Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Mengintai dari tirai kamar

Wahhh tajuk!!! Mcm lagu existkan??

"Siapalah aku ini, untuk memintal buih yg memutih
Menjadi permaidani seperti mana yang tertulis dlm novel cinta

Juga mustahil bagiku menggapai bintang di langit
Menjadikan hamparan syarat untuk milikimu
Semua itu.. Sungguh aku tak termampu"


Haa... Mcm tu la sikit lirik lagu tu. Uishhh lagu2 exist mmg best. Tambah best sbb sora ezad yg best. Hehehe

Jammed

Tp mcm tu la diri ini diibaratkan (echeeewahh). Setiap petang, aku akan duduk bersila di atas katil sambil memandang ke luar jendela. Tp ni kan KL! jangan mimpi la nak nmpk permandangan yg indah. Apa yg pasti nmpk adalah hiway dgn keta yg jammed. Takpe la. Semua tu dpt ubatkan hati aku.

Eh!!! tapi cuba.....
"Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
"


Awan

Err... Aku ngarut. Tp lagu awan nano pun best kan!! =)

08 - Tak majok dah

Makasih kowang!!! Muah.. Muah.. Muaaahhhsss.. Hahaha.. Geli tak??? Sila lap yer =)

Pagi2 td dpt msg dr kak aidah tya no bilik aku bp? Masa tu dah bertambah majok ok! Ye la, dah 8 hr aku msk spital. Br hr ni nak tya no bilik?? Tp x pe, kontrol beb, kontrol... Aku reply no bilik bersama pesanan x payah la dtg, sbb aku dah ok dan takut derang terjangkit. Tu sebenarnya ayat majok gak. Hahaha

Tetiba masa tgh sedap makan spaghetti lunch td. Nurse masuk bg benda2 ni. Rasa cam nak lompat2 dah. Tp kena kontrol. Kang terkejut nurse tu.

Hadiah
Dr geng opis

Bear
Awat bear ni cam majok lak?? Tundukk je

Hd
Kata2 semangat

Makasih kowang. Love u olls so much.


P/S: nak majok sll la camni. Leh??? Hehee

Tuesday, May 3, 2011

07 - Terima kasih korang

Hari ni saya rasa sangat bertuah, dihargai dan disayangi. Ni semua sbb ada 3 situasi yg menggembirakan saya.

Pertamanya, tgh2 saya ssh hati tunggu anak sulung saya tipon. Tiba2 saya dapat mms dari kak wos yg bgtau saya jangan risau, amirul ok, dan buat pertama kalinya dia nak makan semeja ngan kak wos. Makasih banyak kak, saya pesan kat dia td, esok pun dok ngan akak. Tlg tgk2kan ye kak. Kalo nakal marah je. Nak pukul pun boleh. =)

Amirul
Hepi je muka dia kan??

Keduanya, saya dapat bungkusan dari sorang sahabat. Hari tu, saya ada sibuk2 tya pasal stokin kung fu. Ari ni saya dah dapat dari Erin. Terima kasih ye Erin, saya suka sgt, dan terus pakai, rasa hangat sikit kaki saya. Paling terharu, siap ada kad ucapan moga saya cepat sembuh. Terima kasih lagi sekali yer Erin. Terharu ni =)

Erin
Stokin dan kad

Isi
Isi kandungannya

St
Dah selamat dikaki

Dan yang ketiga, sahabat suami saya dan juga merupakan sahabat saya, tiba2 menghadiahkan coklat buatan dia dan isterinya kepada Aliff sempena bday dia yg baru lepas. Siap ada gambar ben 10, upin ipin dan angah lagi. Pastu ada juga cupcakes yg sedap dan chomel. Terima kasih Anil dan Shida. Buat ssh2 je. Tp mmg sedap la =)

Bt
Ben 10 tiru gaya angah....Hehehe

Ui
Angah dan kawan kembarnya

Cc
Kalerful cupcake yg sedap dan comel

Terima kasih yer korang. Korang betul2 buat saya gembira dan terharu.

Monday, May 2, 2011

06 - makan

Bosan kan asyik citer pasal kena cucuk je...sedih dan buat tambah sedih je kan? Mai saya nak citer part best pulak. Semua org suka makan kan? Meh saya tunjuk menu saya kat spital sepanjang hari ni.

Mcm yg korang tau, bestnya private spital ni adalah, setiap hari kita akan diberi list menu untuk kita pilih sebagai makanan kita esoknya. Sbb dah agak bosan makan nasik, maka inilah makanan yg saya pilih untuk makan hari ini.

