Wednesday, March 31, 2010

Perbualan

Cerita di bawah ini..adalah cerita benar..bukan rekaan semata..tp kejadian2 di bawah ini..bukanlah berlaku pada satu masa..tp berlaku di masa2 yg lain.

Cerita 1- Kedai Kasut
Pembeli ke sebuah kedai kasut berhampiran rumahnya..dan ingin membeli 2 pasang kasut hitam utk anak2nya.

Pembeli : Adik..akak nak beli kasut ni dua pasang yer..design yg sama..tp saiz lain2 yer.
Jurujual : Baik kak (sambil masuk stor dan keluarkan kasut berserta 1 tumbler air)
Pembeli : Adik..apsal tumbler ni 1 je?? kalo akak beli 2 pasang kasut dapat 1 tumbler ke??
Jurujual : tak kak...
Pembeli : abih tu cam ne??
Jurujual : Kalo akak beli 2 pasang kasut..akak dapat 1 tumbler percuma..kalo akak beli 4 pasang
kasut..akak dapat 2 tumbler percuma.
Pembeli : hanya mampu tersenyum.. (dlm ht..aku ckp salah ke..budak ni tak paham???)


Cerita 2 - Kedai Makan

Pelanggan sedang melayan anaknya yg mahu makan bihun goreng bungkus dan bersambal...anaknya mengadu kepedasan..disebabkan kesian tgk anak nya..pelanggan pun panggil pelayan dan bertanya

Pelanggan : Dik..bihun goreng yg bungkus kat sini semua ada sambal ke?? ada tak yang tak de sambal??
Pelayan : (dalam pelat indonesia menjawab) Mesti ada puan.
Pelanggan : (senang hati) oohh ada...kat mana yer?? boleh bg akak satu bungkus??
Pelayan : mesti ada sambal...tak ada yg tak de sambal...
Pelanggan : angguk2 (dlm hati..aku lempang gak minah ni)


Cerita 3 - SMS
Si isteri di dapur sedang memasak makan malam utk keluarga..manakala si suami sedang melayan anak2 di hall sambil menonton tv. Tiba2 Henpon si isteri berbunyi..menandakan ada mesej. Si isteri lantas amik phone dan baca mesej.

Suami : sapa mesej yang??
Isteri : Ntah
Suami : no apa?? tak kenal ke?? dia mesej apa??
Isteri : ntah..tak kenal pun..dah la tak kenal suka2 dia je panggil sayang "mom"
Suami : ha??? no apa??
Isteri : 62003.. msg dia mcm ni "Hi Mom! Great news! Get extra 100g FREE with every purchase of Dutch Lady Growing Up Milk 123 & 453 1kg pouch. Offer valid while stocks last. thehehehe
Suami : (mengetap bibir menahan marah)

Tuesday, March 30, 2010

Ingatkan bolehlah bernafas...

Sepanjang2 mingu lepas dan dua minggu lepas..keja aku amatlah byk bertimbun2 sampai pening2 kepala..semuanya gara2 Annual Report.. tapi akhirnya selesai sudah..masa sebelum Annual Report Press Release berlangsung tu..aku ada la bgtau suami aku..aku cakap..pas Annual Report ni..aku nak amik cuti la..nak restkan pala otak..penat wooo...Tapi tu la..cakap kat suami je..tapi yang nak approvekan cuti kat opis bukan encik suami kan?? tapi bos....lainla keja kat rumah..leh la minta pelepasan dr suami kan???

Sampai ke hari ini..aku igtkan dah settle la segala urusan..leh la relax2 goyang kaki..tp rupanya tidakkkk.... byk lagi keja menanti.. sedih2..bila la leh cuti panjang ni?? Nak cuti2 oversea..mungkin tidak la..cuti2 malaysia pun..kirim salam agaknya...

Kawan...ooo kawan...mesti bestkan ko kat sana...jgn lupa ole2 tuk kawan ko yg bz ni yerr :) *wink*

Friday, March 26, 2010

Isu Gambar di Blog

Aku tau..aku tak layak nak cakap pasal isu ni..takut gak ada yang terasa..tapi..sekali lagi.. "sharing is caring" kan?? Apa yang aku nak letak sini...aku cuma copy paste dari blog seorang insan ni..bg aku..tak salah kalo kita sesama islam menegur...Ya!! Aku tahu..mesti ada kalangan kawan2 ckp..aku pun hampehh!! ada hati nak tegur orang.. betul!! aku mengaku..aku mmg betul2 belum sempurna..tapi doakanlah..dan bantulah aku untuk menjadi insan yang sempurna..sesungguhnya aku takut..hayat aku yg tersisa ni..tak sempat utk aku gandakan ibadah untuk bekalan di sana.. Lebih takut..bila aku tgk di berita2 sekarang..ramai yang mati dlm usia muda..Semoga kita semua dirahmati Allah. Aminn

Ok..mari kita baca sama2 apa penulis ni tulis pasal Isu gambar di blog..

1. MELETAKKAN GAMBAR TIDAK MENUTUP AURAT

Oh baca tajuk saja dah mampu merungkai segala. Aku masih dan sangat tidak faham dengan segelintir blogger yang masih kurang 'arif' mengenai perihal ini. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi selalunya golongan hawa yang jelas kelihatan. Apa keseronokan dan manfaat yang cuba didapati pun aku masih samar bayangan.

Wahai kaum Adam dan Hawa (khususnya), tahu tak blog ialah satu medium untuk tatapan semua? Bukan sahaja Malaysia, malahan satu dunia. Kamu tahu setiap mata yang memandang aurat anda, anda akan 'dicas' sebagai DOSA. Tahu tak? Sila jangan kata tak tahu. Dan aku pun tak payah sebut pasal hukum hakam agama ni, semua orang tahu rasanya.

Yang paling best dan kelakar bila ada entri pasal menunjukkan aurat, ada pulak hamba Allah yang begitu bijak memberi pandangan.

"Wah, cantiknya rambut awak! Ini mesti pakai syampoo Rejoice. Guna jari pun boleh."

Kalau aku la, aku nak komen sebegini kot.

"Wah, cantiknya rambut awak! Guna tangan pun boleh. Guna tangan untuk penampar muka kamu yang gebu tu supaya kamu tahu mana haram mana halal."

