Percubaan pertama kalinya mengupdate blog dr tipon. Jakun jap. Berjayakah tidak???
Hari ni masih kat rmh. Terpaksa cuti sbb sekolah anak2 tutup. So, tak buat apa2. Cuma rehat2 je.
Monday, January 31, 2011
Nasi Lemak Tanglin
Hari ni seharian hujan lebat. Mmg sepatutnya malas nak kuar. Tapi ntah macam mana tetiba pagi td rasa berkobar2 nak kuar jugak cari breakfast. Konon2, plan asal cari je la area2 rmh ni.
Tapi bila masuk dlm keta semua plan asal jd berubah. Penah satu kali tu, suami aku ajak breakfast nasi lemak Tanglin. Tapi aku ni bukanla penggemar nasik lemak yang tegar, so aku tolak bulat2. Tetiba pagi tadi, bila suami aku tya nak makan kat mana?? ringan lak mulut aku jawab jom pi nasik lemak tanglin tu. Tanpa byk cakap, encik suami drive je. Tapi, kena singgah mamak dulu la, tapau roti canai kat bang long, sian lak dia nnt tgk kami makan je.
Selesai tapau, dlm hujan yg merenyai tu, kami teruskan perjalanan ke Bangsar. Giler kentang la, tak penah dibuat breakfast sejauh ni. Dah la anak2, aku cuma pakaikan baju pakai rumah je. Blasah...janji mak ngan bapak vogue...hahaha...
Sampai,
Payahnya cari parking kat situ. Double park la jawabnya.
Order,
dan terus makan.

see..hujan lagi ni
Seb baik ujan, leh cover baju ngan sweater :)
Sampai,
Payahnya cari parking kat situ. Double park la jawabnya.
Order,
dan terus makan.
Abg long, setia ngan roti canainya
Angah ngan roti jala fav foodnya
Nasi Lemak + Ayam berempah (RM 10.45) mahalkan??
Nescafe O
Overall, nasik lemak dia mmg sedap. Sambal tu tak pedas sgt. Aku suka camtu, Ayam berempah dia pun sedapp...Roti Jala terbaik!!! lembut...Kari ayam nya lak mabeles la. Aku mmg suka. Cuma bg aku harga nasik lemak tu cam mahal la.
Tp bila dah selesai bayar, baru aku pasan ada breakfast combo. Kalo makan nasik lemak biasa plus air teh atau kopi, baru RM 5.45. Ceh!!! camna aku leh tak pasan??? Rugi bayar mahal2. tsk...tsk...
Saturday, January 29, 2011
Kisah si kecil Aina
Pagi tadi, tengah aku bersiap2 nak ke opis, muncul la Aina dari depan terus masuk ke bilik aku. Masa tu aku tengah pakai tudung. Terus Aina tanya aku
"tudung Aina mana??"
"Aina nak pakai tudung ke?"
"ye la, Aina nak pakai"
Terus aku amikkan anak tudung yang kebetulan sedondon dgn warna baju taska dia. Wahh!!! kemain seronok lagi muka dia, terus pegi cari abah dan tanya samada dia cantik atau tak...hmmm tak abih2.
Ntah nape la tiba2 dia nak pakai tudung pegi sekolah hari ni. Agaknya mimpi jumpa Maher Zain kot malam tadi. hehehe

cun tak??

Friday, January 28, 2011
Sedetik lebih
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
p/s: I LOVE u so MUCH my lovely hubby
Thursday, January 27, 2011
Kek
Semalam secara tiba2..kelihatan sebijik cheese kek diletakkan bersebelahan workstation aku. Dari pagi sehingga hampir tengah hari, tak terusik pun kek tu. Tak sape pun berani sentuh..semua lalu cuma memandang sepi je..ish...aku nak mulakan malu la plk..walaupun aku tahu sape yang letak kek tu kat situ. Dah agak lama bersabar, lantas aku mencuit rakan sebelah.
"Psst....Ret, tu ada kek..Yazrul bawak...jom la buka..dah lama kat situ"
"Dah lama?? apsal aku tak tau??...jom2"
hehehe..misi berjaya!!!
Tetiba...hari ni ada sebijik kek Tiramisu plk...ish2...gemuk la kami kat sini kalo hari2 makan kek. Anyway thanks Yazrul. Sedap sungguh kek hasil buatan tangan beliau. Patut la ramai yg order. Korang, kalo nak order, silakan. Di jamin sedap dan memuaskan hati. Nyum2...