Nl
Breakfast nasi lemak

Ayam
Lunch makan ayam apa nama ntah

Mp
Minum ptg bancuh sendiri ye


Aiyok!! Makan malam saya lupa nak snap. Sedap gilerrr... Baked salmon fish with white sous. Sedap tak terkata.. First time saya berjaya abihkan dinner sepanjang kat spital ni.

Makanan ni bukan datang kosong je. Ada sekali starter, beverages dan juga dessert.

Sup
Ni mushroom soup. Sedap gak, dan yakult sebagai minumannya

Pudding
Puding honey dew ni sedap betul. Hampir lupa nak snap gak.

Overall makan kat sini mmg sedap. Malam ni paling kenyang. Syukur, Alhamdulillah =)

Lagi2 cocok

Adat org masuk hospital kan. Jarum dan diri umpama aur dgn tebing. Tak dapat dipisahkan.

Alkisah, masking tape kat tempat yg nurse cucuk utk masukkan antibiotik tu dah nak tertanggal, saya pun suruh la adik nurse pelatih kat sini gantikan yg baru. Saya dah ckp. Doublekan je dik tak payah tarik masking tape yg lama tu. Sbb saya takut jarum yg derang dah masukkan tu keluar, tp dia degil. Dia nak juga tanggalkan masking tape lama tu. Sudahnya tertanggal la jarum tu. Huhuhu.... Bukannya apa, dah tentu kena cucuk lagi yg baru, sbb nak masukkan antibiotik kan?? Tak larat la asyik kena cucuk je.

Cck

Tempat lama... Dah mcm bekas penagih punya tangan daa

Pastu dia dah agak takut. Sbb dia pelatih, jadi dia tak de tauliah lagi nak cocok2 ni. Dia ckp "saya panggil staff nurse ye kak" saya angguk je la. Pastu datang la staff nurse, dia offer suh nurse pelatih tu cucuk saya. Saya dgr je, terus dgn pantas saya jawab "eh.... Xboleh, saya tak benarkan" uishhh giler apa kalo saya bg. Saya suh betulkan masking je pun mcm2 dah jd. Ni kalo dia cucuk salah urat masak la saya.

Cck


Nak cocok tempat lama dah tak blh sbb dah bengkak. Jd kena cari urat baru, dan yg paling sesuai kat tangan kiri je, sbb urat tgn kanan saya tak lurus, bengkang bengkok, jd ssh la. Walau kat tgn kiri tu akan menyebabkan saya agak sukar melaksanakan seruan alam. Saya terpaksa akur.

Selesai cucuk. Antibiotik dimasukkan mcm biasa. Tp kali ni saya rasa agak pedih. Nurse ckp sbb urat kat tangan saya kecik, molekul antibiotik tu plk besar, jadi saya terpaksa menahan pedih sampai abih sebotol antibiotik tu.

Bila abih je, saya kena tekan butang merah tuk panggil nurse. Tp nurse lambat pula datang. Jadi, darah dah mengalir keluar dari urat saya. Saya plk jd was2 la, darah dlm you tube kat tangan saya ni blh bawa solat ke?? Seb baik saya ada sumber rujukan. Terus saya mms gambar kat adik saya, tya pendapat dia. Sbb dia lebih arif bab2 agama ni berbanding kakaknya ni walaupun dia muda 9 thn dr saya. Tp ilmunya lebih tinggi.

Cck

Dia cakap, blh bawa solat. Katanya Islam ni fleksibel, saya dlm keadaan darurat. Pernah sahabat nabi solat dlm keadaan baju berlumuran darah kerana perang. Jadi hilanglah kemusykilan saya. Terima kasih dik. Nak tya abah segan. Seb baik la ada adik yg jadi pusat sumber rujukan saya. =)

Sunday, May 1, 2011

05 - Akhirnya

Bukan... Bukan akhirnya saya kuar spital. Masih kat sini. Mungkin lagi 3 - 4 hari. Lama kan?? Saya pun dah bosan. Tp ini semua ketentuan yang Esa, kita hanya mampu merancang. Takpe la, asalkan saya kuar nnt, saya betul2 sihat. Dah tak larat nak tanggung demam setiap malam.

Eh, melalut. Sebenarnya nak bgtau, selama ni doktor suspek saya mengidap TB. Tp lepas pelbagai ujian di buat termasuk CT scan, dan dimasukkan ke isolation room, akhirnya doktor mengesahkan saya pengidap "Chronic Lung Infection" ngeri bunyi kan?? Kalo lmbat dapat rawatan, mmg saya boleh dapat TB. Even skrg pun saya terima rawatan sebagai pesakit TB. Hmmm....tak pe la. Setiap sakit ada ubatnya. Cuma, bila duduk dlm isolation room ni, walaupun agak mewah, tp mental mmg terganggu. Org kuar masuk kena pakai mask. Anak2 x boleh melawat. Rindu??? Hati ibu mana tak rindu? Kalo setiap malam tido berpelukan dgn Aina, tiba2 dah 5 malam tido tanpa dia dan abg2 dia.

