Monday, May 31, 2010

JASM Team Building @ Shangri La Putrajaya


Phew...selesai sudah Team Building yang dinanti2kan. Erk..nantikan ke?? Ekcelli, dah lebih seminggu pun setel. Tapi tu la. Mood nak update blog, skit la punya malas. Time rajin nak updet tu, ko jangan tegur lebih2. Kang bila datang sifat malas ni, berzaman la nak updet kan??

Tp tu la. Bila dah lama sangat, rasa cam dah basi lak nak updet. Tp kalo korang rajin sgt nak tau aktiviti2 masa team building tu, dan nak tgk  muka2 aku dan kawan2, sila lah tanpa malu dan segan klik kat link2 kat bawah ni. Kawan aku yang sorang ni mmg la super duper rajin updet. Credit tuk beliau :)




So, aku cuma nak citer tempat penginapan aku masa tu. Kat Shangri La Putrajaya. Tempat dia ok. Bagi aku, best la..sbb free kan. Paling penting makanan dia..sungguhhhhh la sedappppppp. Hmmm..teringat2 lagi kesedapan makanan2 kat situ. Dari Breakfast sampailah ke dinner, semuanya sedap. Aku tak jumpa satu pun yang tak sedap. Tapi tu la, rugi kalo jadi macam aku. Tak reti nak makan byk2. Perut cepat je penuh, so saper2 nak belanja aku buffet, inform la aku awal2 k. So, leh la aku puasa 6 jam sebelum makan. Kalo tak, rugi je bayar mahal2 tuk bg aku makan. hehehe.

Dek kerana kesedapan makanan yang melampau tu, makanya, maafkan aku kerana sekeping gambar makanan pun aku tak amik. Tu mmg membuktikan bahawa makanan tu mmg betul2 sedap kan? terlalu asyik makan, sampai lupa nak amik gambar. Thehehehe.

Tapi tak pe, meh aku jamu korang gambar bilik dia pulak. Aku dok bilik 217. Masuk2 je bilik, korang akan jumpa toilet dulu. Pastu br jumpa tempat beradu. Bilik dia agak besar la utk 2 org. Gambar pertama tu korang nmpk kabinet tu kan?? Act dlm, tu terletaknya tv dan segala 3 in 1 coffee,nescafe gold dan juga tea. Pastu dlm meja study tu, atas meja dia..ada ruangan yang bila dibuka ada cermin, dan dalamnya terletak hair dryer. Tapi mcm aku pakai pun. Dan mcm biasa, ada LAN connection kat situ.

Bantal tidurnya pulak..alahaiii..empuk betul. Tapi walau seempuk mana pun bantal tu. Mata aku ssh gak nak lelap. Dok igt, anak2 aku leh tido ke tak?? Tapi rupanya..derang ok je. Aku je over keseorangan di situ.




Eh, belum citer psl toiletnya. Mcm biasa, toilet 5 star hotel, mesti luas dan sgt selesa. Ada bath tub jugak. Tapi sbb masa tak mengizinkan. Mana la sempat nak berendam lama2 dlm tu kan?? Mmg tak berendam langsung. Yang best toilettries dia..pelbagai jenis, even hair band pun dia bagi. Yang tu aku belum jumpa di mana2 hotel lagi. Kalo setakat sabun dan shampoo biasa la kan.




Ok lah, mari kita akhiri entry kali ni dgn gambar kami beramai2. Semoga kita boleh bergumbira lagi di aktiviti team building di tahun2 akan datang.   :)

Friday, May 21, 2010

Hati gembira

Kalau rasa gembira tepok tangan
Kalau rasa gembira tepok tangan
kalau rasa gembira
begini lah caranya
Kalau rasa gembira tepok tangan.

Hehehehe...macam2 perangai manusia kan. Apa2 pun aku GEMBIRA je...sapa nak join meh cepattt :)

Thursday, May 20, 2010

Haishhh..dia datang lagiiii

Dear JASMians,


i) - Bus will leave from lobby C at 6.45 am on Saturday
ii) - For those who are going on your own transportation, please be at the hotel by 7.30 am.
iii)- Staff are required to wear the yellow T-Shirt.provided
iii)- Place all your 'things' inside the meeting room before check-in


Thank you

Sepanjang minggu ni. Email opis aku dipenuhi email2 yang berasaskan persiapan sempena Team Building ni je. Dari sehari ke sehari, perasaan aku semakin gundah gulana. Bukan tak suka team building ni. Tapi aku tak suka bila kena bermalam di sana. Terpaksa tido tanpa anak2 aku. Ishh..aku mmg tak de alasan kukuh nak tolak. Kalau mcm 2 tahun lepas, aku dpt excuse sbb tgh ngandung. Tapi..tahun ni mana leh dah. Nak tak nak..kena la pergi walau dgn langkah yang berat.