inilah rupa Cheese kek tersebut.
Inilah rupa tuan pembuat kek. Yang lelaki tu ok..bukan ppuan tu..
Yg ppuan tu cuma kawan aku, tukang potong kek...hahahaa
Tetiba...hari ni ada sebijik kek Tiramisu plk...ish2...gemuk la kami kat sini kalo hari2 makan kek. Anyway thanks Yazrul. Sedap sungguh kek hasil buatan tangan beliau. Patut la ramai yg order. Korang, kalo nak order, silakan. Di jamin sedap dan memuaskan hati. Nyum2...
Kek Tiramisu yang lazattt
P/S: Makan kek leh gemuk ke??? tp...apsal aku tak gemuk2 pun??? hmmm
Wednesday, January 26, 2011
Bila Purnama Mengambang
Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Atas pemberian Nya
Hidup aku sekarang
Ceria....
Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang menyedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu
Hilang semua rasa benci
Melangit ku dipuji
Menjelma semula saudara
Walau dulu pernah
Sengketa....
Kini kedepan bertanya berita
Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang
Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma
Tidak tergoyah keimanan ini sayang
Walau selautan kasih yang engkau berikan
Kepadaku itu tidak ikhlas
Ingin ku ketepikan rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia
Bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria
Yang lebih utama
Terus membuktikan
Kukuh kedudukan
Usung kejayaan
-Ukays-
P/S: Terima kasih Ya Allah...dugaanmu memberi kekuatan padaku :)
Tuesday, January 25, 2011
Persamaan Amirul dan Pak su
Semalam Amirul a.k.a abg long dah dapat buku teks. Makanya, beg dia hari ni adalah penuh dan berat ngan buku2 teks dan alat tulis serta baju KAFA lagi. Bayangkan hari ni je dia kena bawa 5 buah buku teks, seb baik buku teks zaman sekarang tak tebal macam buku2 zaman aku sekolah dulu. Kalo tak sian anak aku tu dok kena ngusung beg berat2.
Selalunya, dalam beg tu aku letak sekali bekal makanan waktu rehatnya nnt. Ala, bukan bekal apa pun, roti canai dia je la. Tapi disebabkan beg dah penuh sendat ngan buku2, terpaksa la aku asingkan bekal makanan dia hari ni dalam paper beg yg lain. Hari ni jugak dia kena pakai baju sukan, so terpaksa aku letak songkok tuk kelas petang nnt dlm paper beg yang sama.
Eh!!! Apa motif tajuk entry ngan citer aku ni??? ada2..sabar...kalo rajin, teruskan pembacaan yer.