Ops! Itu hanya contoh. Cuba memberi kefahaman kepada anda. Maksudnya? Anda sedang membuat sesuatu yang ditegah agama. Dah termaktub dengan tidak menutup aurat ialah satu dosa! No excuse, tiada talian hayat! Peraturan yang ditetapkan oleh manusia berani pulak kamu ikut. Ini peraturan dari Allah boleh pulak buat-buat lupa dan alpa. Oho ~ Kelakaran sedang berlaku di situ!

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga menampakkan kulitnya. Termasuk pakaian yang dapat mempertajamkan bahagian-bahagian tubuh yang boleh membawa fitnah seperti buah dada, paha dan bahagian-bahagian yang lain.

"Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan)" (An-Nur: 31)

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu. (1) Kaum yang membawa cambuk sperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam). (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambut sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, pada hal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Firman Allah di atas sangat jelas. Siapa berani bangkang? Sila tampilkan diri anda. Dan nyatakan hujah-hujah bernas anda yang membolehkan anda mempamerkan gambar-gambar seksis anda itu.

============================================================
tambahan dari aku:
Aku lebih terpanggil nak tegaskan..kalau ada antara..kawan2 blog aku yang bertudung...tolonglah pelihara rambut dan aurat korang yang lain..jgn la letak gambar2 korang yang tidak menutup aurat dalam blog2 korang. Padahal..dalam waktu yang sama..korang pegi kemana2..korang bertudung...Ya betul..itu hak korang..lagipun itu blog korang.. tapi.. bukankah blog korang tu satu dunia boleh baca dan tengok?? Oh ya!! isu ni jugak sesuai utk dikaitkan tentang gambar2 korang dlm FB...tolong tapis dulu yer :)


2. MELETAKKAN GAMBAR YANG KONONNYA KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Ini satu lagi aku perasan pada sesetengah blogger. Sindrom apakah yang terkena pun aku tak tahulah. Punya la bangga, letak gambar boyfren dan girlfren kesayangan. Penuh kiri kanan pulak tu. Aduyai ~

"Eh hang tu jeles, tak dak boyfren/girlfren, sebab tu hang kata kat kami!"

Kalau ini jawapan hampa, mai sini aku nak gelak kuat-kuat. Cik mek molek dan cik abang oi, segelumit kuman pun langsung tidak terlintas dalam hati mahupun minda ini. Sebab aku langsung tak nampak apakah kebaikan atau manfaat dari anda letak gambar-gambar yang kononnya kekasih awal dan akhir itu.

"Eh tapi kenapa kami tak boleh letak?" Jawab jawab!

Sebelum aku jawab, aku nak tanya balik. "Motif kamu letak?"

"Aku nak perkenalkan boypren/girlpren tercintaku ini ke seantero dunia. Hang apa tau!"

"Oh boypren/girlpren. Kiranya belum ada apa-apa ikatan lagi la ye. Ingatkan dah kahwin. Bukan apa aksi kamu dalam gambar itu aku konpius la. Ingatkan kamu dah berjaya diijabkabulkan."
(Gambar berpelukan sambil mendedahkan aurat)

"So kamu yakin dia ni bakal suami/isteri anda yang dapat membimbing anda ke jalan yang diredhai?"

"Mestilah. Aku cinta dia sangat dalam dong! Mestilah dia bakal jadi raja/permaisuri hidupku!"

"Okey, semoga anda berjaya diijab kabul!"

Sebulan kemudian. Dapat kad jemputan kahwin. Oh kawin jugak dia ni. Sahih kahwin dengan kekasih awal dan akhirnya tu. Confirmlah!

"Aku kahwin dengan pilihan mak akulah"
"Lor yeke? Tahniah la ek!" (dalam hati ni dok tergelak-gelak dah)

"Mana si jantung pisang hang dulu?"

"Dia pun dah kahwin dah. Dengan sapa entah!"

Hoho ~ Kekasih awal dan akhirku dikebas orang. Bercinta bagai nak rak almari semua. Last-last kahwin dengan orang lain. Jodoh itu bukankah di tangan Tuhan? Itulah jawapan yang sering kita dengari.

Sekarang kembali pada tajuk perbincangan. Tak usahlah letak gambar-gambar kekasih awal dan akhir anda tu. Memang langsung tak beri manfaat. Sebab yang paling jelas dan nyata anda belum ada apa-apa ikatan yang dihalalkan oleh syarak dan itu bukanlah kekasih halal anda.

"Eh eh baik sikit ye, saya dah bertunang tau!"

Hoho ~ Ni satu lagi yang tak faham. Tunang tu apakah? Adakah anda diberi 'lesen' untuk membuat sesuatu itu dengan sesuka hati? Selagi tiada ungkapan 'ijab kabul' selagi itulah anda ditegah syarak. Matlamat Tidak Menghalalkan Cara. Anda kena ingat yang itu!


3. MELETAKKAN GAMBAR ARTIS PUJAAN

Ini pun satu hal. Aduyai ~ Peminat fanatik la katakan.

"Eh saya suka lah beliau. Suara dia mengancam gitu!"

"Dia ni kalau berlakon, perghh superb gua cakap lu!"

Kenapalah perlu mengagongkan mereka? Mereka juga seperti kita. Bezanya cuma mereka ialah 'Public Figure'. Selalu dapat dilihat di kaca telivisyen, majalah dan surat khabar atas bakat lakonan, nyanyian lawak dan sebagainya.

Tak salah untuk berhibur. Islam tak pernah larang pun. Tapi perlu kena caranya. Macam anda letak gambar mereka di blog anda, mereka tahu? Mereka kenal anda? Manfaat?

Anda jawab sendiri. Ini tak boleh kupas lebih-lebih. Takut menyentuh sensitif masyarakat negara ini walaupun perkara itu adalah betul.

*****************************************************************


Korang baca..dan fahami..dan fikirkan sendiri..sebenarnya banyak lagi yang beliau tulis..tapi aku ambik yg tu je..kalo korang nak baca byk lagi psl isu ni..sila klik disini

nak baca isu2 lain dr beliau..msk je BLOG beliau.

Thursday, March 25, 2010

rajinnya diaaa


Eh eh..apa anak daraku yang sorang ni tgh buat??