Ishh..bila dok hitung2..cuma ada beberapa jam je lagi aku terpaksa berpisah semalaman dgn anak2 aku. Mampu ke aku nak tido malam tu?? Ishh mesti korang cakap ayat aku ni cam poyo je kan. Tapi itulah kenyataan. Walau anak aku dah 3 org. Tapi aku masih tak leh nak berpisah ngan anak2 aku, tambah2an waktu tido. Masa anak2 bujang aku nak split bilik tido ngan aku pun..dah mengalir air mata aku tahan sedih, sampai suami aku pun pelik. Inikan pulak nak berjauhan dari rmh. Tapi aku kena tabahkan hati.

Semoga aku berjaya mengharungi malam yang panjang tanpa anak2 disisi.

Wednesday, May 19, 2010

Home Deco Talk with Eric Leong



Jumaat lepas, aku dan geng tak keluar cuci2 mata seperti biasa time lunch hour. Semua ni gara2 Eric Leong. Siapa Eric Leong?? Takkan korang tak kenal kan. Dia kan salah seorang pendekorasi yang terkenal kat Malaysia ni. Dan buat pertama kalinya dia dengan berbesar hati sudi datang ke opis aku untuk talk show ini secara PERCUMA..diulangi PERCUMA..wah..sungguh baik hati la itu encik Eric Leong.

Masa 2 jam yang diberikan utk dia bercakap, mmg la sangattt tak terasa, Semua orang yang datang dengar tu, masing2 macam mengeluh bila tengak jam dah kul 2.30pm. Tanda lunch time dah abih, dan masing2 kena balik buat keja. Aku dan kawan2 mmg tak sia2 pergi dan duduk kat barisan palingggg depan..giler tul kitorang. Tak penah2 dalam apa2 talk muka kitorang kat depan. Kiranya tercatat dalam sejarah la.

Eric ni..sangatlah peramah plus very hyper active. Tak dok diam sungguh bila dia cakap tu. Ada je nak gerak ke sana ke mari. Nak amik gambar pun susah. Gegarrr je. Dan paling aku suka..very kelakar. Sebab tu tak bosan dan masa 2 jam tu mcm 20 min je.

Ok2..Panjang lak celoteh pengenalan aku. Sebenarnya aku tak berapa rajin nak tulis details tentang apa yang dicakapkan oleh Eric ni. Tapi paling Basic, sebelum korang nak renovate rumah korang. Korang mesti ikut 8 step yang ditunjukkan Eric dlm slide show dia ni.


-Interior design
-Colour Scheme
-Feature Wall
-Furniture


-Lighting
-Soft Furnishing
-Decor Accessory
-Candle and Flower


Kata Eric, dlm rancangan deco bersama eric tu, RM50k telah dibelanjakan untuk setiap pemenang, dan dia apply kesemua 8 konsep ni dan memakan masa selama 8 jam utk setiap dekorasinya. Hebatkan. Bila la agak2 aku leh menang peraduan ni. Lepas abih dia ajar, dia tunjukkan pulak kami dengan hasil2 rumah yang telah dia decorate. Dan kebanyakkan darinya..eh aku rasa kesemuanya kot, aku dah tgk dlm Rancangan Deko bersama Eric. Maklumla, aku ni suka betul hasil kerja tangan dia, teringin gak nak buat tuk rumah aku, tapi aku sedar diri..aku belum mampu..doakan moga impian aku bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.  



 Last sekali sebelum balik, Eric dapat cenderahati dari pihak kami sebagai penghargaan.



Thank you Eric. Harap dia datang lagi dan berikan lebih banyak tips kat kami. Eh, untuk korang, kalo nak tahu detail pasal tips Eric ni apa kata baca kat blog kawan aku ni. Dia ni rajin betul menulis. Boleh dikatakan 80% apa yang eric sampaikan hari tu dia dah blogkan. TQ ret :)

Subway - Lunch yang sihat

Entry ni adalah super duper punya lama aku nak keluarkan. Maklumla..aku kan terlampau kosentret kat entry anniversary aku tu. Tapi nak kata lama pun..tak lama sangat kot. Lebih kurang last week je. Kitorang together2 berjalan menuju ke Sogo plan asalnya. Sbb ada sorang kawan aku tu teringin sangat nak makan Yong Tau Fu. tapi dipertengahan jalan,sorang lagi kawan nak ada urusan di CIMB lak. Dah alang lalu kat situ. Kami pun sepakat nak try menu yang sihat di Subway.




2 Orang kawanku sedang sibuk order @ bergossip nieh?? Aku cam biasa..jadi jaga. Jaga tempat. Aircond kat situ, punya la kuat..sejuk betul. kalo lama2 dok situ mau beku kot.


