegilan aku mengatasi segalanya, dengan paksa rela, pembantu klinik tu pun teruskan tugas dia. Mula2 kena cek dulu jenis kumpulan darah. Well!!! aku mmg dah tau aku darah "O" positif...jd sape2 nak darah, sila cari kat pusat darah negara ek...sbb aku belum mampu nak derma secara directly. harap maaf.... hehehe


Pastu kena ngadap tuan doktor lak...amik tekanan darah dan bersoal jawab mengenai tahap kesihatan dulu dan sekarang.

Dan dengan cerianya darah aku diambil...yeay yeay...

Ok...dah cukup...


Sebelum balik, dapat hadiah sebab menderma. Hadiah berupa bekas makanan...dan yg merah tu...bukan mercun ye....bukan juga platlet darah...tapi gula2...kawan sebelah aku ni cakap sedap...tp aku tak rasa plk. Tak tau la sedap ke tidak. Sebelum naik sambung keja, dapat bekalan makanan dan ubat-ubatan dan dapat juga minum milo percuma..sbb br pas menderma kan...so badan mcm kurang darah..tak blh la terus rushing naik tempat. bahaya....tp...opiser aku tak henti2 call dan msg sbb ada keje urgent. Tak sukerrr tau!!!! Maka, terpaksa la naik juga...dalam keadaan yang pening2. Amik ko Farihah!!! degil sangat..dah tak layak nak derma...nakkk jugak derma...rasakan natijahnya... *bicara setan didalam hati*


Dan hari ni aku perasan yg jumlah darah yang diambil antara aku dgn kawan aku tak sama. Kurang 100 ml tu....why??? Ini tidak adil!!!!

Buku kawan aku yg atas, aku punya yg bawah.


P/S: Nak derma lagi pas ni :)

Tuesday, January 4, 2011

Flat

bukan...bukan nak cerita pasal rmh flat...

ishhh..badan lak...mmg la badan saya ni flat...tapi buat apa nak cerita pasal badan??? biaq la..nak flat ka...kondo ka..apa ka kan?? lantak la...dah tak larat dah nak naikkan badan..tp tetap tak berhasil.. maka...baik jangan berharap!!! Korang2, tolong la jangan ssh2 suh saya naikkan badan ek...bukan saya tak nak..tp badan saya yang tak nak.

Ok...sejak bertukar jadi power rangers ni....eh, bukan2...sejak bertukar jadi ibu yg anaknya bersekolah dekat ngan opis saya ni...saya jadi sangat...sangat.....sangatlah penatnya..pelik sungguh...mula2 mmg tak sedar..tp bila petang menjelang tiba..masa tu baru rasa...penatnya ya Rabbi...mybe sbb masih baru lagi kot.

Naper saya penat??? ok..mai nak citer rutin saya....

Setiap pagi, sampai opis kul 7.10...tp keja saya start kul 8 pagi. Naik opis, swap pas pastu turun lak ngan anak bujang saya..menapak hantar dia pi sekolah...salam2..kiss2..bye2...saya jalan balik ke opis..terus pulak perjalanan ke "kupang" (nama tempat makan kat opis) utk breakfast. Masa tu, saya tapaukan 2 keping roti canai buat bekalan waktu rehat anak teruna saya. Pastu terus naik opis.

Kul 10 pagi, turun balik...menapak lagi ke sekolah bersama bekalan makanan di tangan. Sampai sekolah, tggu dia makan jap. dalam 15 minit, abih makan...salam2 lagi...kiss2 lagi...bye2 lagi...dia lari naik kelas..saya jalan kaki pi opis.

makan roti canai

Kul 12.30, tapau nasik kat saya, beli biskut kat dia...jalan kaki lagi pi kat dia...dia makan biskut, saya makan nasik..sambil2 pujuk suh makan nasik..tp tak jalannnn....dia sudah makan..saya belum sudah...dia gi lari2 main  ngan kawan2, saya masih makan...abih makan..ajak dia pegi keta, amik baju...tukarkan baju kelas agama kat dia pulak..masa tu dah pukul 1.30 ptg. Selesai kemaskan dia, pukul 1.45 ptg...salam lagik...kiss lagik...bye lagik...terus dia lari pi kat kawan2...saya menapak slow2...naik opis...berpeluh jugak la...

kemain suka dia


Pukul 4.30 ptg, encik suami pi amik dia..dan hantaq kat saya..saya dah tak larat nak pi amik dah...jauh gak jalan tu..terbakar jugak la kalori saya dok ulang alik tu. Kul 5 ptg, balik rmh.