Ini Amirul
Ini Paksunya aka adik bongsu aku
Nampak persamaan derang?? tak nampak kan??? sebelum ni aku pun tak tahu, tp pagi ni baru nampak dan sedar yg depa ada persamaan.
Mcm ni ceritanya, pas aku hantar Amirul kat sekolah, kiss2 dan bye2 dia..aku pun gerak la nak jalan kaki pegi opis. Pastu dia panggil
"mama"
Aku benti
"nnt macam mana abg long nak bawa songkok ni pegi rehat jugak??"
lorr..igtkan apa td. Dgn tenang aku explain, "nnt abg long kuarkan songkok dulu, pastu letak dlm kelas, bawak paper bag pegi kantin. Pas abih makan, bwk balik paper bag ni masuk kelas, letak balik songkok dlm ni k, nnt ilang"
"Ok" jawabnya sambil lari2 pegi kat kawan2 dia
Aku geleng2 pala je.
Sampai opis aku cerita la kat encik asben aku, selambe encik asben cakap "hmmm..mcm pak su dia la" hehehe...br aku tau, turun dari paksu dia rupanya.
Eh, nape paksu dia??
Sbb Pak su dia cam tu la. Baik sangattttt!!!...kalo tak cakap tak buat la...tapi takde la sebijik mcm Amirul tu...ala2 je..malas la nak cerita..sian pulak adik aku yg "baik" tu...kan adik kan??? Ya Ampun yer :)
Monday, January 24, 2011
Ladies day out
Tanggal 15 Jan 2011 merupakan satu tanggal keramat bagi aku. Buat pertama kalinya dalam hidup aku. Setelah hampir 8 tahun berumah tangga dan mempunyai 3 org cahaya mata, pada tanggal itulah, diulangi buat PERTAMA kalinya suamiku memberikan keizinan padaku untuk keluar ber "sooka" ria bersama teman2 bujangan.
Tanya kali pertama, jawapan suamiku, "ok" huh!!! aku mcm mimpi...
tak puas ati, tanya lagi kali kedua, jawapan tetap sama "ok...abg tak kisah" ishhh!! mushkil!! aku gosok2 mata..tampar2 pipi, eh sakit la...betul la aku tak mimpi..hehehe..mengong kan??
Anak2 abg blh jaga ke?? tanya aku minta kepastian kali ketiga "iyer..." uishh..bukan tak percaya..tapi agak kagum disitu..terima kasih banyak2 kat suami aku. Sudi jagakan anak dari kul 7.30 pagi sampai 6 petang. Lama tu...
Sebenarnya, plan ni pun takde la dirancang hebat sangat pun, saja suka2 diusul oleh Ret, dan tak sangka plan last minit tu menjadi. Maka, gigihlah kami memanjat Genting Hingland di awal2 pagi. Sampai sana ngam2 outdoor theme park tu baru nak buka. Orang pun masih tak meramai...so apa lagi..main je la. Aku ni, masa bujang, tak de la merasa nak naik game2 kat sana nun...almaklumlah..sat sangat aku hidup membujang kat KL ni. So, mmg agak gerun la nak mencuba game2 yang ada kat sana. Tapi kerana dipaksa rela oleh kawan2 aku, maka aku memberanikan diri jugaklah naik apa2 yg patut.. kira aku dah berjaya la mengawal ketakutan aku pada hari itu...hehehe..thanks kat Ret dan Sri. Tanpa korang, tak mungkin impian aku jd kenyataan.
Aku malas nak tempek gambar byk2 kat sini. Korang, kalo nak tau detail, gi lah baca kat blog kawan aku ni..dah berzaman pun dia update, aku je malas. Siap bersiri lagi :)
Overall, hari tu aku sangat2 enjoy. Tapi masih igt batasan. Tak lupa diri. Masih igt aku ni isteri dan ibu pada anak2 aku. Enjoy2 jugak, tp tetap call anak2, tya derang dah makan lom. Maklum lah pes time pisah jauh sikitttt dari derang...hehehe..poyo kan??
p/s: kawan2...ada next trip lg kah pas ni??
p/s/s: Suamiku...boleh lagikah isterimu ini keluar lagi kali ni...err...mybe ke Universal studio spore lak ke??? heheheh...*lariiiiiii*

Dah sampai!!!
menumpang kasih ngan keta Sri. Sbb aku tak tau jalan, aku dok dendiam kat belakang.
paling suka ngan gambar ni...err..bukankah aku yg paling penakot??? tapi apsal korang lak meyelam???wakakaka
Aku malas nak tempek gambar byk2 kat sini. Korang, kalo nak tau detail, gi lah baca kat blog kawan aku ni..dah berzaman pun dia update, aku je malas. Siap bersiri lagi :)
- http://anakomak6.blogspot.com/2011/01/aktiviti-hujung-minggu.html
- http://anakomak6.blogspot.com/2011/01/kota-keriangan-sambungan.html
Overall, hari tu aku sangat2 enjoy. Tapi masih igt batasan. Tak lupa diri. Masih igt aku ni isteri dan ibu pada anak2 aku. Enjoy2 jugak, tp tetap call anak2, tya derang dah makan lom. Maklum lah pes time pisah jauh sikitttt dari derang...hehehe..poyo kan??
p/s: kawan2...ada next trip lg kah pas ni??
p/s/s: Suamiku...boleh lagikah isterimu ini keluar lagi kali ni...err...mybe ke Universal studio spore lak ke??? heheheh...*lariiiiiii*
Sunday, January 23, 2011
Luahan hati
Dah terlalu lama ruangan ini dibiarkan kosong dan sunyi....sepi...sesepi hati ini. Arghh...kesihatan diri juga tidak menentu kebelakangan ini. Saat jari jemari menaip pantas di skrin ini, kepala ini masih terasa beratnya, nafas ini masih terasa sekatnya, tekak ini masih terasa peritnya, dada ini masih terasa sempitnya, badan ini terasa amat lemahnya. Arghh..sungguh nikmat jika kesihatan yg dikurniakan di tarik sekelip mata. Bersyukur kerana Allah memberikan dugaan yang tak seberapa ini kepada hambanya yang lemah ini.
Maafkan diri ini buat semua yang terasa. Kekadang aku rasa perlu menyendiri, perlu mencari ketenangan diri. Mmg dari kenalan rapat, aku seorang yang happy go lucky, tapi aku juga manusia kerdil yang tak dapat lari dari musibah yang menimpa diri. Dari itu, aku mohon kalian, berikan aku masa dan ruang, agar aku dapat menenangkan hati, membersihkan diri, bukan niat untuk melarikan diri, cuma sekadar merehatkan minda dan hati.
Memang, di awal2 lagi sudah ku war2kan aku adalah insan yang sukar difahami. Tak percaya??? lihat saja pada FB aku, bukankah sudah tertera di situ, aku menulis bahawa aku adalah manusia yang sukar difahami??? bukan hanya korang yang sukar memahami diri ini, hatta diri ini sendiri kadang kala tidak dapat memahami diri sendiri. Pelikkah?? Ganjilkah?? Anehkan??? entahlah...aku sendiri gagal mencari jawapan2 pada soalan yang aku sendiri tanyakan ini.
Maafkan sekali lagi pada kekhilafan ini. Pintaku, janganlah cacian, makian mahupun perlian diberi pada insan kerdil yang hina ini. Aku hanya manusia biasa. Maafkan aku sekali lagi. Terima kasih pada insan yang sudi memberi teguran pada diri ini, kerana teguran itu, aku merasakan bahawa diri ini masih ada insan yang menyayangi. Jujur aku akui, aku sangat menghormati pada insan2 yang sudi memberi teguran pada diri ini. Kalian tahu siapa kalian. Terima kasih tak terhingga. Cuma pintaku, berikan sedikit lagi masa dan waktu bagi aku menenangkan hati dan fikiranku yang agak kusut ini.
Salam sayang dari aku buat kalian semua.