Tgh tengok TV ek adik?? Eh..pegang apa tu?? Vacuum adik ek?? Tu la..buat sepah lagi kan mama dah bising?? Nak sejukkan hati mama..kena la kemas balik kan?? Orang nak vacuum..dia pun sibuk amik vacuum dia..Vacuum anak dara aku ni..bunyi je lebih..tp tak sedut habuk pun...


Ada habuk kat situ...nak pi vacuum situ la..


Alamak..ada lagi kat sana?? td dah buat..mcm mana ter missed ni??


Ish..terlepas pulak..mcm la berat sgt..


Ni bukan adik sorang buat sepah ni mama..angah pun sepahkan jugak..tp apsal adik sorang je kena kemas??


Ok mama..i'm done!!!

Kesiannn kami

Dulu kami ada sorang sebiji basikal yang kecik..tp basikal yg paling kecik tu dah patah..so abah kami dah buang...Basikal ni basikal abg long..tp abg long dah besar..so..diperturunkan kepada angah.. Abg long dah minta mama dan abah belikan basikal besar tuk abg long.. Tapi mama ngan abah tak beli pun..sebab..rmh kami bertingkat2...tak tau nak letak kat mana..pastu tak tau nak main kat mana..boleh je nak main kat taman bwh rumah..tp mama dan abah mcm malas je nak turun bawah..hehehe


Apa2pun..selagi basikal ni masih elok..kami rela je berkongsi berdua..tu pun kalo mood kami tgh baikk...kalo kami gaduh...kim salam laaaa

Tapi..kalo aunty n uncle nak hadiahkan kami basikal..kami suka jer terima..lgpun bday abg long br je lepas..bday angah lak..bulan depan... :)

Makasih in advance yer..

Wednesday, March 24, 2010

Bila abg2 saya tido

Hai semua..saya tengah bosan ni...skrg baru pukul 8 malam..tp saya tak tau nak buat apa sekarang...saya tak de kawan nak ajak main...



Semua ni sebab...abang2 saya tertido keletihan..padahal br kul 8 lebih ni...apa saya nak buat ni???


Haaaaa!!! idea sudah mariiiii...:)


Saya nak duduk sini..sampai abang2 saya bangun la..nnt boleh diorang temankan saya main...



Hmmm..tak bgn2 jugak ni..penatnya tunggu...saya tido sama la.. :(


Mcm mana saya nak tido?? saya dah tak ngantuk ni...saya duduk atas tgn angah la..nnt mesti dia lenguh..pastu dia mesti bgn kan?? hehehe..pandai tak saya??


Frustnyaaaa... nmpknya semua idea saya tak menjadi..so..nak tak nak..sya kena la main sorang2...hmmm..apa nak buat??? tak pe la kann

Saya pasrahhhh...

Tuesday, March 23, 2010

Anak2 sudah sihattt

Alhamdulillah..anak2 saya sudah sihat..Aina mmg dah betul2 sihat..Aliff lak walaupun ciken pox dah kering.. tp masih nmpk parut2 sikit..bukan apa..dia ni tak suka kalo aku nak letak krim tu..mcm2 alasan dia bg..nak pakaikan kat dia ms dia tido..alamatnya..ngan aku2 sekali la tido...

Masalah2 yang muncul dlm hidup kami pun dah beransur pergi..Alhamdulillah..betul ckp org jangan dilayan sangat masalah2 yg mendatang ni..buat sakitkan hati dan pala otak saja..lebih baik amik air sembahyang dan ngaji..hati tenang..minda pun sihattt..err..aku bukan cakap kosong yer..insya Allah..selagi blh aku praktikkan..aku buat.. Moga Allah merahmati aku dan keluarga aku..

Masalah adik aku pun..dah beransur pergi..err..rsnya mmg dah tak de kot..sbb dia mmg seorang pemaaf..pemaaf yang sungguh ikhlas..bukan hanya dimulut saja..even..kalo salah tu bukan dia yg buat pun..dia tak kisah utk minta maaf dulu..huhuhu..bila aku blh contohi sifat2 mcm tu?? sbb aku rasa..walau pun aku boleh maafkan..tp aku tak boleh lupakan..mcm mana tu??

Yang penting..aku dah tak mau org kacau kehidupan aku..Aku dah cukup bahagia ada keluarga sendiri..ada adik2..abg..kakak.. adik beradik ipar..yang memahami aku...dan tak lupa kawan2 yg betul2 ikhlas berkawan dgn aku..terima kasih semua..aku sayang kamu semua.. :)

Friday, March 19, 2010

Jawapan bg persoalanan STATUSKU

Ramai gak kawan2 tya apsal status aku kat FB skrg ni lain mcm sikit?? Mcm konon2 islamic la..mcm aku byk sgt masalah la..hehhee..sebenarnya tak de apa pun..semua status tu kebanyakannya bukan personally melibatkan aku..tp dr pandangan mata aku sebagai kakak kepada adik aku..lately ni..dia kerap diuji dgn mcm2 bentuk ujian..madu yg diberi..tuba yg dibalas...tp dia leh setelkan semua sendiri pun..cuma sebagai kakak..aku tak berapa puas hati la terhadap insan2 yg berkelakuan sedemikin rupa terhadap adik aku yg naif itu..yg belum kenal dgn pancaroba hidup didunia ini.

Tp..Alhamdulillah..semua masalah dah pun ada penyelesaiannya..mmg tak sia2 bersangka baik dan berbuat baik sesama insan didunia ni..hidup sentiasa tenang..nmpk mcm tak de sebarang tekanan.. tapiiii... ntahlah..mungkin dari mata kasar aku je kot..mana ada manusia yang tak de masalah kan?? Aku pun tak tau jawapan di sebalik persoalanan aku tu..Sebagai org yang agak rapat dgn dia..yang tgk dia membesar didepan mata aku.. * wahh..mcm anak aku lak ek??* of course la aku nakkan yang terbaik utk dia..bukan utk org lain..tp demi masa depan dia jugak..dapat senangkan hati mak abah aku jugak..sejuk perut mak aku ngandungkan dia..