Inilah menu kami pada hari tersebut. Tapi sebab teruja makan untuk pertama kalinya, Aku lupa nak snap gambar isi kandungannya. Apa2 pun bagi penggemar sandwich, bolehla try. Bagi yang nak diet pun leh cuba. Tapi org mcm aku yang memang kena makan nasi time lunch, kurang sesuai la makan benda ni. Kalo tuk tea break, maybe leh dipertimbangkan.

Anyway, tahnks a lot Sri sbb sudi belanja makan Subway ni. *wink*

Tuesday, May 18, 2010

Kami diterjah...

Kami selamat sampai ke rumah dari bukit tinggi petang tu jugak. Selesai Asar, aku cuba merebahkan diri di atas katil yang tak berapa empuk tu. Anak2 lak kat hall tengah bermain2 dan menonton tivi. Tak sampai 15 min cuba nak lelapkan mata, telefon aku berdering, dgn malas aku keluar dan jawab telefon. Panggilan dari kak Hani, kakak iparku tak sempat kujawab. Baru tersedar ada mesej drnya. Tengah terkial2 nak reply mesej, kak iparku call lagi.

Soalan pertama dia, aku kat mana?? dgn senang hati la aku jwb kat rmh. Tapi tak sangka lak, tiba2 dia cakap dia dah ada berhampiran dgn rmh kami dan cadangnya nak menyinggah dan bermalam dirumah. Apa lagi, letak je telefon, aku dan suami bertungkus lumus la kemas rmh. Rumah kami pada hari tu sangatlah bersepah umpama tongkang pecah. Elok selesai kemas apa yang patut, depa sekeluarga pun sampai. Phewww..seb baik sempat kemas gak walaupun dgn ala kadar.

Malamnya, dengan bermurah hati Kak hani membelanja kami makan di satay station sempena anniversary kami katanya. Huhuhu..sungguh tak sangka. Dah la datang jauh2 pastu nak belanja kami lak. Apa2 pun musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak kan?? Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 kak hani dan Abg mie, moga rezeki hampa terus berlimpah ruah. Aminn.

Esok pagi2 sebelum derang gerak balik, sempat la anak2 aku dan sepupu2 derang bermain dan bermandi manda sebentar di kolam renang kat rumah aku. Tengok la aksi2 derang kat rmh sebelum  ke kolam.


Bayangkanlah kalo anak aku seramai 6 orang dan kecik2 mcm ni..mau aku tinggal tulang kan? :)


Aksi Aliff dan Hayy *ramai cakap derang seiras* Hayy 2 tahun, Aliff 4 tahun, tapi saiz badan lebih kurang je kan??

 

Gambar Atas, Solihin dan Amirul. Beza umur derang setahun je.
Gambar bawah lak, Aliff, Solihin, Aina, Safiah dan Hayy


Terima kasih sekali lagi kat kak hani dan abg mie sbb sudi terjah. Len kali buat lagi ek.hehhehehe :p

Kami menjejakkan kaki ke sini

Taraaaa...
Akhirnya kami sampai ke sini. Semua ni adalah secara unplanned. Memang dah lama teringin nak ke Bukit Tinggi ni. Maklomla nak gi ke luar negara, den tak mampu. So, cari je la tempat2 kat dalam Malaysia ni yang ala2 luar negara. Tak salah kan?? Negara kita kan banyak tempat2 best.

Aku ingatkan cuaca sejuk dan nyaman la kat atas ni. Tapi, dah nama pun Malaysia kan..panas beb..berpeluh gak la..cuma kadang kala ada gak angin sepoi2 bahasa kat sini.



Nama pun anak-anak. Pantang nampak tempat tuk bermain, nak je menyinggah. Dekat RM20 gak la duit melayang kat sini. mahai tul. Kalo naik kat tesco or Jusco pun tak semahal ni. Tapi demi anak2, tak pe la. Lagipun bukan selalu bawa derang keluar. Aku heppi bila anak2 heppi :)


Jalan2 kat situ best jugak, tak de la besar mana pun kawasan nya. Tak penat la berjalan. Anak2 la paling suka sbb ada angasa yang besarrrr berenang2 di kolam.


Plan pastu ingatkan nak pergi Japanese Village. Elok tunggu shuttle. Pastu tetiba aku rasa malas. Terus ajak suami aku balik la. Tak tahan la nak tunggu dalam cuaca yang panas mcm tu. On the way turun tu, ada Rabbit Farm. Menyinggah la pulak ke situ. Kemain suka lagi budak bertiga tu berkejar kejaran ngan rabbit. Paling berani of course angah, dan paling penakut ialah Abg long. Tapi dah dia asyik tengok angah dan Aina slamber je belai2 rabbit tu, dia pun teringin gak la.. tapi secara takut2 jugak. hehehe


Pas puas main ngan rabbit. Kitorang pun gerak turun tuk pulang ke rumah. Tapi cerita ni tak abis lagiiii..ada lagi situasa yang tak diduga berlaku..jeng jeng..jengggg.