Hari ni, sampai rmh dah kul 6 ptg..tak pernah2 saya tido bila balik dari opis. Tp hari ni, tak tahan sangat... saya dah nampak katil saya panggil2 saya suh baring...tak tggu lama...kedebummmm saya baring... Aina datang kacau, saya cakap, tlg mama adik...mama penat..bg mama tido 5 minit je...Aina paham,dia kuar kacau abg2 dia plk..dapat la saya lelap dlm 10 minit..pastu Aina datang bawak hasil laburannya yg sungguh kuat berbau hingga menusuk hidung saya dan mengganggu tido saya. Bangun la saya, bawak dia masuk toilet, bersihkan dan mandikan dia...kemudian baru saya selesaikan diri saya...penatnyaaa!!!

Abang2 Aina??? mandi sendiri la anak2...mama korang dah Flat...sekian...



p/s: saya cuma free hari Jumaat..sbb anak saya g solat ngan abahnya...so, kawan2, dating ngan aku cuma available hari Jumaat, lunch hour saja..sila booking aku awal2..hehehe

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama ke Sekolah

Hari ni 3 Jan 2011. Hari pertama bg anak sulung aku mendaftar secara rasminya sebagai pelajar darjah 1. Awal2 lagi aku dah pesan dia
"Bang long...jangan nagis tau"
selamber dia jawab "buat apa nak nangis??"

Ok..bagus kalo dia tak nangis. Nampak dia mmg super excited. Kejutkan dia pagi td pun mmg senang. Rupanya, masa hantar mmg betul dia tak nangis..tapi si Angah pulak menangis sbb terpaksa berpisah dgn abg dia..maklumlah dah setahun satu kelas ngan abg dia..tiba2 kena berpisah...syahdu la..Angah dah la sentimental..

muka heppi je..pagi2

angah dah start moody dah, sbb baju sekolah dah tak sama kaler


Mulanya aku igt aku tak perlu cuti, sbb igtkan semuanya dah selesai masa hari orientasi 20 Nov 2010 lalu. Rupanya salah...yuran yang aku bayar dulu tu cuma yuran pendaftaran. Hari ni macam2 yuran lagi kena bayar...Yuran sekolah pagi je dah RM 74.50, yuran KAFA pulak RM 308.40...perghhh...pakai banyak duit jugak rupanya daftar anak sekolah ni. Ni baru sorang...lagi 2 tahun, angah pulak..pastu next two years...Aina pulak sekolah....ish2...byknya belanja utk anak2 kan..takpe la..dah itu tanggungjawab kita kan..bayar je la.



Penat betul aku hari ni, sehari suntuk kat sekolah tu nak uruskan semuanya. Mula2, dgr taklimat, pastu derang masuk kelas. Ktorg mak bapak kena Q kat luar tuk bayar yuran. Dapat mak bapak yg jenis byk soal..mmg lenguh gak la berbaris tu. Selesai tu, time rehat derang, mcm biasa...aku belikan roti canai tuk amirul makan...kena la temankan dia..sbb kat sekolah dia mana ada jual roti canai..sian anakku ni.




Pastu kul 1.05 ptg. Amik dia, dan bawa dia g makan..eh..dia tak makan..aku yg makan...pastu kul 2 pegi sekolah balik..dgr taklimat sekolah KAFA plk. Tggu derang masuk kelas..pastu kena Q lagi bayar Yuran KAFA plk...yg ni lagi lama...aku rasa mcm nak pengsan dah masa Q tuk bayar yuran tu..sabar je la...nnt mesyuarat PIBG sok..mcm2 aku nak usulkan...tggu je la..penat wehh....

Last2...kul 4 baru selesai semua..terus balik rmh la...flat betul satu hari ni...sok, mula tugas baru lak...