Thursday, January 6, 2011
Emosi Aina
Sekarang ni, kat sekolah Aina dah ada sistem baru. Setiap hari, cikgu Aina akan catitkan apa yg derang belajar, derang makan dan paling penting emosi derang sepanjang hari tu.
Untuk hari pertama dan kedua...aku dapat tgk Aina ni pagi2 mesti masam...tp bila sampai petang n waktu makan..kemain suka dia. Kenapa dia masam waktu pagi??? Sebab Aina liat nak bgn pagi, hari pertama sekolah br2 ni, puas aku kejut dia, tapi selamber je dia tak nak bangun, pasang lagu nyanyian BF dia pun dia leh bangun jap, amik henpon dan baling jauh dr dia, pastu dia sambung tido...lorr tak jalan gak (gaduh ngan BF ke Aina??) Last2, aku just tukar baju dia je, tak mandi pun...biar la.
time petang ngan time makan, mesti la dia suka...petang dah nak balik kan??? time makan pulak sape yg tak suka?? ermm Amirul sorang je kot tak suka, sbb dia tak tau nak makan apa..tak de pilihan, kalo kat tadika dulu, org lain makan sedap2, dia ngadap biskut tiger dia je. sian Amirul...

ulasan hari pertama...
ulasan hari kedua
Tapi untuk hari ketiga semalam, dari pagi sampai petang mmg Aina sangat2 ceria. Takde masam2 dah. :)
Wednesday, January 5, 2011
Kenangan zaman kanak-kanak
Malam tadi, aku amik buku2 latihan Amirul sebab nak tulis nama dia. Tiba2, terlintas satu kenangan zaman kanak2 dulu...terus buat aku tersenyum dan teringat nak coretkan kat sini.
Kenangan ni melibatkan aku dan abang aku. Dari kecik, mmg aku sangat rapat dengan abang aku ni. Maklumlah abang aku sorang je, dia yang sulung. Nombor 2 kakak aku, tp sebab kak aku ni pendiam sangat, mmg agak kurengg rapat dengan dia. Dia selalu dalam dunia fantasi dia sendiri.
Masa tu aku darjah 3, abang aku pulak tingkatan 3..beza umur kami 6 tahun. Beberapa hari sebelum bermula sesi persekolahan yang baru, aku pun minta tolong jasa baik abang aku untuk tuliskan nama aku kat buku2 latihan yang abah aku baru beli.
"bang mie, tolong tulis nama aku kat buku, tulisan hang kan lawa"
"tulis la sendiri"
"alaaa...tolong la...tulisan aku tak lawa"
"ok, aku tulis, tapi aku nak tulis nama hang Siti Nur Farihah"
"Suka hati hang la bang mie"
Sebab abg aku ni mmg suka bergurau, so..aku mmg tak amik port sangat apa yg dia cakap..sbb selalunya dia cakap je..tapi dia tak buat....
Selesai dia tulis nama aku kat semua buku2. Dia pun cakap... "ok dah" aku pun tanpa periksa dulu ejaan nama aku, terus aku senyum dan say thanks kat dia..dan terus masukkan buku dalam beg. Masa tu dah ngantuk pun, kena la tido kan.
Pagi2 hari pertama persekolah , Cikgu kelas aku masa tu Cikgu Siti Fatimah, dia bagi latihan, so aku pun amik buku latihan kosong tu dan terus buat keje yg cikgu suruh. Selesai buat, aku terus hantar kat cikgu. Selesai cikgu cek keja aku, dia pun tutup buku aku dan terkebil2 mata dia pandang nama aku. Aku tak kisah lagi masa tu. Tiba2 cikgu Fatimah bersuara;
"Farihah........."
"ya cekgu"
"Nama kamu memang Siti Nur Farihah ka???"
"Eh...tak la....Nama saya Farihah je cikgu"
"Abih tu, awat kat buku ni tulis nama Siti Nur Farihah???"
Cisss!!! bertuah punya abang...dia buat betul2..padan gak ngan aku sape suh tak cek dulu...ni la natijahnya kalo percaya sangat kat abang sendiri.
"err...tu abang saya yang tulis cikgu" sambil senyum2 kambing. Cikgu pun geleng2 pala je la.
Nak marah kat dia pun tak boleh dah..sebab dia dah balik asrama. Nak call dia?? masa tu mana ada henpon...biaq je la..dah dia sorang je abang yang aku ada. :)
p/s: Hang mesti dah tak igt kejadian ni kan bang mie!!!
Buat aku tersenyum :)