Monday, May 17, 2010

Sambung jangan tak sambung


Alamak..entry anibersari aku lom tamat la..panjang lak episod tahun ni. Tapi semua ni diluar kawalan. Jangan bosan2 baca yer. Kalo bosan gak..apo nak buek kan. Korang kena la baca jugak.

Ok2. Hari sabtu yang dingin tu bersamaan 15 May genaplah 8 tahun aku bergelar pekerja di tempat aku mencari rezeki sekarang. Syukur Alhamdulillah. Yer..yer..aku tau..mesti korang terpikir..yang aku keja belum sampai setahun..dah nikah. hehehe..nak buat camna..dah rezeki berganda :).

Pagi sabtu tu, kitorang anak beranak bangun teramatlah awalnya..Aku pun pelik, selalu kalo hari cuti, sure anak2 akan bangun at least kul 8 pagi. Tapi lain lak weekend lepas..masing2 bagun belum kul 6.30 pagi lagi. Maka lepas selesai solat subuh, melepak la kami anak beranak di depan tivi. Kemudian suami aku men'suggestkan' diri pergi bergumbira di Mid Valley. Dlm hati aku..mid valley?? hmm bolehla..mana leh bantah..kang durhaka pula..hehehe. Maka dgn langkah longlainya..bersiaplah aku. Masa tgh siap2 tu..suami aku mengirimkan sebuah bungkusan melalui anak kecilku Aina. Sungguh..kali ni mmg aku tak de instict segala tuk hadiah ni. Terharu dan malu sangat. Sedangkan aku langsung tak bagi apa2 hadiah pun sempena anibersari ni. huhuhuhu..zalim sungguh aku ni kan??


apa ada dlm ni?? biarlah rahsia :)



Korang nak tahu ke isi kandungannya?? Tak payah la kan..takkan semua nak diceritakan. Nnt takde la keistimewaan pulak kan?? Tapi aku sangat2 suka dengan pemberian dari suamiku ini..Sungguh dia mempunyai taste yang seperti aku idamkan. Terima kasih suamiku *wink..wink*

Sampai midvalley..masing2 muka bosan..tak tau nak buat apa..duduk sekejap je..pastu anak2 ajak balik. Sian derang. Tapi sebelum tu ada gak aku suarakan nak ke sesuatu tempat. Nak tau mana?? sambung bacaan yer.


muka bosan


rehat sat..satgi sambung balik :)

Selamat Hari Guru

Skip sekejap citer aku. Aku nak wish "Selamat hari guru" untuk semua pendidik2 di Malaysia khususnya. Terima kasih juga kepada semua cikgu2 aku dari zaman aku tadika sampai lah ke UiTM. Tanpa jasa kalian, tak mungkin aku berada disini.

Ucapan ini juga aku khususkan utk semua ahli keluarga aku yang bergelar guru. Kakak aku, Ustazah Zaiimah di Sungai Petani, Adik aku Cikgu Imanah di kuala selangor, kakak ipar aku Cikgu Hani Sutina di Taiping dan teristimewa kepada Abah aku, pesara guru Ustaz Haji Ahmad bin Said.

Aku juga sentiasa berterima kasih kepada 2 org guruku yang paling penting dihati ku iaitu ibuku Hajjah Noraini dan Abahku Haji Ahmad. Tanpa didikan dan dorongan kalian berdua. Tak mungkin aku boleh jadi antara insan teristimewa di hati kalian. Terima kasih yang tak terhingga tuk kalian berdua kerana tak jemu2 mendidik dan menegur segala tingkah laku anakmu ini dari aku dilahirkan sehinggalah sekarang.

Saturday, May 15, 2010

Sesi memotong dan makan kek

Eh...tak abih2 lagi citer anniversary aku ni?? Harap bersabar ye kawan2. Macam yang aku pernah katakan, setahun sekali je kan. So, tak salah la kalo bagi aku peluang bercerita bab ni yer. Dan aku rasa..ni pes time cerita aku berlarutan sampai ke tahap ini. hehehe

Ok, seperti dijanjikan. Malam tadi berlangsunglah upacara memotong kek. Kita orang tak gi mana2 pun. Sekadar di rumah dan menyambut bersama anak2, lebih afdhal kan?? Mcm biasa, orang yang paling sibuk, dah tentu anak2..masing2 berebut nak tiup lilin. Tapi derang nyanyi lagu, hepi besday mama dan abah. hehehe..mana derang tau hal2 anniversary ni kan?? Bagi derang, kalo kek..mesti la besday..tak kisah la. Asalkan semua heppi.