Thursday, December 23, 2010

Kisah pagi Sabtu (kisah 2)

On the way pulang ke rumah dr breakfast tu, tiba2 nampak kelibat sorang budak kecik sedang jalan kaki laju2, bersendirian. Huish..nak pegi mana budak ni sorang2..kat jalan besar plk tu. Sebabkan naluri keibubapaan, suami aku terus buat u-turn dan cari balik budak tu...nampak je dia kat celah2 pokok2 renek pembahagi jalan, suami aku terus berhentikan kereta dan pergi kat dia. Tak tahu apa yg dibualkan, tp aku nmpk, suami aku ajak dia naik kereta kami.


Sampai dalam kereta aku tanya dia nak pegi mana?? umur berapa?? katanya dia nak pergi tempat kerja mak dia. Umur dia 5 tahun. Dia keluar sorang dari rmh nenek tanpa pengetahuan, sbb nenek marah. Aku tak tahu la tu nenek betul dia, atau pengasuh yg dia panggil nenek. Dia tunjuk kami arah ke tempat kerja ibu dia. Mmg kebetulan bangunan tu, dekat sangat ngan rumah kami.



Terkejut la wajah ibu dia bila nmpak dia datang sorang diri dengan org asing. Ibu budak tu seorang cleaner kat bangunan tu. Reaksi ibunya apa lagi..terus marah la...ish..aku tak tahu apa reaksi aku kalo aku kat tempat ibu dia. Tapi, marah bukan satu jalan penyelesaian yg bijak kot. Dah la budak tu masih takut2, apa lagi yang dia boleh buat selain menangis??

Pengajaran untuk anak2 aku dalam kereta hari tu (terutama untuk angah sbb masa tu amirul tak de).

1) Sian budak tu, org susah, tak de kereta, nak pegi tempat mak dia jalan kaki sorang2, Angah jangan buat mcm tu ok. Kat luar ramai org jahat. Angah angguk2.

2) Tgk badan dia kecik je, padahal dia lagi tua dari angah, angah nak makan apa semua senang, minta je dapat..tak dapat nangis..sbb tu kalo makan kena igt org susah sama..jangan asyik berharap minta je semua dapat..faham??? Angah angguk lagi...

3) Mak dia keje teruk, ssh nak dapat duit. Mama pun susah jugak nak dapat duit, sbb tu kalo minta mainan jangan harap dapat on the spot. Mainan kalo dapat, main betul2, jangan asyik rosakkan je, mama kecik2 langsung tak de mainan...kalo wan beli pun satu je, tu pun tuk pak ndak atau pak su, kalo nak main kena gilir2..angah semua dapat sorang satu...(hehehe...part ni mmg tak de kena ngena ngan budak tu) tapi sbb time tu je boleh ajar dia..kita kasi pengajaran cukup2.

Sebelum budak tu keluar dari kereta, aku pesan kat budak tu..len kali jangan buat camni lagi yer. Bahaya jalan sorang2. Kat luar banyak org jahat. Dia cuma mampu mengangguk.

Saturday, December 18, 2010

Kisah pagi Sabtu (kisah 1)

Pagi Sabtu.
Amirul tak de...tido rmh wannya...
Bangun pagi..plan nak bekfas kat luar la.
Sebab Amirul takde..jom kita cari kedai Melayu, kalo dia ada..asyik mamakkkk saja. hehehe

Pas selesai makan.
Didatangi seorang atuk tua. Peramah orgnya. Dia datang sbb nak minum kat situ. Dia berbicara
"atuk ni dah tua cu...
 umur dah 98 tahun,
 atuk hidup sorang diri, 
 nenek dah ninggal kat Mekah dulu, 
 Sekarang mata atuk dah tak nampak..doc cakap mata atuk kena operate..atuk cuma nmpk bayang2 je.
 Cucu tinggal kat mana??
 Atuk tinggal kat Flat Sri dot dot dot, tgkat dot dot, pintu dot dot, senang2 datang la melawat atuk cu.
 Hari tu atuk sakit, 2 hari tak bangun, tak de sape datang tgk atuk, atuk takut atuk ninggal org tak tahu, adik beradik atuk yang lain sumer dah ninggal."

Aku dengar sambil angguk2. Dalam hati kesiannya hidup atuk ni. Ya Allah, sebagai manusia, apa perlu aku lakukan?? Dalam hati terdetik, Inilah dikatakan rezeki yang kita dapat, bukan untuk kita sahaja, seeloknya dikongsi bersama yg memerlukan.