Abg mie dan aku...baru perasan kami ada iras..
bentuk muka, hidung dan mulut sama. Mata len sket..heheheh
kak hani...ampun ek...curik gambaq bang mie dlm FB kak hani :)
p/s: Hang mesti dah tak igt kejadian ni kan bang mie!!!
Buat aku tersenyum :)
Tuesday, January 4, 2011
Flat
bukan...bukan nak cerita pasal rmh flat...
ishhh..badan lak...mmg la badan saya ni flat...tapi buat apa nak cerita pasal badan??? biaq la..nak flat ka...kondo ka..apa ka kan?? lantak la...dah tak larat dah nak naikkan badan..tp tetap tak berhasil.. maka...baik jangan berharap!!! Korang2, tolong la jangan ssh2 suh saya naikkan badan ek...bukan saya tak nak..tp badan saya yang tak nak.
Ok...sejak bertukar jadi power rangers ni....eh, bukan2...sejak bertukar jadi ibu yg anaknya bersekolah dekat ngan opis saya ni...saya jadi sangat...sangat.....sangatlah penatnya..pelik sungguh...mula2 mmg tak sedar..tp bila petang menjelang tiba..masa tu baru rasa...penatnya ya Rabbi...mybe sbb masih baru lagi kot.
Naper saya penat??? ok..mai nak citer rutin saya....
Setiap pagi, sampai opis kul 7.10...tp keja saya start kul 8 pagi. Naik opis, swap pas pastu turun lak ngan anak bujang saya..menapak hantar dia pi sekolah...salam2..kiss2..bye2...saya jalan balik ke opis..terus pulak perjalanan ke "kupang" (nama tempat makan kat opis) utk breakfast. Masa tu, saya tapaukan 2 keping roti canai buat bekalan waktu rehat anak teruna saya. Pastu terus naik opis.
Kul 10 pagi, turun balik...menapak lagi ke sekolah bersama bekalan makanan di tangan. Sampai sekolah, tggu dia makan jap. dalam 15 minit, abih makan...salam2 lagi...kiss2 lagi...bye2 lagi...dia lari naik kelas..saya jalan kaki pi opis.
Kul 12.30, tapau nasik kat saya, beli biskut kat dia...jalan kaki lagi pi kat dia...dia makan biskut, saya makan nasik..sambil2 pujuk suh makan nasik..tp tak jalannnn....dia sudah makan..saya belum sudah...dia gi lari2 main ngan kawan2, saya masih makan...abih makan..ajak dia pegi keta, amik baju...tukarkan baju kelas agama kat dia pulak..masa tu dah pukul 1.30 ptg. Selesai kemaskan dia, pukul 1.45 ptg...salam lagik...kiss lagik...bye lagik...terus dia lari pi kat kawan2...saya menapak slow2...naik opis...berpeluh jugak la...
Pukul 4.30 ptg, encik suami pi amik dia..dan hantaq kat saya..saya dah tak larat nak pi amik dah...jauh gak jalan tu..terbakar jugak la kalori saya dok ulang alik tu. Kul 5 ptg, balik rmh.
Hari ni, sampai rmh dah kul 6 ptg..tak pernah2 saya tido bila balik dari opis. Tp hari ni, tak tahan sangat... saya dah nampak katil saya panggil2 saya suh baring...tak tggu lama...kedebummmm saya baring... Aina datang kacau, saya cakap, tlg mama adik...mama penat..bg mama tido 5 minit je...Aina paham,dia kuar kacau abg2 dia plk..dapat la saya lelap dlm 10 minit..pastu Aina datang bawak hasil laburannya yg sungguh kuat berbau hingga menusuk hidung saya dan mengganggu tido saya. Bangun la saya, bawak dia masuk toilet, bersihkan dan mandikan dia...kemudian baru saya selesaikan diri saya...penatnyaaa!!!
Abang2 Aina??? mandi sendiri la anak2...mama korang dah Flat...sekian...
p/s: saya cuma free hari Jumaat..sbb anak saya g solat ngan abahnya...so, kawan2, dating ngan aku cuma available hari Jumaat, lunch hour saja..sila booking aku awal2..hehehe