Lepas anak2 tiup lilin, mama dan abah lak buat upacara potong kek. Maaf la yer, bagi yang menanti nak tgk gambar aku dan suami kat sini, mmg tak terlaksana la impian korang. Ala..kat rumah je pun..malas la aku nak siap2 pakai tudung, pakai baju tangan panjang semata2 nak amik gambar kan? So, korang tgk gambar tangan kami potong kek dah la yer..hehehe




Lepas potong, apa lagi?? Makan timeee..masa ni orang yang paling hepi dah tentu orang yang paling kuat makan kan?? Tak lain tak bukan..orang tu adalah Angah. Siap chopkan 3 biji strawberi atas kek tu ..dia yang punya. Angah ni mmg suka betul dgn Strawberry. Ice cream strawberi, susu strawberi, yogurt strawberi..pendek kata apa saja yang ada perisa strawberi, dia pasti suka. Tp semua ni aku rasa sbb aku. Masa aku ngandungkan angah dulu, Aku mmg teringin sgt nak makan strawberi, siap kirimkan kat kawan2 yg nak pergi cameron belikan strawberi tuk aku. Padahal sebelum tu aku mmg tak suka pun makan buah tu. Sekarang pun tak suka sgt. Biasa2 je.



Aina pun suka makan gak..bab2 makan ni..mmg la angah dan Aina paling suka. Tgk sampai comot2 muka tu. Sambil makan, sambil tgk kartun, sambil menari2. Mmg pantang betul dengar muzik. Nak menari je kerjanya.


Anak aku yang sorang ni, mmg dah tak reti nak buat apa dah. Kek tu kemain sedap lagi..dia buat derk je. Puas panggil suh makan. At least rasa, tapi..sikit pun tak dihiraukan. Bagi dia, roti canai adalah makanan yang paling sedap didunia kot. Tapi, hari2 aku cakap kat dia, nnt dah 7 tahun, kena makan semua k. Dia pun angguk je. Harap2 betul la.


Last sekali doakan jodoh kami will lasting forever. Gilerr ssh nak snap amik gambar buat bentuk ni. Mmg sebelum ni tak penah buat. Kali pertama ni. Sila maafkan kami, dan jgn gelak yer..bentuk tu tak berapa nak jadi. hehehe

Friday, May 14, 2010

Anniversary ku = 7 thn = 3 anak

Maaf ye kalau ada yang bosan dgn cerita aku hari ini. Tapi bg la aku chance nak cerita pasal ni... ala..setahun sekali je pun..bukan cerita hari2 kan. Tapi kalo ada yang tak suka dan bosan..tak kan aku nak paksa suruh teruskan bacaan kan?? tak pe..tak pe..korang leh cari blog lain..aku izinkan..hehehe

Malam tadi, lebih kurang kul 8 malam, anak keduaku Angah, cakap "mama nak makan nasik ngan kuah kicap ngan telur ngan ikan." Pastu keluar suamiku dr bilik..dah siap dress up..tanya aku nak makan apa?? aku ckp la..angah nak makan nasi, so aku nak masak nasik ngan telur masak kicap je..hajat dihati leh masak sambal bilis kegemaran suamiku sekali. Tapi belum sempat ku suarakan, suami aku ckp..dia teringin sangat nak makan nasik lemak. Dia nak keluar beli, aku pun angguk je la. Dia tanya aku nak makan apa2 tak?? aku cakap nope..nak makan nasik ngan angah je.

Masa dia cakap nak kuar beli nasik lemak tu..aku dah suspect sesuatu. Tapi aku diamkan je la...pura2 tak faham. Bila suami keluar rumah. Aku pun kelentung kelentang kat dapur..bunyi cam hebat la konon..padahal msk kicap telur je. Siap masak, makan, suap kat anak..suami aku belum gak balik. Uishh..lamanya beli nasik lemak..tolong masak sekali agaknya... :)

Tengah sibuk didapur basuh pinggan, mangkuk, kuali dan periuk nasik..dgr suamiku balik...tp aku tak sambut pun..masih kusyuk meneruskan pembasuhan. Maklumla..aku punya instinct makin kuat. Dalam kepala otakku cakap..sure suami aku beli kek ni..nnt kalo aku sambut kat pintu..kat mana dia nak sorokkan kek tu kan..sian lak..nnt tak surprise la..hehehe *ampunnn bang*

Taktikku berjaya, suamiku datang kedapur..dgn nasik lemak idamannya.. *konon la tu* padahal keluar nak cari kek..mcm aku tak tahu... Pas dia makan, tgk tivi..kul 10 malam..cam biasa tido la...