Semalam mmg saya rasa lemah sgt2. Fizikal dan mental. Sikit2 nangis. Nangis rindukan anak2, kenangkan nasib dan kesiankan suami saya yg terpaksa pikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah untuk anak2 saya. Walaupun saya yakin dia mmg mampu buat dgn baik, tp saya sedih kenangkan pengorbanan yg dia buat. Tanpa penah merungut walau sikit pun. Walau dia cuma sempat lawat saya sekejap2. Saya ttp bersyukur. Sbb setiap kali dia dtg pasti dgn senyuman walau saya tahu dia sangattt penat. Terima kasih abang, syg sgt bersyukur abg adalah suami syg yg terbaik.


A
Hati kosong umpama sofa di blk ini.

Selama dok dlm bilik ni. Hampir 24 jam saya diam membisu. Takkan nak sembang ngan dinding kan?? Jadi bila suami saya datang, mcm2 saya cerita kat dia. Non stop kot. Sampai dia tya apsal saya cakap tak berhenti ni?? Saya jawab la. Abih dah lama jadi org bisu. Jd bila ada org, nak sembang mcm2 la. Syukur ptg td adik saya dtg. Dia mangsa terbaru utk saya sembang. Hehehehe... =) BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, April 29, 2011

03- Antibiotik

Hari ketiga di APSH. Seawal pukul 5.30 pg, saya terjaga dgn kehadiran nurse. Mmg jangan mimpi nak tido nyenyak kalo di spital. Nurse datang bawa botol kedua antibiotik untuk dimasukkan melalui urat darah.

Antibiotik


Sakit?? Tak de la. Rasa sejukkk je. Bertambah sejuk kerana saya mmg tengah demam. Entah bila kesengsaraan demam ini akan berakhir. Kalo ptg semalam, satu botol tu habis dimasukkan dlm masa 45 minit, pagi ni cuma 15 minit je dah abih. Laju betul cik nurse tu setting benda tu. Sampai skrg sebelah tgn kanan ni rasa sejukkkk.

Sbb derang letak saluran nak masukkan antibiotik ni kat pelipat tangan kanan, makanya dah ssh saya nak makan, nak mandi, gosok gigi dan paling penting menaip. Semua pakai tgn kiri. Payah. Tp bila pk, ok gak kan. Kalo letak kat tangan kiri, agak2 mcm mana saya nak selesaikan seruan alam yg satu tu??? Lagi haruuu. Err... Ada paham??


P/s: hari ni nak kena jumpa CT lak. Mungkin dia dpt bgtau doctor, apa masalah saya. Hmmm

Thursday, April 28, 2011

Cucuk sana.. Cucuk sini

Hari ni hari kedua saya kat spital. Awal2 pagi nurse dah dtg cucuk saya tuk test TB. Kalo bengkak melebihi bulatan yg derang buat tu, mybe saya ada TB. Mybe la. Tp saya rasa tak. Sampai skrg tak de tanda2 bengkak pun.

Mtt


Pastu, lepas lunch td, dtg lagi dua org nurse. Cari urat nak buat saluran untuk masukkan aktibiotik kat tangan saya. Tapi cucuk2 tak berjaya. Urat saya halus sangat kata derang. Aduhhh.. Sakit oooo.


Cari


Sbb tak berjaya, derang proceed cari urat kat lengan lak. Dapat pun. Tp masih kecik, cuma tak la sekecik td. Cuma kata derang. Nnt lepas masukkan ubat, saya kena luruskan tangan selama setengah jam. Oooo seksanyaaa... Urat BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saya kan...

Nak update macam2. Tp tulah, netbook saya rosak. Rosak teruk. Hard disk la crash. Crash tau bukan crush. Paham??? Tak paham tak pe. PC kat rumah mmg saya jarang sentuh. Tak suka buka PC. Tak minat tengok skrin besau2. Jadi, sekarang saya update pakai henpon. Pun tak best jugak. Sbb kecik sangat. Tak puas nak taip. Pastu nak letak gambar, tak leh nak edit gambar tu letak frame ngan url blog. Besar tak suka. Kecik pun tak suka. Yg sedang2 gak best ;)

Oh ya, sekarang saya kena admitted kat ward. Boringnya, makan ubat jadi ngantuk, pastu tido. Bila bangun jadi lapar, so makan. Jadi keja saya cuma makan, tido dan makan. Bosan amat dan rindu anak sangat2. Doakan saya cepat sembuh yer.