Setelah berbicara serba sedikit, mengambil alamatnya. Aku salam dan sedekahkan sedikit pemberian ikhlasku untuknya. Dgn harapan, sedikit bantuan aku yg tak seberapa tu, dapat menolong dia dikala memerlukan.

Sedih...terus terkenangkan, macam manalah nasib aku di kala tua nnt??

Monday, July 26, 2010

Cerita kedua

Perghh punya berzaman saya amik masa nak ceritakan cerita kedua pasal org KL yg selfish ni kan??? Maaf kan saya yer wahai kawan2 semua. Ingatkan nak la sambung cerita kedua ni kat rmh. Tapi masa kat rmh adalah agak terbatas. Almaklumla, saya kan suri rumah separuh masa. Bilalah angan2 saya nak jadi suri rumah sepenuh masa ni akan terlaksana agaknya??

Ok2, back to the story. Cerita kedua ni berlaku baru2 ni jugak. Mak saya datang rumah saya, dan tiba2 dia cakap, "Mak teringin la nak naik LRT mcm org2 KL ni naik. Macam mana la rasanya kan??" Erkk,saya terkedu jugak, dan saya jwb "bukan best pun mak, biasa jer." Tapi, mybe perasaan biasa dan tak best tu, cuma pada saya yang dah pernah naik ni. Tapi bagi mak saya mesti dia ada keinginan lain kan. Maka di suatu pagi tu, saya ajak mak saya naik LRT sambil nak soping2 di Jln TAR sana. Anak2 saya tak bawa. Saya cuma berdua dgn mak demi nak penuhi hajat mak saya yang tak seberapa tu. Bukannya ssh sgt nak tunaikan hajat mak saya tu kan. Kalo nak dibandingkan dgn jasa2 yang mak saya dah bagi kat saya selama ni kan??



Berjalanlah kami menuju stesen LRT di kawasan rmh saya. Elok naik je..tempat duduk dah penuh. Tapi org berdiri tak ramai, rasanya cuma saya, mak saya dan ada sorang lagi budak perempuan yang berdiri. Saya kesian tgk mak saya berdiri. Maklumlah, mak saya dah masuk kategori warga emas. Saya tgk tempat duduk, ramai  lelaki2 yang gagah perkasa serta muda belia duduk di situ, sambil mata mereka memandang saya dan mak saya tanpa perasaan bersalah. Sikit pun tak de perasaan tu rasanya. Hati saya, agak membara bila membaca tulisan kat dinding LRT tu yg bertulis "berikan tempat duduk anda kepada org yang lebih memerlukan". Sambil tgk tulisan tu, sambil mata saya memandang pemuda2 yang masih tak berganjak tu.

Apa reaksi saya???
Dalam hati dah tentu membara, kalo lah lelaki2 tu dah tua, atau masih kanak2 atau perempuan2 mengandung saya masih boleh cool. Tapi bila melihatkan tubuh badan mereka yang sihat walafiat, tegap serta masih muda belia, apalah salahnya kalo berikan tempat duduk tu kepada mak saya. Tak salah berbudi bukannn???

Saya terus berkata "Mak, org KL mmg macam ni, depa selfish. Depa mmg tak kisah kalo org tua ke, org ngandung ke nak duduk. Yang penting depa leh duduk". Mak saya diam je. Tapi salah seorang dari lelaki tu agak terasa dgn sindiran saya kot. Lantas dia bangun sambil bersuara, "Kalo nak duduk, cari la tempat kosong." Dan dia terus berlalu dan berdiri di pintu. Saya balas...ishh geram ni. Saya cakap "Eh,apsal ko bangun?? aku tak suruh pun, anyway, terima kasih". Dan saya terus suruh mak saya duduk.

Kejadian tu tak abih kat situ, ada sorang lagi laki yang terasa dgn sindiran saya dan saya masih igt nama dan tempat kerja dia sampai hari ni. Tu la, sapa suh ko pakai baju opis dan siap ada nama?? kan aku dah igt ko sampai mati kot. Kenapa saya tak leh lupa dia?? Sebab kata2nya. Dia cakap "eh bro, jgn bangun, dah kita dah duduk dah la. Kita jaga tempat kita." perghhh..sungguh beradab sekali ko kan wahai Mr. ZAM dot dot??? tapi saya cool, saya tgk dia dan saya senyum. Pandai2 la dia pikir sendiri. Dan pandai2 la dia baca tulisan kat dinding LRT tu, depan mata dia lagi tu.