Tapi dik..satu pesanan kakakmu ini..cubalah berfikiran lebih matang ek!!! heheheh

Toilet RM2 KLCC

Korang penah masuk toilet yg dicaj RM2 per entry??? Aku pes time ni...toilet ni terletak di KLCC..actually toilet ni kat level ni je kot.. kalo kat level lain dun wory..F.O.C je..Kejadian ni berlaku 2 hari lepas..aku pun tak tau la pasal apa..sepanjang minggu ni..perut aku adalah sangat meradang..memulas je keje dia..asal pegi mana2 je...mesti nak kena jumpa "Mrs. Tan" ni. Asalnya boleh je aku tahan tuk p level lain yg free..tp saja la..nak gak tahu..apa keistimewaan toilet ni sampai dicaj sebegitu rupa kan???



Dah bayar RM2..korang akan dapat resit..dan juga sepeket tisu basah seperti dlm gambar tu..

 
masuk2 je..korang akan nmpak tempat salin diapers baby..siap ada losyen, sabun dan bedak lagi..tak payah ssh2 korang keluarkan dari beg korang..pakai je yg dah sedia ada ni.


Pastu mcm biasa la..depan toilet tu..ada la sinki kan?? sinki dia adalah otomatik yer kawan2. Eh..apa kat tgh2 tu?? jom kita kasi close up!!


Oh hoooo...ini yer kawan2...produk body shop..losyen dan jugak bedak..so kalo rasa dah 1 hari berjalan.. dan badan penat dan berbau sedikit masam..tgk2 dlm beg lak..alamak!! lupa bwk perfume la!! so boleh la korang nak wangi2 dgn pakai bedak n losyen ni yer...tp aku tak pakai lak ms aku masuk ni..sbb masih wangiiii..hehhehe

Mana gambar toilet?? oooo..yang tu aku tak kuasa nak ngambik la yer..sama je bowl dia kat mana2 tempat pun...tak de la bersalut emas 24K ke..hehehe.

Thursday, March 18, 2010

Aliff dan Ciken poxnya


Inila Aliff hari ini..bangun2 tido pg td..aku tgk dah banyak bijik2 baru tumbuh..kalo semalam kat muka tak nmpak sgt..tp hr ni..dah agak byk..tp still boleh senyum okey!! Baik tul anak aku sorang ni..dia cakap.. "tak pe la..mama boleh jaga angah!! Angah suka mama temankan angah".. Aku tau..dia mmg manja dgn aku..dr kecik..sampaila dah ada adik skrg ni..still nak manja2 ngan aku..



Cuma pagi tadi dia ngadu sakit..sampai nangis2..sian betul aku tgk..maybe berdenyut2 kot..sakit ke ciken pox ni ek?? Aku kena dulu pun masa aku kecik lagi..so mmg tak igt la sakit ke tak... Pas aku mandikan dia..br dia cakap ok...dah tak sakit.

Err betul ke org cakap tak leh goreng2 kalo ada org kena ciken pox?? kalo goreng jadi apa yer?? sbb angah ngadu td masa pagi2..mmg masa tu aku tak goreng apa2 pun..bekfas pun biskut je..cuma tgh hr td..br masak..takut gak nak goreng menggoreng ni..tp..sbb dah lapar..aku goreng gak..tp tgk dia ok je..tak ngaduh sakit pun..hmm ntah la ek.


Kat bahagian kaki tak banyak sangat..sikit2 je..mybe sbb ubat anti viral yg doctor bg kot..masa Aina pun doc bagi ubat yg sama..doc tu cakap..ubat tu terus matikan virus ciken pox ni dari dalam..dia kena makan every 5 jam..Masa Aina..aku p klinik agak lambat..so dapat ubat pun agak lambat la..sbb tu ciken pox Aina lagi banyak dari Angah kot.

Doc tu cakap lagi..byk mitos yg org tua2 kita dulu bgtau kita..contohnya..bagi air kelapa tuk biar bijik tu kuar semua..doc ckp..minum air kelapa tu bagus..tp sekadar tuk sejukkan tubuh... org tua2 kata..kalo kita bagi ubat cepat sgt sblm biji tu keluar abih..nnt anak kita berisiko kena balik..doc tu cakap lak..sbnrnya..itu dikira mendera anak..dah la sakit plus gatal..kita lak tak nak bg ubat sbb dgr cakap org tua bg kuar abih..doc tu kata lagi..dah ada ubat tuk bunuh dari dalam..so wat pe nak kena biar dia kuar abih lak?? tak sian kat anak ke?? aduhhh!! payah gak kan..antara moden dan tradisional..mana nak ikut?? pandai2 la korang pk yer...buat yg terbaik utk org tersayang..hehehe

Tapi doc tu kata lagi..yang Aina mmg ada risiko utk kena lagi..sbb dia kena bwh umur 2 tahun..dia cakap..antibodi budak umur bawah 2 tahun..belum matang..so ada kemungkinan antibodi tu lupa..yang dia dah penah kena ciken pox..sbb tu dia berisiko kena lagi..huh?? pelik kan?? antibodi pun ada ingatan. Tapi aku harap..antibodi Aina igt la yer..bahawa Aina dah penah kena..sian Aina kalo kena lagi..

Wednesday, March 17, 2010

Ciken Pox Lagiiii

Haish..pas Aina..sorang lagi anak aku kena...kali ni anak kedua aku lak..Aliff..tp dia ok..happy lagi bila aku bgtau dia kena ciken pox..hmm...pelik bin ajaib..tp suami aku cakap..mybe sblm ni dia cam terasa hati kot bila abg long dia dan adik Aina dah kena ciken pox..tp apsal dia tak kena lagi??  so..bila dia dah kena..br dia rasa fair n squre kot..hehehe

Dan bila pg td masa aku nak mandikan dia dan siap2kan dia tuk g sekolah..aku pasan bijik2 berair tu kat badan dia..terus aku cakap "alamak angah....angah kena ciken pox ni!!!" dia terus cakap..ye ke mama?? tp bukan dgn muka yg risau..tp muka yg riang gembira..pelik tul anak teruna aku sorang ni.

Nasib baik aku cuti hari ni..so leh la jaga dia kat rmh..dan nmpk gayanya..terpaksa la aku sambung cuti aku tuk esok dan lusa...sbb kali ni..mmg tak de sapa2 yang boleh jg dia..mana ada nursery yg mau terima budak kena ciken pox kan??