Friday, December 3, 2010

Kurang sihat

Lately ni aku asyik kurang sihat. Mungkin faktor usia kot...hehehe. Baru2 ni aku batuk teruk gak la. tapi aku ni mmg jenis tak suka makan ubat batuk. Sbb kalo makan alamatnya aku akn pengsan je la. Buatnya anak aku nak nyusu tgh malam sape nak bagi kan?? sbb tu la aku tahan diri aku dari makan ubat2 yg membuatkan aku ngantuk.

Tapi tiba2 satu hari tu, aku rasa mcm ssh sikit nak nafas. Saja la update status kat FB tya pendapat org kenapa kan?? Ada member jawab mybe sbb kolesterol kot. Hmm..logik jugak. Walau aku ni kurus, tapi sllnya mmg org kurus banyak kolesterol. So aku pun pegi la klinik nak check. Bila doc cek tu, dia cakap paru2 aku ada kahak, so, dia kategorikan aku sebagai pengidap mild bronchitis. *Papppp* aku tepuk dahi...dalam hati dok pikir..ish..takkan pas ni nak kena amik neb kot?? Tp doc tu cakap, tak pe..dia bagi ubat makan dulu. Tapi ubat tu ada side effect sikit, pas makan katanya, aku akan mengalami kegigilan selama satu jam...wahh!!! ngeri gak dengar. Dia cakap lagi, makan ubat ni dulu, pastu khamis datang balik, "saya nak cek condition awak pastu."

Bila aku makan ubat tu. Aku bukan mengalami tahap kegigilan selama sejam. Tapi aku rasa aku biol selama hampir 10 jam. Ishhh..giler kuat ubat tu...buat aku rasa "high" betul. Pas makan kul 11 malam aku tido..pastu tak leh buka mata dah. Rasa peningggg!!! sok pagi solat subuh pun sambil pejam mata. Terus sambung tido balik. Bangun balik kul 8 pg igtkan ok..tapi jari jemari aku masih menggigil2.

Malam khamis baru2 ni, aku pegi balik klinik tu, bgtau la aku tak boleh nak abihkan ubat tu. Sbb ubat tu buat aku jadi kurang waras. So pas doc tu cek semua...dia cakap lung aku dah improve...hehehe..tp dia kata tak pe tak payah sambung ubat tu. Dia bg ubat baru yang berupa gas penyedut...phewww..selama hampir 29 tahun aku hidup kat bumi ni, ni kali pertama nak kena sedut2 ni. Sedut benda ni sampai aku dah stop batuk.




Sedut pun sedut la doc, asalkan baik..dan tak buat aku high lagi...then aku request kat doc tu suh buat kolesterol check up kat aku. Makanya malam ni aku kena posa start kul 10 mlm. Sok kul 8 amik darah. Doakan aku sihat yer kawan2 :)

Monday, October 4, 2010

sakit mata

Hari ni saya MC.
Penat je bangun awal siap2 g opis. (mcm leh bangunlambat pun) Tup2 kena MC. terpaksa balik sendiri naik LRT lak tu..owh penatnya jalan kaki...

Yer kawan2. Mata saya ni dah byk hari merah. Igtkan sebab penat ke apa kan. Tp bangun pagi td belek2 kat cermin, rasanya mata ni dah tak merah sangat dah. Dah ala2 fink dah.. so igtkan tak de apa2 la kan. Rupa2nya, jangkaan saya meleset. Sampai je kat opis td, member tegur mata merah lagi. Sib baik kat opis saya ni ada klinik tuk staff. Saya jadi org pertama kat klinik tu ari ni..*tepuk..tepuk*

Masuk je bilik doctor. Tanpa di soal siasat. Terus dia cakap.
" Eh..naper u datang opis ni?? gi balik. Sakit mata tu. Ni amik MC ni tuk 2 hari. Gi balik rehat."
"2 hari doc??" *ceh tanya konon..padahal sukerrr*

Naik opis, packing henbeg *cheeewahhh*  apa lagi..calo bette la..tapi kena la sms suami dulu bgtau saya balik naik lrt kan. Kang tak pasal2 dia igt wife dia kena kidnap lak sbb tiba2 je ilang dari opis, padahal datang sama2 kan??

Masa tgh jalan kaki dr stetsen LRT ke rmh. Mcm2 plan dah pk nak buat ni. Nak kemas rumah, lipat kain baju, mop lantai,lap kipas segala. Tapi sampai je rmh. Nmpak katil memanggil lak..arghhh sudah..tak leh layan. Bangun. On PC..ni la keja saya..bila la nak buat keja rumah ni.

Eh ok la..nak buat keja rumah la..kang banyak lagi terbengkalai. Lupa lak nak cakap. Doc kata saya kena conjunctivitis. Doakan saya cepat sembuh yer..adios..amigos!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...