Sedang aku nyenyak di ulit mimpi..aku rasa dikejutkan seseorang, dalam kesamaran cahaya..aku cam bau2 benda terbakar..tapi sshnya aku nak buka mata..mcm kena lekat ngan gah cap gajah. Tapi buka juga lak, nampak suami aku ssh payah bawa kek masuk bilik..wish me happy anniversary and say sorry sebab lilin dah terpadam 2 batang. hehehe..terharu jugak la..walaupun aku dah terhidu semua taktiknya itu..tp dalam hati masih ada tamannn....Terima kasih suamiku..kerana bersusah payah buat semua ni. Sesungguhnya aku tak mengharapkan apa2 hadiah pun..cukup la kasih sayang dan penerimaan suamiku seadanya aku.

Lilin 5 batang menandakan kami ber2..bersama 3 org anak :)


Sudahnya..pas tiup lilin dan amik gambar..aku sambung tido..ngantuk..kek tu masih setia dalam peti ais di rumah :). Balik ni la baru buat makan ngan anak2.

Kurnia - Ini kisahku


Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia

Ini kisah yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Hari ini 14 May  2010, genaplah 7 tahun usia perkahwinan aku bersama suamiku tercinta. Dalam tempoh 7 tahun ini..begitu banyak suka duka yang kami tempuhi bersama. Asam garam rumah tangga..mana ada selalu manis belaka. Ada ketika kami juga bercanggah pendapat, bermasam muka tidak bertegur sapa *semua tu perangai dari aku* Tapi aku bersyukur, kerana dikurniakan seorang suami yang amat sabar, dan sanggup melayan karenah aku yang kadang kala amat menjengkelkan ini.

Tapi kepantangan kami..jangan sesekali mengadu hal rumah tangga dgn ibu bapa. Masalah kami biarlah kami selesaikan sendiri. Tapi pernah juga aku tercerita masalah kecil dgn ibuku..adatlah kan..aku dan ibuku umpama rakan karib.. ada ketika..tercerita juga.. tp tidaklah secara terperinci.. dan itu pun ketika usia perkahwinan kami belum mencecah 5 tahun. Reaksi dari ibuku, dia terkejut sekali..kerana katanya..dia igtkan aku dan suamiku tidak pernah bercanggah pendapat, kerana dimatanya..hubungan kami nampak seperti tak pernah ada sebarang masalah. Aku tergelak kecil mendengar telahan ibuku. Lantas aku berkata "adatlah mak..mana ada rumahtangga yang tak pernah bergoyang". Bila kuceritakan perihal ini pada suamiku..dia pun ketawa juga.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Memang antara anak perempuan dalam keluargaku, aku dikira menentang kebiasaan kerana perkahwinan kakakku dan juga adik perempuanku adalah atas dasar pilihan keluarga. Tapi perhubungan kami direstui keluarga. Perkenalan singkat yang bermula di peringkat kawan biasa..mula berubah..bila dirasakan ada keserasian antara kami, kami bertunang tak sampai setahun dan terus berkahwin. Maklumlah, aku kan anak perantau, keseorangan di negeri orang. Anak gadis yang jauh dari awasan ibu bapa dan saudara mara yang lain. Maka abahku membuat keputusan, benda yang elok tak seharusnya dilambatkan. Takut perkara buruk berlaku agaknya, dan sekurang-kurangnya aku ada penjaga disini.

7 tahun perkahwinan, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata sebagai penyeri keluarga. 2 orang putera dan seorang puteri yang terus menyerikan rumahtangga kami dgn pelbagai keletah dan kerenah mereka. Harapan ku, sebagai seorang isteri, mengharapkan agar sinar kebahagiaan kami berpanjangan hingga akhir hayat dengan doa dari kalian semua. Semoga aku juga menjadi isteri, ibu, dan rakan karib yang baik dan solehah untuk suami dan anak-anakku tercinta dan aku ingin sekali menjadikan ibuku serta ibu mertuaku sebagai mentor yang paling utama dalam hidupku, kerana bagiku mereka berdua adalah wanita yang kental dan sungguh penyabar dalam mengharungi suka duka dalam berumahtangga.



Ayuhlah kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagian
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga

p/s: Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini.

p/s/s : Sentiasa teringat pesanan dari suamiku..cintailah Allah melebihi cinta sesama manusia, kerana sesungguhnya..cinta manusia itu bila ditarik balik, sekurang-kurangnya kita akan lebih kuat dan redha untuk menerima kenyataan dari terus menangisi kegagalan.

Thursday, May 13, 2010

Prolog

Kaulah pancaran yang aku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba-tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya kasihku
Jangan diragu...

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
nilai kasihku padamu
Cukup berharga

2 b cont'....

miss me??

Dah lama tak check account Gmail. Saja buka hari ni..tp2 dapat email... Tajuk dia..We miss you...

Uiks..sape lak berani nak rindu2 aku ni??

Secara berjemaah lak tu...

Klik la..