So Yanti..plan kita  terpaksa aku kensel la ek?? takut lak kalo anak hang kena nnt..bila anak aku dah betul2 sembuh kita sambung plan tu k!! Aim sowiii yer...:)

Tuesday, March 16, 2010

MARI JAUHI ZINA

Entry kali ini..bukan aku yang tulis sendiri..tapi hasil penulisan adik aku..ya lah..aku mana mampu nak tulis penulisan2 yang hebat mcm ni..Ilmu agama aku belum cukup banyak utk aku suarakan..aku bukanlah alim ulama..tp aku cuba utk menyampaikan yang terbaik...sharing is caring kan??

Beza umur aku dgn adik aku..9 tahun..tapi Alhamdulillah..selama dia tinggal dgn aku..byk yang aku pelajari.. byk kemusykilan, aku terus tya pada dia..byk kesalahan aku selama ini cuba diperbetulkannya.. walau dia muda dari aku..tp ilmunya adalah lebih tinggi dari kakak dia ni..buat apa nak malu bertanya pada yang muda?? tak salah kan?? malu bertanya sesatlah jalan..
ok meh baca hasil penulisan dia :)


Assalamualaikum


Sebagai manusia, aku mengakui betapa aku bukanlah seorang yang sempurna, seringkali terdedah kepada kemaksiatan dan kadangkala terpengaruh dengan suasana. Namun, kebenaran tetap perlu disampaikan; biarpun yang mengucapkan kebenaran ini belum pasti kejujurannya.


Maka, aku mengambil keputusan untuk bercakap sekadar apa yang aku tahu dan perbuatan-perbuatan maksiat yang tidak aku buat, ataupun yang mungkin pernah aku buat, tapi aku telah bertaubat daripada perbuatan dosa tersebut.Mudah-mudahan kalian juga akan tergerak hati untuk bertaubat dan semoga taubat kita semua diterima oleh Allah ta'ala.


Ya ikhwani filLah..


Jika dirujuk kepada al-Quran, aku pasti yang kita tentunya pernah mendengar seribu satu macam ayat-ayat suci Al-Quran yang melarang perbuatan zina seperti firman Allah ta'ala,


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk (Al Isra' [17]: 32)

Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin apabila ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau,
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda:

"Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

Ya ikhwani filLah...

Aku ini seorang yang tersangatlah jahil. Maka, aku hanya mampu menyatakan apa yang aku tahu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui betapa pilunya hati ini ketika menatap gambar-gambar kalian berpelukan dan bermesra-mesraan bersama pasangan masing-masing.

Allah menjadi saksi betapa tiba-tiba kelopak mata ini berlinangan air mata di saat memandang gambar-gambar kalian yang tidak mencerminkan akhlaq kita sebagai kaum muslimin.

Ya ikhwani filLah...


Sebgai penutup, ingat lah sabda RasululLah s.a.w yang bermaksud,
"Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya."  (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Aku berlindung dengan Allah daripada mengatakan sesuatu yang tidak aku perbuat. Seandainya aku pula yang terhanyut selepas ini, ingatkanlah aku kembali kerana aku juga manusia, bukannya malaikat.

Maafkan aku andai ada yang berkecil hati dengan tulisan ku ini, tapi niatku ikhlas, mahu kita sama-sama terarah ke jalan yang Dia redhai, insya Allah

WalLahu a'lam...

Kredit utk beliau

Aina yang kuat makan

Ok..kita tgglkan topik glemer dan gila glemer tu...tapi kan....aku mmg betul2 tak perlukan sebarang publisiti murahan utk popular..sbb aku rasa aku dah cukup glemer dah masa zaman sekolah2 dulu..cukup la..baik sekolah rendah mahupun sek menengah..dari tukang kebun..sampai guru besar semua kenal aku... hahaha..riaknya..tp bukan sbb buat benda jahat ok!! Masa sek rendah glemer pun sbb masa tu asyik turun naik pentas amik hadiah.. pastu suka wakil sekolah pertandingan mcm2 la.. tp masa sek menengah..pelajaran adalah sedikit merudum..tu la..malas lagi belajar..dak tak turun naik stage amik hadih dah.. tp masih mengekalkan mewakili sekolah.. tambah2 tuk pengakap..wahhh bestnyaa..So..bila dah tua2 ni..dah keja ni..elok la aku low profile..lagipun aku kan memegang status isteri dan seorang ibu..so tingkah laku kena la jaga..nnt org cakap tak sedar diri lak..hahaha

Eh..eh..dah la..over lak..tajuk lain..tercerita benda lain lak...ok meh nak citer psl anak dara aku ni..dia mmg kuat makan..semua benda dia makan..elok baik je dia demam hr tu..selera makan dia mcm biasa blk..mmg tak jd mslah tuk bg dia makan..apa2 pun boleh..tp yang tak tahan..setiap kali aku nak masak..dia akan datang nolong kat dapur..pantang letak lesung batu kat bwh..dia la org pertama akan tolong nak tumbuk..asal aku berdiri nak masak or goreng ikan kat dapur..dia akan datang peluk kaki aku..dan suh aku dokong..mak aiii..mencabarnya..dan setiap kali tu gak aku akan ngomel kat dia.. "kecik2 cam ni..kemain lagi nak tolong..sok besar kalo mama minta tolong tak nak buat..kena ek??" dan dia akan jawab "a'a" ...so sweet... :)



Gambar ni aku amik masa beberapa hr dia baik ciken pox hr tu..roti ni pedas ni..roti sambal ikan bilis..tp slamber je dia makan..aku dah ckp pedas pun dia tak peduli..yang penting dia leh makan..makin hari..makin mcm2 keletah dia..rambut pun dah panjang..tp amat ssh nak sepitkan atau nak ikatkan rambut dia..kecuali kalo nak kuar p jalan2...cepat je dia carikan getah ikat rambut...hehehe

Monday, March 15, 2010

Aku yang tak glemer

Ya betul..aku ngaku aku mmg tak glemer dan tidaklah gila glemer...buat apa nak glemer2 segala ni??? Boleh bawa ke akhiratkah?? Kalo glemer sbb benda yang baik ok lah..dapat pahala..tp kalo glemer sebab kontroversi..sebab maksiat..sebab benda2 yang buruk..buat apa?? Buat banyakkan dosa je..cukup2 la.. Aku rasa selama hayat aku yang hampir 29 tahun ni pun..byk masa yang aku lalai..leka..lupa..aku rasa byk dosa berbanding pahala..tp aku selalu berdoa dan cuba mengubah diri aku utk jadi yg  terbaik..aku cuba utk mengubah hari esok supaya menjadi lebih baik dr semalam dan hari2 yang sebelumnya.. memohon ampun dari yang maha Esa..atas semua dosa2 aku yg pernah aku buat..aku manusia..tidak maksum..