makan roti canai

kemain suka dia

Monday, January 3, 2011
Hari Pertama ke Sekolah
Hari ni 3 Jan 2011. Hari pertama bg anak sulung aku mendaftar secara rasminya sebagai pelajar darjah 1. Awal2 lagi aku dah pesan dia
"Bang long...jangan nagis tau"
selamber dia jawab "buat apa nak nangis??"
Ok..bagus kalo dia tak nangis. Nampak dia mmg super excited. Kejutkan dia pagi td pun mmg senang. Rupanya, masa hantar mmg betul dia tak nangis..tapi si Angah pulak menangis sbb terpaksa berpisah dgn abg dia..maklumlah dah setahun satu kelas ngan abg dia..tiba2 kena berpisah...syahdu la..Angah dah la sentimental..
Mulanya aku igt aku tak perlu cuti, sbb igtkan semuanya dah selesai masa hari orientasi 20 Nov 2010 lalu. Rupanya salah...yuran yang aku bayar dulu tu cuma yuran pendaftaran. Hari ni macam2 yuran lagi kena bayar...Yuran sekolah pagi je dah RM 74.50, yuran KAFA pulak RM 308.40...perghhh...pakai banyak duit jugak rupanya daftar anak sekolah ni. Ni baru sorang...lagi 2 tahun, angah pulak..pastu next two years...Aina pulak sekolah....ish2...byknya belanja utk anak2 kan..takpe la..dah itu tanggungjawab kita kan..bayar je la.
Penat betul aku hari ni, sehari suntuk kat sekolah tu nak uruskan semuanya. Mula2, dgr taklimat, pastu derang masuk kelas. Ktorg mak bapak kena Q kat luar tuk bayar yuran. Dapat mak bapak yg jenis byk soal..mmg lenguh gak la berbaris tu. Selesai tu, time rehat derang, mcm biasa...aku belikan roti canai tuk amirul makan...kena la temankan dia..sbb kat sekolah dia mana ada jual roti canai..sian anakku ni.
Pastu kul 1.05 ptg. Amik dia, dan bawa dia g makan..eh..dia tak makan..aku yg makan...pastu kul 2 pegi sekolah balik..dgr taklimat sekolah KAFA plk. Tggu derang masuk kelas..pastu kena Q lagi bayar Yuran KAFA plk...yg ni lagi lama...aku rasa mcm nak pengsan dah masa Q tuk bayar yuran tu..sabar je la...nnt mesyuarat PIBG sok..mcm2 aku nak usulkan...tggu je la..penat wehh....
Last2...kul 4 baru selesai semua..terus balik rmh la...flat betul satu hari ni...sok, mula tugas baru lak...

muka heppi je..pagi2
angah dah start moody dah, sbb baju sekolah dah tak sama kaler

Saturday, January 1, 2011
01012011 = 1111
Selamat menyambut tahun baru Dua ribu sebelas (2011) untuk semua.
Semoga tahun baru, memberikan seribu satu makna baru buat kita.
Semoga, apa yang kita hajati, akan kita perolehi pada tahun ini.

P/S: tiada apa yang istimewa..setiap hari adalah sama sahaja..tak kira tahun baru atau tahun lama, semoga kita berjaya merubah sesuatu menjadi yg lebih baik di hari muka.
Subscribe to:
Posts (Atom)