Lorr..iklan...kat dlm tu baru jelas..tertulis we've missed you..cheh

seb baik lagi..kalo tak mesti abg putra ku jeles.. :)

Tapi kan..eerrr..bila masa aku penah beli barang2 kat KIRKLAND nieh... moskel..moskel *sambil urut dagu*



Tuesday, May 11, 2010

Diam lebih Baik dari berkata-kata

Kadang kala kesabaran kita diuji dengan maha hebatnya. Kita dituduh membuta tuli tanpa sebab munasabab dan penjelasan yang sewajarnya. Sebagai manusia biasa yang tidak maksum sudah tentu kita akan melenting, kalo diikutkan nafsu amarah yang membara, kita semestinya akan bertindak dengan menengking kembali dan mengeluarkan kata2 yang kesat. Adakah semua itu penyelesaian yang bijak??

Aku pernah mengalami situasi2 macam tu. dan sudah tentu, kalau nak diikutkan, mahu rasanya bersemuka dengan si pemberi masalah dan bertanya lanjut..apa masalah yang membuatkan dia tak sudah-sudah dia mahu cari sebab dengan aku??

Tapi...aku bertuah..dikelilingi dengan suami, ibu bapa, adik beradik, ipar duai dan juga sahabat handai yang banyak membantu. Membantu tak semestinya dgn hadiah dan wang ringgit. Bantuan yang paling diperlukan, sudah tentu nasihat yang berguna. Nasihat yang membawa kebaikan. Alhamdulillah, semua itu aku perolehi di saat2 yang amat diperlukan.

Dalam kita dicemuh..dibenci..tapi sudah semestinya ada insan2 yang memahami, menyayangi dan menerima kita dengan seadanya.

Baca dan hayati petikan madah dibawah.

MADAH DARI BERDIAM :

Banyak diam tak semestinya bodoh,
Banyak cakap tak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran,
orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.


menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
yang salah adalah memikirkan kesalahan orang.


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri.

manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik.


Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman diri manusia.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a, rasullulah s.a.w bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
 
 
 
Oleh itu, sebelum melenting yang bukan2..alangkah eloknya kalo kita berfikir dahulu, kerana sesungguhnya kata-kata itu mencerminkan keperibadian seseorang dan............ DIAM itu adalah INDAH. :)

Aina bergayut

Tgk je la aksi anak dara aku yang sorang ni..kemain bergaya dengan telefon, konon2 dia sangat pandai bercakap. Semua aksi ni berlaku masa weekend baru-baru ni. Abah dia telefon..bergilir la adik beradik bertiga ni nak bercakap ngan abah derang, maklumla lama tak jumpa..bangun2 pagi..abah dah tak de kan. Abahnya kan pergi berjuang di medan dart... ishh sedih la hari ibu tahun ni tau *tiba-tiba kan???*


mula2 cakap kat bawah


still bercakap..ms tu angah dah tunggu turn kat kerusi dah


dah panjat kerusi lak...tak abih cakap lagi ni..pastu dah marah sbb mama asyik amik gambar dia je.


cewahh..siap babai2 lagi..mcm abah nampak.



Igtkan bila dah say good bye..nak letak la tipon..tak jugakkk..leh sambung sembang lagi tuuu..





Kesudahannya..abang2 tunggu dalam kesabaran je la..mmg nampak gayanya..adik derang dah conquered telefon tu...tgk la wajah2 abang yang dalam kepasrahan..hehehe

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu semua. Apa anak korang hadiah kat korang hari ni?? Best baca kat FB..ada dapat kad..ada dpt bunga..aku pun dapat gak hadiah..korang nak tau apa dia?? cuba tgk gambar kat bawah ni. Tapi sebelum tu nak citer dulu rutin aku sepanjang hari ni. Macam biasa, bangun pagi, amik kain baju kotor masuk dalam mesin, sementara nak tggu setel..suap anak2 makan pagi dulu. Abih makan kemas rumah sikit2. Amik kain baju sidai lak, masak nak makan tgh hari..masa tu dah dengar anak2 kat depan dok keluntung kelentang. Abih masak aku suap anak2 makan tgh hari lak.

Masuk bilik solat zohor..abih je solat..tudiaaaa..gembiranya tgk rumah yang aku kemas tadi..anak2 aku yang kreatif dah buat dekorasi tambahan... mmg mencabar keimanan dia hati sungguh. Cuba korang tgkkkk...    

berseni sungguh kan???

Tapi sempena hari Ibu, aku cakap.."bang longgg..sila kemas balik yer..tak kesian kat mama ke??" Abg long ok..terus amik bakul..kemas balik. Sambil2 tu aku suh angah ngan adik kemas sekali..tp Angah cakap "angah penat la mama" abg long terus smash adik dia "nak main tak penat..nak kemas penattt" hehehe..lawak dgr jawapan bang long..tp aku cakap "tak pe la..abg long dah besar..tolong kemas k..angah..cepat tolong bang long".

ni muka para pendekorasi terbaik


Abih kemas..masing2 keletihan dok layan tivi lak.