Ya..aku mmg pemilih..aku cuba memilih kawan..aku berkawan bukan sbb ko popular..bukan sebab ko kaya..bukan sebab ko cantik..nope!! semua itu tak perlu bg aku..yang aku pentingkan hati budi.. kejujuran..keikhlasan dlm berkawan..kawan yang boleh membimbing aku ke arah kebaikan..bukan keburukan..kawan yang boleh menegur dan membetulkan aku jika aku salah..bukan kawan yang hanya tahu memuji..memuja..dan hanya berkata yang indah2 belaka..walaupun ketika itu aku sedang melakukan sesuatu yang salah..adakah org begini korang klasifikasikan sebagai kawan?? Nauzubillah...

Mmg indah jika kita dipuji dan dipuja..tp utk apa?? Dunia semata?? Akhirat nnt mcm mana?? Bukankah akhirat yang patut kita dahulukan?? Kerana hidup kita adalah kekal disana. "Oh muda hanya sekali ya?? berseronoklah puas2 ketika muda" mcm tu?? insaflah kalo itu anggapan korang. Mcm mana kalo kita tak sempat tua?? mcm mana kalo kita mati diusia yg masih muda..andaikata kita mati di usia seperti Nabi S.A.W pun....cukupkah amal kita selama hidup di dunia ini untuk bekalan kita di akhirat kelak?? Renung2 kanlah!!

Mungkin entry aku kali ni agak serius dari biasa..bukan apa..aku kecewa..kecewa dgn beberapa perkara. Dan entry ini..bukan utk dilampiaskan pada sesiapa..ini juga sekadar buat peringatan buat diriku yang kadang kala..masih terpesong.. Ya Allah..kau kuatkanlah imanku..hindarilah aku dari segala kemungkaran..kerana sesungguhnya aku adalah insan yang lemah...bimbinglah aku ya Allah..

Aina selepas seminggu

Alhamdulillah anak dara aku dah sembuh dari ciken pox dan misles..ms dia kena hari tu mmg kesian sgt..dia pun tak selera makan dan sangat sensitif..kalo selalunya lasak..tapi ms dia tak sihat tu..terkena apa2 sikit pun..dia akan mengadu sakit..sian dia.

Tapi sekarang dia dah totally sembuh..selera makan pun dah back to normal..malah makin berselera..


Ada yang tanya..Aina berparut tak?? Ni yang aku nak promotkan product ni..act..masa Amirul kena ciken pox last year..puas aku google internet..cari produk2 yg bagus tuk nak hilangkan parut dgn cepat..so aku terjumpa product "Angel Baby Bottom Balm" dari Earth Mama Angel Baby ni..mmg dia specifically utk diaper rash..tp..bila baca lagi..dia ckp mmg bagus juga tuk ciken pox..even jerawat pun ok..so aku try la beli online..ada 2 saiz..aku beli yg kecik dulu..1oz RM29.90..mahal jugak la kan...tp mmg tak nyesal..berbaloi2.


Since Amirul kena pun last year..so opkos la dah abih balm tu kan?? maka hari ke 2 Aina disahkan kena ciken pox tu..aku pun terus order online dr sini. Sampainya esok..terus aku sapukan kat Aina.. Hasilnya.. tidaklah berparut anak daraku sorang ni.

Sunday, March 14, 2010

Nasi pertama utk 2010

Wahhh!! tajuk cam gempak kan?? Tp ini adalah fakta bukan auta ok!! Malam tadi buat pertama kalinya Amirul nak makan nasi..tu pun bukan dia yg minta..kebetulan malam tadi aku masak kobis masak lemak putih..tgh2 masak aku tya la dia "bang long nak makan nasik?? mama masak kuah kaler white (panggilan dia tuk msk lemak tu)" terus dengan riangnya dia jawab.. "nak!! nak!!..dah lama mama tak masak kuah white" huhuhu..anak ku..takkan hari2 nak kena masak lemak kot??

Tengok dia makan..bukan main selera lagi kan?? Alhamdulillah..siap tambah 2 kali tu..


Tapi ada syaratnya..dia cuma nak nasi dan kuah saja..ko jgn gatal2 tangan nak gaul ikan goreng ke..telur ke..ayam ke...hatta kalo ada secebis kecil kobis terselit di dlm nasik dia..nescaya..dia akan muntah..dan tak mau makan dah...sungguh mencabar ok..maka aku mmg la kena pastikan nasi dia bersih dari semua tu..demi nak bg dia makan nasik...

Adik dia ni lak..semedang lapar...hehehhe..tapi aku suka dgn angah..senang..masak la apa pun..pasti dia akan makan dengan kenyangnya..sayur pun makan..tak de pantang larang mcm abg dia..berbeza sungguh 2 beradik ni..Aina pun nampak potensi ke arah Angah..Alhamdulillah..senang keja mama :)

Thursday, March 11, 2010

Ku bahagia

Alhamdulillah..syukur dgn limpah rahmat dr yang Maha Esa..aku sangat bahagia..bahagia dgn apa yg aku miliki..walau tidaklah kaya..tp cukup bahagia dengan sebuah keluarga yang kaya dengan kasih sayang.. Anak2 yg makin membesar...walau  kadang kala diuji dgn masalah..aku pasrah..kerana itulah namanya kehidupan.


Semakin kita cuba mendekati diri kita dengan Nya..semakin kita diuji..itulah tanda Allah masih sayangkan kita..dia cuba menguji sejauh manakah kemampuan kita..kesabaran kita..adakah kita akan terus merapatkan diri dgnnya atau kita akan mengalah dan berpaling darinya???