Sampai stesen masjid Jamek, saya turun kat situ bersama pemuda2 tadi, dan saya keluar dan ucapkan terima kasih pada pemuda yg bg tempat duduknya pada mak saya. Dia angguk. Tak kisah la samada dia ikhlas bg atau sbb kepanasan. Bagi saya, org berbudi, kita berbahasa. hari ni hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Beringatlah, tak rugi pun berbudi kan???

Friday, July 23, 2010

Org KL ni selfish ke???

Wahhh..kontroversi tak tajuk tu???
saya tak tujukan tuk orang KL yer..tapi utk orang2 yang tinggal kat KL ni. Tak kisah la dia asal dari negeri atau negara mana pun. Tapi saya tgk rata2 mcm selfish. Pentingkan diri sendiri la dlm bahasa melayu. Tak tau adat2 ketimuran. Tak pandai berbudi bahasa. Ishh geram la.

Naper tiba2 saya cakap pasal ni??
Ok meh nak citer..sbb dah ada 2 kejadian yang melibatkan saya terjadi.

Kejadian pertama.
Hari keja. Selalu saya balik naik kereta la ngan suami dan anak saya. Tapi ada satu hari tu, sbb suami saya ada urusan kat luar, so, saya offer la nak balik naik KTM komuter. Sebenarnya boleh je nak balik naik LRT..tp kena jalan jauh sikit. So, saya mcm malas dan kesian kat anak saya yang terpaksa galas beg lagi, jadi saya ckp naik KTM dah la. Lgpun dah janji suh suami saya jemput kat stesen dekat ngan rumah saya. Wlaupun dalam ht masa tu rasa tak sedap, sbb KTM ni kan selalu ramai dan delay. Tapi saya gagahkan jugak. Agak lama menunggu, KTM sampai, dan saya betul2 dihadapan "coach wanita". Masa tu hati saya dah berbelah bagi gak..nak naik sini atau tak?? sbb sure penuh. Tp bila pikir2 balik, naik je la..sbb kalo berhimpit2 pun, selesa sikit sbb semua ppuan, maka saya masuk. Masa masuk tu dah rasa pelik, apsal semua dok terlonggok kat depan pintu ni, saya jengah..ishh dalam tu kosong dan selesa lagi. jadi saya tarik anak saya berdiri kat dalam sikit.



Masa KTM tu dah nak sampai lagi satu stesen ke perhentian saya, saya gerak ke depan menuju ke pintu, sbb takut kalo tggu betul2 sampai, nnt saya tak sempat kuar, haa masa tu mmg betul jangkaan saya. Punya la saya bersusah payah bergerak kedepan, boleh org2 yg berdiri kat depan pintu buat tak heran je dgn saya dan anak yang nak kuar ni. Masa ketapi tu dah betul2 berhenti. Orang2 kat luar lak sibuk nak masuk, patutnya biar la org yang nak kuar, kuar dulu kan..tp semua sebok tolak2 nak masuk. Dah tu bukan nak masuk ke dalam yg masih kosong tu, tapi masing2 terlonggok macam sardin kat depan pintu.

Saya dah panas. Tp try coolkan diri. Saya cakap "excuse me, boleh bg saya kuar dulu??". Tp masing2 diam..buat tak dengar je. Eh, saya cakap slow sgt ke?? Saya kuatkan suara saya. "Mintak Maaf, tolong bagi laluan, bagi orang nak kuar dulu boleh???" Masih sama,, tak berganjak tu..masing2 mcm pekak badak dah saya rasa..Mula saya rasa hot..terus saya dgn sekuat hati tanpa rasa malu2 dan sopan santun dah saya terus cakap "BOLEH BAGI ORANG YANG NAK KELUAR, KELUAR DULU TAK???" masa tu baru muka wanita2 kat situ masing2 dah merah padam. Elok je saya kuar, saya terus cakap, "len kali pikir la sama perasaan orng lain. Jangan pentingkan diri sendiri je." dan saya pandang tepat ke muka sorang ppuan tu, yang berdiri betul2 kat tepi pintu, dia la yg sebok tak nak kuar tu..geram betul saya.

Pastu saya rasa cam tobat tak nak naik komuter dah kalo balik keja...

2b continue..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...