Aina lak..terus tertido kepenatan..

Susah betul kalo encik suami tak de kat rmh kan?? tunggang langgang jadinya.. Ok la korang..aku nak solat asar dan bawak anak2 mandi swimming pool lak..sian dah 3 hari terperap dlm rumah..

Last sekali.."Selamat Hari Ibuuuu"

Saturday, May 8, 2010

Aliff oh Aliff

Tengah hari tadi..pas aku sudah masak..tanya Aliff  "Angah ngan Aina nak makan nasi tak?? mama nak suap" Aina cam biasa mmg nak makan..tp si Angah lak mcm nak tak nak je jawabnya..tp sebab aku dah mmg kenal sangat dgn perangai Angah a.k.a Aliff yang kuat makan ni... Aku letak nasi dan kuah plus ikan dalam pinggan dengan kuantiti yang boleh dimakan 3 orang. Err..plus portion untuk aku la yer..bukan Amirul..Syukur rahmat la kalau Amirul mau makan..huhuhu



Ini la Aliff...(gambar ni tak de kena ngena ngan cerita hari ni)

Masa tengah operasi suap menyuap tu..orang yang paling selera..dah tentu la Aliff..dah abih satu pinggan, tengok Aina dah kekenyangan. Aku pun dah rasa kenyang..tp tanya kat Aliff. "angah nak lagi??" laju dia angguk. Bangun amik nasi dan sambung suap kembali. Abisss pinggan kedua.

Dah sudah makan semua..masing2 buat aktiviti sendiri..lebih kurang 2 jam selepas makan tgh hari..dalam pukul 3 petang macam tu, Aliff tiba2 mengomel kat aku. Katanya "mama ni asyik masak nasik...masak nasik..masak nasikkkk je kannn?" Erkk..terkejut gak aku. Ye la, tadi kan kemain selera lagi dia makan..tiba2 ngadu camtu lak. Pastu aku tya la dia.. "kalo tak nak nasik..angah nak mama masak apa?" dengan slumber dia jawab "mama masak la meggi" huhuhuhu..tak terkata aku. Diam je la..tp dalam hati aku dok cakap..isk..isk..dia tak tau ke yang masak megi tu lagi senang dari masak nasik... 2 minit pun dah siap. Angah oh Angah..

Wednesday, May 5, 2010

Berisi...

Dah lama aku tak citer pasal berat badan aku yang tak berapa nak ideal ni kan?? Dulu boleh katakan hampir setiap hari aku mesti gi timbang berat. Bukan sebab nak mentenkan berat badan..tapi aku berusaha bersungguh2 nak naikkan berat badan aku..Selama aku hidup ni kan berat paling ringan yang penah aku capai..last year la..39kg..bayangkanla..walaupun aku ni tak de la tinggi mana..tapi badan aku dah hampir melayang2 bila ditiup angin (ok..aku tipu).

Takut betul time tu nak balik kampung sbb nnt mak abah aku akan ssh hati tgk badan anak derang ni tak berisi2. Nak tengok cermin pun takut gak, sbb takut tgk biji mata aku yg kedalam..tulang selangka terjembul sini sana..kalau badan gatal..AWAS!!! jangan garu kuat2..nnt kena tulang..sakitt oooo..ni citer betulll..aku tak tipu.

Tapi kini...jeng...jeng..jeng...dengan tahap yang agak boleh dibanggakan la..berat aku dah makin bertambah. Ok..ok..kawan-kawan stop mencerca..aku tau korang still gelak dan cakap aku perasan..well..aku tak kisah..sbb aku baru je balik dari pusat penimbangan badan (oh...tipu lagi) padahal timbang kat klinik je. Dengan disaksikan kawan aku..berat aku kini dah mencecah 46.4kg *tepok..tepok..tepok* walaupun mengambil masa hampir setahun lamanya..tapi at least..aku berjaya.. YEAYY!!!

Balik kampung baru2 ni..soalan pertama aku tya mak aku bila aku sampai kat rmh adalah "mak..chek dah gemuk kan??" mak aku terus angguk2 dan jawab.."a'ah..dah berisi la sikit..mata pun dah tak kedalam" yessssss.

Oh ya..lupa nak cerita..berat badan aku ni naik sbb aku makan kat BERISI CAFE smlm kot yer?? hahaha..tgk resit tu..mahalnya. Tapi aku makan nasi jer.. yang RM15 tu..aku beli kuih tart yang sungguh sedap..kuih samperit dia pun sedap teramat...mabeles la.


Ok la..target aku nak naikkan lagi 2 kilo. Kalo tak boleh...aku cuba gak la mentenkan berat sekarang.. Doakan aku berjaya yer :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...