Kalau ikutkan hati..mmg kita akan terus melenting..aku selalu berpesan dgn diriku sendiri..tp kadang kala aku tewas juga..tewas di tangan syaitan yg bermaharajalela..wah!!! mesti mereka bertepuk tangan meraikan kejayaan mereka kan?? Berjaya membuat darahku membuak..Astaghfirullah hal Azimm..cepat2 aku ucapkan agar amarahku tak semakin memuncak...

Terima kasih Ya Allah..terima kasih dgn kasih sayang darimu..Kau teruskanlah limpahi keluargaku dgn kasih sayang darimu... Aminn Ya Rabbal A'laminn

Wednesday, March 10, 2010

Yang


Rentetan dari entry aku yang ni..ada gak kawan yang salah sangka aku ada masaalah.. but dont worry friend...Alhamdulillah aku bahagia..doakan moga kebahagiaan aku kekal buat selamanya..Aminn
Sebenarnya tu lirik lagu "Yang" dari wali band...ala..kumpulan yg fofular ngan lagu " cari jodoh" tu.. Lagu "Yang" ni..mula2 aku dgr..aku tak bp suka dgn liriknya..malah geli arr sbb bagi aku cam apa hal laki perangai cam ni??? nak merajuk2 segala..kalo ppuan yang nyanyi aku leh accept la...ms aku bgtau camtu kat suami aku...terus dia ckp..ooo..patutla selama ni kalo dia merajuk aku buat tak heran...hehehe..kejam kan aku?? tp tu la..aku mmg tak suka laki yg merajuk2 ni..tak gentleman la bg aku..sbb aku rasa..rajuk tu hanya sesuai tuk kaum hawa yg berjiwa lemah lembut ni...tul tak???

Tapi..bila dok layan2 lagu tu..jadi cam best la pulak...walau geli..tp tetap best..hehehe..cuba korang hayati lirik lagu ni...


ihsan: google

Yang.. Coba kau jujur padaku
Yang.. Foto siapa di dompetmu
Yang… Kok kamu diam begitu
Sayang jawab atau aku pergi sayang

Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu, siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain
Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Yang.. Jangan kira ku tak tahu
Yang.. Tak mudah kau bodohi ku
Yang… Tolong dengarkanlah aku
Tapi sayang
Masih pantaskah kau kupanggil sayang

Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu, siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain
Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

part bawah ni..ppuan lak jawab
Salahmu mau bicara
Dan ku akan cerita semua
Apa mauku, siapa dirinya
Karna memang tak ada yang lain
Terus hubungiku lagi
Jangan bilang ini yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kamu ngerti aku
Aku sayang kamu selamanya


dan yang buat aku geli bila laki tu jwb balik ni...heheheh

Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu, siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain
Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Aku geli bukan sbb apa..dah ppuan tu dah ckp dah..sudah la..nak merajuk2 apa lagi??? siap tak mau cakap dah la..tak bg call la..blah la luuuu...hahahah..
 
jangan marah arr..aku mmg emo lebih... :p

Tuesday, March 9, 2010

Hobi terbaru mereka

Tengok..kemain kusyuk lagi 2 beradik ni...sorang dok main game..sorang lagi penyokong setia..ni la hobi terbaru anak2 aku..Aliff main pakai Ntbook...Amirul lak pakai PC..sian Adik..tukang tengok je la...



Eh..eh..adik dah sedar la mama amik gambar..kasi senyummmm sikit...nampak la gigi yg baru 3 batang tu kan..umur dah setahun 3..tapi gigi baru 3 batang..gambar ni sebelum Aina kena ciken pox ni..sekarang gigi dah nmpk 4 batang..hehehe

Monday, March 8, 2010

Happy Bday Amirul

Semalam 7 Mar 2010..genaplah usia 6 tahun buat putra sulungku..sekejap je masa berlalu..dah 6 tahun rupanya usia anak terunaku..tak lama lagi nak melangkah ke alam persekolahan plk..pastu masuk alam remaja..makin meningkat usianya..makin meningkat jugakla usia aku..

Kali ini aku tak buat apa2 sambutan pun kat rmh..cuma hari ni..aku berikan goodies dan sebijik kek utk dia celebrate kat sekolah dgn kawan2 dia..ms balik td..berseri2 muka dia bercerita pasal sambutan bday dia..cuma dalam hati aku..agak terkilan sikit la..sbb mmg tak sambut langsung kat rmh..Kek aku beli kat kakak di opis aku..nmpk sedap..nnt nak try beli sebijik tuk aku makan anak beranak kat rmh la..besar ni cuma RM35..murah kan???


Tadaaaa..inila muka besday boy sehari sebelum bday dia...no..no..no...jam kat tangan dia tu..bukan hadiah bday dia yer..tu jam aku tu..mcm mana ntah dia leh pakai..tgk2..muat lak...ish..ish..tak sangka tangan dia sama besar dgn tangan aku..tu baru 6 tahun tu..lagi 10 tahun..mesti dia lagi besar dr aku kan...huhuhu..tak makan nasi pun leh besar mcm tu kan!!! hehehe

mata yg keletihan..tp bangga pakai jam mama




sama besar ke??? tak kan?? mybe tangan dia bulat..tgn mama leper..hehhehe

Friday, March 5, 2010

Alahai Aina

Sian Aina..kecik2 dah kena ciken pox...Aku mula pasan ada satu bijik tumbuh kat ketiak dia pada hari Ahad..ms tu..encik suami aku tak de kat rmh..sbb pergi bertarung dart katanya..maka mengomel la aku kat adik aku di rmh..kataku "isk..mcm nak jd ciken pox je" ..tp takkan kot..sbb Aina Alhamdulillah sihat walafiat..tak de demam2 pun. Adik aku lak mcm biasa..mmg no responds..biaq p la dia..



So, bila malamnya..aku bgtau la kat encik suami..sambil tunjukkan bukti tu..tapi..dgn relaxnya..si suami berkata dgn penuh keyakinan di dada..bahawasanya biji tersebut bukanlah petanda ciken pox..tetapi ruam panas semata..walau pun hati kecilku ragu2 dgn pernyataan tersebut..disebabkan..bijik tu bukan merah semata..bahkan mengandungi air bisa juga didalamnya...tapi demi tanda hormatnya seorang isteri kepada suaminya..maka aku yakinkan juga diriku sendiri..yg kata2 si suam benar2 belaka..tiada yg benar selain dari benar..hehehe

Keesokkan paginya..pergilah kami semua menunaikan tanggungjawab masing2 di tempat kerja. Kebetulan pula..lunch pada hr tersebut..si suami mengajak makan bersama..walau pada mulanya agak ragu2..kenapa secara tiba2..tapi..sebagai isteri tercinta..apa salahnya kalau sekali sekala lunch bersama kan?? Sesudah selesai makan..mula la kami berbual2 kosong..dan pada saat dan ketika itulah..penjaga di nurseri Aina..memaklumkan bahawasanya Aina demam berserta tumbuhnya biji2 baru di badan.. Nah..kan betul sangkaan aku..mmg telahan seorang ibu tidak boleh disangkal lagi..itulah naluri seorang ibu namanya..

Bergegaslah kami naik semula ketempat kerja dan memohon cuti..demi anakanda tercinta..bawalah dia berjumpa pada yang pakar..apa lagi kalo bukan doktor.. Setelah disahkan doktor yg si anak mmg mendapat jangkitn tersebut dan dibekalkan ubat2an..pulanglah kami kerumah.

Alhamdulillah..hari ni..genap 6 hari Aina terkena jngkitan tersebut..dan nampaknya sudah kering..Tapi..tiba2 dia demam panas pula..Tak sia2 aku bercuti hari ini..demi menjaga anakku tersayang..

Cepat sembuh ye anak mama!!

Wednesday, March 3, 2010

Hepi Bday Mommy!!

Wah!! Mommy konon..

Hari ni 030310..genaplah ulangtahun kelahiran yang ke 57 tahun ibunda ku yang tercinta Hajjah Noraini Binti Abdul Latiff. Alhamdulillah..mak masih sihat dan kuat...dan buat pertama kalinya..mak ada kat rmh aku..pada hr kelahirannya..hmm..nak buat surprise apakah??

Aku sebagai anak sentiasa mendoakan moga Mak sentiasa sihat dan ceria selalu, panjang umur, murah rezeki dan dilimpahi rahmat yang tidak terhingga oleh yang maha Esa serta sentiasa dikelilingi oleh kasih sayang dari kami anak2 mak aminn..terima kasih yang tak terhingga atas semua jasa2 baik mak sejak aku dilahirkan sehingga lah sekarang..masih tak henti2 nyusahkan mak kan..huhuhu..

farhi..aku curik gambaq ni kat FB hang no..alang2 tolong pomot hang sekali..hehehe

Mak..chek..bangga jadi anak mak..Terima kasih mak!!



P/S: Selamat Hari lahir gak buat abah mertuaku yg ke 60tahun...Semoga panjang umur dan sihat selalu..walau dah 60tahun..tp awat tak mcm 60 ek?? Masih muda belia je nampak..hehehe

Tuesday, March 2, 2010

Anniversary ke 7

Malam tadi tgh borak2 dgn mak aku kat rumah..tetiba mak aku cakap.. "Selamat Ulangtahun ke 7" kat aku..aik..heran gak aku..aku ckp ngan mak..lambat lagi la mak..mak cakap plk..lambat apa..ni mak lupa nak wish ni..kan ke br lepas ni..patut hari Maulidur Rasul tu lagi mak nak wish..tp mak lupa..takkan hang lupa hang kawin masa maulud Nabi kot??

Pap.. *aku tepuk dahi* yapedaaa..lupa la mak..makasih sbb igt..mmg kalo ikut bulan Islam masa hari Maulidur Rasul tu dah genap usia perkahwinan aku yg ke 7..tp kalo ikut bulan masihi lambat lagi...lagi 2 bulan tu..lari jauh kan...

Apa2 pun Alhamdulillah...semoga rumahtangga aku bahagia hingga Akhir Hayat...Aminn

p/s : Hepi anniversary bang *wink* *wink*

Monday, March 1, 2010

Juara Rakyat

Sabtu baru2 ni..anak2 aku terlibat dgn program Juara Rakyat..aku penah citer yg anak2 aku tu..dok prektis "nasyid" kan....tu semua tuk program tersebut la..tok sah tanya la program tu berkisar pasal apa..bg yg tau tu..tau la..tp bagi aku..aku rasa seolah2 aku dan anak2 diperalatkan..ntahlah..ckp byk2 pun salah kan..tp pada hemat aku sepatutnya anak2 kecik mcm anak2 aku tu tak payah la dilibatkan lagi dalam acara2 mcm ni..kesian..umpama menjadi mangsa keadaan.

Ok..tak mau citer pasal tu...cuma nak citer kehenseman dan perwatakan hero2 aku pada hari tu..kacak kan??




Sebelum acara tu..Aliff hari2 nyanyi dgn berkobar2 siap ngan gaya depan aku..berbanding abg long yg..buat2 mcm mau tak mau je.. so aku pk..mmg hr tu nnt..Aliff la akan jd tumpuan. Tapi semua nya silap..sampai2 je kat tempat tersebut..Aliff dah start nangis2..mybe sbb tak sangka tgk peminat ramai sgt kot..sebaliknya..abg long hepi je...siap lambai2..senyum lagi kat aku..Aliff lak..dok suh aku naik stage sekali..apakah??  Maka aku terpaksa tgglkan dia bersama kak timahnya dan pergi bersembunyi seketika.

Bila tiba ms yg dinantikan..naiklah mereka di atas stage..lega bila tgk Aliff pun naik sama walaupun mukanya teramatlah masam mencuka...bila muzik dimainkan..wah abg long dengan hepi sekali menari nari..sebaliknya Aliff..walau pun dgn muka masam..masih lagi menggayakan tangannya..bila part kena nyanyi..abg long dgn ceria nyanyi bersungguh2..tapi Aliff...dgn mulut tertutup..langsung tak nyanyi..tapi...gaya buat lak..menten..satu gaya pun tak terlepas..hehehe..kelakar gak tgk..





Tak kisah la Angah..lgpun dia br 4 tahun..kira berani la naik starge sekali ngan kawan2 yg dah 6 tahun kan?? Syabass mere beta... :)

Yang....

Aku tak mahu bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa mahumu
Siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain

Jangan hubungi ku lagi
Ini mungkin bisa yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tuk selamanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...